25 Mac 2013

Siapa Kumpulan Ajaran Sesat Yang Nak Ganggu Hari Mengundi?


Hanya parti politik yang takut kehilangan kuasa akan merancang agenda untuk melakukan huru hara ketika pilihan raya umum (PRU), kata Pengarah Pilihanraya KEADILAN Selangor, Borhan Aman Shah.

“Pihak yang takut kalah itu sebelum ini berpaut dengan 3M untuk terus berkuasa iaitu Money (wang), Media dan Machinery (jentera).

“Selepas duit dan media gagal mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka, maka jentera seperti samseng akan digunakan untuk membuat kekecohan ketika PRU nanti,” katanya mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Abdul Aziz dalam laporan media hari ini mendakwa suruhanjaya itu mengesan usaha pihak tertentu menimbulkan kekecohan di tempat mengundi dalam PRU ke-13.

Pengerusi SPR itu mendakwa demikian berdasarkan nota diterimanya, berhubung panduan menimbulkan protes kesahihan kertas undi.

Mengulas lanjut, Borhan menasihati suruhanjaya itu agar menangani khabar angin itu secara bijaksana kerana dibimbangi akan menakutkan pengundi.

“SPR sebaliknya perlu bertindak proaktif bagi membasmi kejadian seumpama itu,” ujarnya ketika dihubungi.

Menurutnya, Pakatan Rakyat juga sedia memberi kerjasama penuh dengan SPR bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku pada hari pengundian.

Sebelum ini, media kawalan Umno cuba menggambarkan Pakatan Rakyat akan melakukan huru hara sekiranya kalah dalam PRU.

Namun hal sebaliknya berlaku apabila program-program Pakatan menjadi sasaran serangan ganas dan samseng dari Umno BN.

Terbaru, sekumpulan samseng dipercayai penyokong Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu ketika menuju ke Kampung Melayu Majidee di Johor, malam tadi.

Dalam tahun ini sahaja, sekurang-kurangnya tujuh kejadian serangan samseng dilapor berlaku dalam program Pakatan, antaranya di Selangor, Johor, Perak, Melaka, Pahang dan Pulau Pinang. -KD

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dia sendiri pun takut kena tangkap

Tanpa Nama berkata...

Setan yang di kenali la nanti Akan membawa ajaran sesat masa nak PRU 13
Sebab nyawa dah macam telur di hujung tanduk...
Dah la banyak ahli ahli nya takde telur
Sapa Pengasas ajaran sesat ni....

Tanpa Nama berkata...

kalu ye pon nak mengalihkan tumpuan rakyat dari pekung SPR seperti ketidak telusan dan pengundi hantu, carilah isu yg bijak ckit. ni awat cite pasal ajaran sesat? aduhai, bongok sungguh. ko expect rakyat pecaya. rakyat skrg x mudah ditipu mcm dulu2. ingat ni zaman 60-70 an lg ke? aptb

Tanpa Nama berkata...

Sendiri kentut kata orang lain yang kentut; itulah caranya si bahalol menakut nakutkan keldai keldainya.

Sedih tapi benar.

Tanpa Nama berkata...

dah tau penhujung drama ni..nanti adalah penangkapan terhadap beberapaorg yg dipercayai terlibat. setelah disoal siasat tertuduh mengaku yg dia diupah olen seorang individu. nak tau sapa individunya.... jeng, jeng, jeng.. tak suspense sebab semua org dah tau. sebut aja lah.. individu tersebut adalah ANUAR IBRAHIM

masraf berkata...

memang ada kumpulan ajaran sesat yang akan merusuh menggangu...memang ada..kumpulan ajaran sesat tu mengatakan UMNO sahaja yg boleh memajukan negara...UMNO je yg boleh memperjuangkan nasib org melayu..dan mcm2 yg UMNO aje boleh buat...xsesat ke tu..

Tanpa Nama berkata...

Tengok pd petikan akhbar sinar harian tu lokasinya di Janda Baik... sdikit musykil...
Apehal mamat spr tu buat di janda baik...
Di janda baik tu ada satu tempat namanye ILMU... search uncle Google...

Mamat ni mcm ada komplot dengan umngok... perancangan utk provok hal ajaran sesat plak... apa agenda dia sebenarnya...

Tanpa Nama berkata...

SPR PARTI APA YANG NAK KEMPEN UNTUK PRU13?

Tanpa Nama berkata...

Bila SPR masuk politik?

kg senduk bg berkata...

dihadapan allah taala nanti hg tahulah siapa yg sesat.... org suruh hang amanah demi rakyaat bukan nya bodek pemimpin... bodoh bangang... belajar sj pandai tapi akal dkt lutut... bawak2 la hadir kuliah sama.... belajar dkt ustaz2.. kalau tak mau ustaz tua belajar dkt ustaz muda2 bersepah...

Tanpa Nama berkata...

Si Aziz NI dulu sebelum dilantik jadi pengerusi dah ikrar dgn pemimpin Umgok utk berpihak/ memenangkan BN, kalau tidak masakan boleh jadi pengerusi. Tengok cara dia bercakap langsung x ada standard. Samada dia sengaja cakap bodoh atau memang dia ni bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Memang akan jadi hura-hara, sebab kami dapat menangkap hantu-hantu yang mengundi, tangkap keparat yang tipu 'celup jari' dan tangkap setan bawa bas haram dsb... kekecohan dicetus oleh UMngok sebab nak lepaskan banjingan mereka dengan bantuan POLIS yang buta akta (x semua kot, harap[-harapnya)....

Tanpa Nama berkata...

Org yg sebeginilah yg dibelai UMNO untuk diperkudakan.Dia dilantik ats kapasiti kebodohan yg melampau.Cuba nk memperbodohkan rakyat.Tapi sayang sekali rakyat jauh lbh cerdik dan celik hati.Berbanding pengerusi SPR yg baghal lg buta hati.Bertaubatlah sebaiknya.