Tauke judi, arak bersama Umno BN reka fitnah demi pertahan kuasa
Pimpinan Umno BN akan melakukan apa sahaja muslihat untuk mempertahan kuasa kerana mereka mahu terus mengekalkan kekayaan masing-masing yang dibolot dari rakyat , kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, Ketua Umum KEADILAN itu mengingatkan perjuangan rakyat bukan semudah yang disangka kerana Pakatan Rakyat melawan tauke besar dan pelbagai agensi kerajaan yang diperalat mereka.
“Kita lawan siapa? Mereka ini golongan terkaya, korporat puluh-puluh bilion. Kita lawan bank terbesar di Malaysia, tauke besar, tauke judi, dengan syarikat arak terbesar, San Miguel yang ahli keluarga (Dr) Mahathir (Mohamad) punya.
“Mereka akan guna cara muslihat apa sahaja. Fitnah ada macam-macam. Ingat dulu, tahun 1998 (air) mani atas tilam, 2008 (air) mani di dalam. Aduhai, tapi ada juga yang percaya. Hanya kemudian dibuktikan (ia) fitnah sampai bapa Saiful Bukhari pun datang sokong kita.
“Selepas itu, gambar perut buncit, kemudian tukar pula perut kempis. Sekarang saya pun tak berani komen, cakap nampak muscle (berotot) lebih, nanti dibuat satu lagi (gambar/video) ada muscle pula,” katanya.
Beliau berkata demikian depan ribuan rakyat pada Jelajah Merdeka Rakyat di Bandar Tasik Puteri di sini, Jumaat lalu.
Sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, bekas Pemangku Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan, kata Anwar, beliau juga mengetahui banyak rekod dan masalah ramai pemimpin Umno BN termasuk Datuk Seri Najib Razak.
“Banyak saya tahu. Saya kenal, saya tahu masalah Najib. Apakah saya sanggup bongkar cerita dia? Tidak (sebab) saya tahu asas akhlak, etika. Saya tak mahu berdosa depan Allah swt.
“Adakah kita mahu menang? Ya, tapi apakah kita hendak menang dengan cara mencarut, telanjangkan orang, aibkan orang. Mahu menang dengan itu? Saya kata, tak ada barakah menang cara itu,” katanya.
8 ulasan:
UMNO DAH LAME MATI. YANG ADE IALAH UMNO BARU. ITU PUN TAK LAME LAGI JADI UMNO BARU MATI!!!!
Yer.. DS, itu yg saya maksudkan. Tak payah nak burukkan akhlak lawan, saborrr ajerr. Sebabtu Allah kata, mintak ajer, bio DIA yg buatkan semuanya.
Bayang-bayang kejayaan sikit lagii
Apa yang dikatakan DS Anwar Ibrahim memang betul. Oleh itu tumbangkan UMNO/BN dalam PRU-13 nanti.
Semoga allah kuburkan UMNO diganti pemerintah beriman yang menjaga agams dan rakyat
Umno baru pun dah mati. Kini yg tinggal hanya umno lembu...hihi
ingatlah Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubahnya.
kita semakin hormat kpd DSAI, sebagai mantan TPM tentunya mcm2 cerita jahat org2 umno dlm pengetahuan dia tp DSAI masih simpankan dihati wpun mcm2 fitnah dikeluarkan oleh umno kpdnya. .kesabaran DSAI dan kwn2 PR Inn Syaa Allah PR akan memerintah diPutrajaya selepas PRU 13 ini..
Alhamdullillah.....
Sesungguhnya MahaFiraoun dan kerabat kerabatnya akan tersungkur ke bumi seperti Firaoun Firaoun terdahulu.
Catat Ulasan