9 Mac 2013

Ust Haron Din Turut Ulas Pengakuan Bapa Saiful

Haron Din : Insaf Fitnah Anwar, Bapa Saiful Laksana Kewajiban Sebagai Islam

engakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.

Ini kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka.

Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini.

“Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam.

“Merujuk kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan,” kata beliau selepas bertindak sebagai panelis dalam forum bertajuk ‘Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?’ malam tadi.

Semalam, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Sementara itu, ketika mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, Dr Haron berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah.

“Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu.

“Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah,” ujar Dr Haron.

Dalam perkembangan isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat, Dr Haron menegaskan PAS ketika ini lebih fokus kepada agenda menumbangkan Kerajaan Umno-BN dan hanya mengumumkan calon Perdana Menteri apabila misi tersebut berjaya. -selangorku

8 ulasan:

kg senduk berkata...

datuk dr harun din seorang ulama yg disayangi ramai... sesekali bersuara cukup bermakna...... alhamdulullah... fikirkan bagaimana utk tumbangkan UMNO.... itu agenda perjuangan PR sekarang.... itu doa seorang ulama.....

Awanama berkata...

Permohonan maaf oleh En. Azlan adalah sangat mulia, tak ada ruginya sekiranya ia benar2 ikhlas.Bersubahat dengan fitnah akan diazab di akhirat nanti.Org2 yg mempercayai fitnah, yg tidak diadili dng adil juga berdosa.

Awanama berkata...

Kalau ingat akhirat elok la...jangan nanti umNGOK bagi juta-juta pusing balik ke asal...RUMAH DAH KATA PERGI KUBUR KATA MARI...INSAFLAH.

Awanama berkata...

Menunggu PERANG seterusnya antara saiful dgn bapanya. Rakyat menjadi saksi. Saiful dikatakan hidup bergaya selepas buat tuduhan. Jika dulu bapanya amat percaya tuduhan itu, skrg kita lihat, bagaiman bapanya akan berpegang pada prnsipnya. Tentu pencacai UMNO akan 'attact' bapa saiful dgn bermacam perkara. Gabungan 3 individu ini mencemaskan BN- Deepak, Bala dan Bapa Saiful

Awanama berkata...

sebagai seorang bapa yang telah benar2 insaf akan berusaha untuk menyelamatkan anaknya. namun jika anak sendiri tidak mahu diselamatkan, biarla ia hanyut ditelan ombak mala petaka sebagai azab dunianya.

Awanama berkata...

Bg yg mfitnah dsai mbyr bapa saiful..apa guna dsai nk buang duit..sdgkan terbukti di mahkamah beliau tidak bersalah.jd..kmungkinan besar bapa saiful benar2 ikhlas dan insaf.

Awanama berkata...

Semoga orang Perlis kali ini memilih Datuk Dr Haron Din sebagai Ahli Parlimen mereka. Sebagai orang Islam kita hendaklah pilih orang yang warak dan tinggi ilmu Islam. Kita sebagai manusia yang daif dari segi ilmu Islam, kekayaan dan menyebarkan Islam (mengajar). Kerana kebanyakan daripada kita tidak mempunyai ketiga-ketiga kebolehan tersebut maka boleh dikatakan kita tak dapat menyumbang aoa-apa terhadap agama Islam. Walau bagaimanapun kedaifan kita dapat ditebus sebagai sumbangan kita terhadap agama iaitu apabila tiba masa mengundi, maka undilah calon mewakili parti berasaskan Islam iaitu PAS. Inilah sedaif-daif sumbangan kita kepada agama Islam. Pilih Datuk Dr Haron Din sebagai wakil rakyat adalah sebaik-baiknya bagi rakyat Perlis.

Awanama berkata...

terima kasih Tim Murshidul Am, atas keterangan. Tuan/puan yakinlah selepas ini najib akan menerima balasan terhadap sumpah beliau pula. Insha Allah