Konspirasi Liwat: Najib, Mahathir & Gani Patail Wajar Diheret Ke Mahkamah


Konspirasi Fitnah II: Heret Najib, Mahathir ke mahkamah – Surendran

Pengakuan Azlan Mohd Lazim – anaknya, Saiful Bukhari diperguna pihak tertentu dalam kes Fitnah II bukti ia konspirasi Umno untuk menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demikian Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mengulas kenyataan tergempar Azlan yang mengakui anaknya diperalat Umno dalam fitnah yang didalangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Satu kenyataan serius daripada bapa Saiful yang menyebut ada pegawai dari pejabat Perdana Menteri terlibat. Najib perlu segera disiasat dan desak beliau beri penjelasan.

“Beliau juga kena minta maaf kepada Anwar dan rakyat kerana terlibat dalam konspirasi ini,” kata Surendran ketika dihubungi.

Dalam sidang media pagi tadi, Azlan mendedahkan semua kenyataan akhbar anaknya dan beliau dirancang serta diskripkan oleh Pegawai Khas Perdana Menteri, Annas Jusoh dan peguam Zamri Idrus Khairil.

Beliau juga mengesahkan Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah.

Katanya, Fitnah II adalah konspirasi terancang untuk memenjarakan Anwar kali kedua.

Justeru, Surendran mendesak supaya Najib dan pimpinan Umno termasuk Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail diheret ke mahkamah kerana terlibat dalam konspirasi tersebut
.

“Pengakuan ini membuktikan Fitnah II adalah konspirasi. Penyiasatan menyeluruh perlu bagi membuktikan siapa dalang terlibat. Najib tidak boleh lari dan beliau mesti diheret ke mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.

Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful, bekas pembantunya.

“Siasatan perlu dijalankan berkaitan peranan Umno BN dalam Fitnah I. Pemimpin Umno yang terlibat – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi juga mesti diheret.

“Penglibatan Gani Patail dalam fitnah ini juga mesti segera disiasat,”
tegas Surendran.

Anwar ditangkap pada malam 20 September 2008, secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.

Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Dalam kes Fitnah II, Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memainkan peranan penting memalsukan keterangan terhadap Anwar dalam kes 1998 dan insiden mata lebam.

Kedua-dua mereka juga terbabit dalam konspirasi untuk menyediakan laporan perubatan palsu oleh seorang doktor yang tidak pernah memeriksa Anwar dalam insiden mata lebam Anwar ketika dipukul Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor pada 1998
.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful. – NS

7 comments:

View Comments/Post a Comment

7 comments:

Anonymous said...

Ya Allah, Engkau busukkanlah bau badan diorang ini sepertimana busuknya hati mereka. Jadikanlah anak keturunan mereka mangsa liwat. Amin.

Anonymous said...

UMNO dah nazak nak mampos, tunggu masa nak dibungkus dan dihumban ke liang lahat dlm PRU 13 nanti. Mari bersama kita doakan. Amin

Anonymous said...

anonymous 12:23 AM
walau macam mana besar dosa seseorang janganlah sampai kita membabitkan pihak yang tiada kena mengena dengan kejahatan insan yang berdosa itu ..seseorang tidak akan sesekali menanggung dosa orang lain..marilah sama sama kita mendoakan semoga Allah Taala mengurniakan kemenangan besar kepada rakyat(Pakatan Rakyat) pada pilihanraya umum yang ke 13 akan datang

muzium padi gunung kheyang said...

selagi KERAjaan umno laknatullah ada
di puterajaya jangan harap labeberapa ekor setan ni akan ke mahkamah..
buang masa saja.....

Anonymous said...

ABU sahaja jalan penyelesaian.

Anonymous said...

Napoknya SUMPAH LAKNAT Saiful dah makan diri... Giliran Datuk Trio pulok... Kita sama-sama tunggu dan lihat...

Anonymous said...

moga tun mahadey panjang umur agar silap dia dpt dia tgk dan dihukum oleh rakyat

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: