Satu lagi projek membodohkan rakyat, kali ini mahasiswa jadi mangsa ketakutan politik jahat Umno dan Barisan Nasional (BN).
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak dilaporkan telah disalahgunakan sebagai tempat indoktrinisasi yang berunsur politik kepartian.
Merujuk kepada laman sosial Facebook rasmi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), pengisian yang berbentuk ceramah yang disampaikan kepada mahasiswa antaranya menyentuh berkenaan pendirian Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang disebut kononnya mengancam agama Islam serta hak keistimewaan orang Melayu.
Antara ucapannya, "..kita sudah tahu yang Parti Tindakan Demokratik (DAP) sentiasa menjadi musuh kepada umat Islam di bumi Malaysia ini. Dimaklumkan, seorang pemimpin kanan DAP pernah mengeluarkan kenyataan dalam satu ucapannya, yang berbaur hasutan terhadap agama Islam..".
Mohamed Razali Bin Abdul Rahman, bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen Jelutong selaku penceramah jemputan bagi program tersebut dipercayai turut memberi ceramah berbaur hasutan ini di beberapa kampus lain.
Sebelum ini, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) didapati telah menyalahgunakan masjid untuk sesi ‘brainwash’ terhadap mahasiswa bagi menolak pembangkang.
Antara inti pati kandungan propaganda yang disebar adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng setiap minggu terbang ke Singapura bertemu bekas perdana menteri republik itu, Lee Kuan Yew tanpa menjelaskan sebab dia berbuat demikian.
Berikut sedutan daripada propaganda dan fitnah yang disebarkan:
Kita sudah tahu yang Parti Tindakan Demokratik (DAP) sentiasa menjadi musuh kepada umat Islam di bumi Malaysia ini. Dimaklumkan, seorang pemimpin kanan DAP pernah mengeluarkan kenyataan dalam satu ucapannya, yang berbaur hasutan terhadap agama Islam.
“Kita mesti memastikan Kristian menjadi agama rasmi Malaysia dan juga Perdana Menteri seterusnya beragama Kristian.”
Razali pernah ke Balai Polis untuk membuat laporan polis tentang pengumuman Kristian sebagai agama rasmi. Tetapi Mat Sabu mengarahkannya supaya laporan tersebut ditarik balik.
Guan Eng pula menawarkan RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta beliau menarik balik laporan polis tersebut. Usaha demi usaha dilakukan sehinggakan isteri beliau juga turut dilibatkan. Paderi datang di tempat kerja isterinya dan membuat tawaran yang lumayan untuk menarik balik laporan polis tersebut. Segala ugutan bunuh juga banyak kali dilakukan tetapi beliau tetap bertegas dengan keputusan untuk tidak menarik balik laporan tersebut.
Senarai rancangan besar DAP yang diberitahu oleh Mohamed Razali adalah seperti berikut:
1. Kristian sebagai Agama Rasmi.
2. Malaysia akan dijadikan negara republik. Dimaklumkan, Guan Eng mempunyai pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Kekayaan DAP kini lebih daripada UMNO/BN.
3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.
4. Sudah tentunya, sistem monarki negara akan dibubarkan, berdasarkan kenyataan Lim Kit Siang bahawa raja berketurunan lanun.
5. Isu azan, baru-baru ini, hanya untuk menilai tahap sensitiviti orang Islam. Tidak mustahil nanti azan akan diharamkan.
6. Pertandingan tilawah Al Quran akan dihapuskan.
7. NGO Melayu akan dihapuskan. Contohnya PEKIDA dan PERKASA.
8. Perkahwinan Antara-Agama akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan human rights (penghapusan etnik Melayu).
9. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa Rasmi. Bahasa kedua adalah Mandarin.
10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.
11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.
12. MARA yang dianggap rasis akan dibubarkan.
13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.
14. Di hotel Palma Penang, lagu Negaraku yang baru telah dimainkan, tanpa sebutan ‘raja’.
15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.
16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.
17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan. Fokus kepada Kementerian Pendidikan.
18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.
19. Kedutaan Israel akan dibuka.
20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.
21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam.
22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah minta untuk guna wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti.
23. Seperti yang dijangka, DEB akan dimansuhkan.
24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib” dalam satu majlis tertutup. PAS telah berjaya diliberalkan.
25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan DAP. Mereka ini dilatih oleh Israel sebahagian daripada agen perisikan, MOSSAD selama 3 tahun dengan pelbagai ideologi termasuk ideologi ‘Malaysian Malaysia’ dan ‘Zionis’. Mengamalkan perjuangan mereka adalah segala-galanya, dan prinsip agama diketepikan.
Hal ini telah didedahkan oleh Mohamed Razali Bin Abd Rahman Bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP.
Beliau mengaku pernah tinggal di gereja selama 2 minggu. Beliau mengatakan bahawa, Paderi Marine, warga USA telah berada di Malaysia selama 5 tahun untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia, terutamanya dalam kawasan Sibu. Setiap minggu sekurang-kurangnya 2 orang Melayu telah dimurtadkan.
Beliau telah keluar dari menjadi ahli DAP di atas kesedarannya kerana mendapati bahawa DAP paling benci kepada bangsa Melayu beragama Islam dan Raja-Raja Melayu. DAP berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam kepada Perlembagaan Kristian.
8 ulasan:
tapi sesungguhnya kita masih ingat dan masih segar dalam ingatan akan laungan Najib " kita mandikan keris umno dengan darah cina " tak kan dah lupa kot ? atau sengaja buat-buat lupa ? atau memang UMNO mudah lupa (kerana terlalu takut akan kalah sehingga terkencing dalam seluar) terlupa bagaimana pemimpin UMNO yang seribu kali mengeluarkan ungkapan perkauman yang lebih berbahaya dari apa yang digembar gemburkan tentang ancaman dari DAP itu sendiri ... biarkan UMNO meroyan menghempas-hempas diri mereka sebab sesuatu yang dah nak mampos memang tak boleh jangka apa yang kan mereka lakukan.
pembenci tegar umno
Razali Abd. Rahman ini adalah rasis, dialah yg memperbodohkan org Melayu dan umat Islam.....takut terdesak, maka banyaklah fitnah yg disubrkan......
kalau btul lah kenyataan tentang DAP ini dari mohd razali,konfim lah dia ni dah tempah satu bilik di neraka jahannam bsama zul kulum al-munafiq..penuh dgn tipu,dusta,pelawok kohong dan apa lg bahasa yg seumpama dgnnya.. memang jahat dan penuh fitnah hya kerana ingin mempertahankan parti berotak lembu..
piak2 umno nee dah gila ka..... dok jaja cerita yg bukan2... kenapa perlu takut kalau pemerintahan tu bersih..ABU
Dialah orang yang menongkah arus keharmonian masyarakat yang dibina sekian lama& benci membenci. Dialah orangnya yang ditaja sepenuhnya oleh Umno untuk menggembar-gemburkan cerita karut di seluruh Malaysia. Orang Umno sangat mengagungkan dia dan mak cik/wanita Umno semuanya sudah takut Malaysia akan huru-hara.
Masya ALLAH
Cukuplah prossses membodohkan orang orang Melayu... sudah banyak Melayu dibodohkan dari dulu , kini , dan selama lama nya.
Anak anak Melayu biarlah dia buka mata dan jangan pula di bahalolkan seperti ibu bapa mereka yang terdahuulu. Kalau orang orang Melayu yang dulu bahalol dan bodoh, maka cukuplah sendiri bahalol dan jangan pula membodohkan bangsa Melayu yang rata rata Bodoh Bahalol Tahap Kelas Satu.
Ada beza gaya dan pemikiran Melayu Bodoh Terdahulu, dengan Melayu Bijak Pandai masakini. Tengok muka saja boleh baca Melayu bodoh ataupun tidak....berbeza dengan Kutty yang bermata Syaitan Di rejam.
Masya ALLAH !!!
berani ke polis membuat dakwaan akta
HASUTAN...mana mungkin,,TEGAS hanya pd bukan arwah um NOiaitu pembangkang
ADIL juga utk B angkai N egara kerana
gaji kami dibyar mereka bukan rakyat@
KRJAAN MALAYSIA dn berHEMAH pd mereka
yg jadi samaseng2 pihak ini.ingatlah KES LAHAD DATU adalah balasan ALLAH pd kamu yg melakukan kezaliman pd rkyat sendiri.kES RENGIT2010 seperti negara ini diambang peperangan kerana
sikap takbur zalim kamu tika rakyat mendengar ceramah DSAI dgn alasan2 BODOH yg diberi utk sekat kebangkitan rakyat dpremis persendirian,memang dasar ANJING KERAJAAN kononnya BERKECUALI...
Tahniah kepada Pejuang Bangsa Melayu yang bernama Mohamed Razali Bin Abd Rahman ni.
Mana pi gi itu satu juta yang Guan Eng bagi? Pi bagi kat polis, sudah tentu Guan Eng akan masuk lokap. lepas tu, dia tak boleh bertanding dalam PRU 13 ni. Sudah tentu kita dapat rampas balik KM Penang tu. ....
Aku nak cakap pasal satu hal saja yang disebutnya.
BTN @ Biro Tata Negara ~ agen brainwash yang bersifat rasis. Sentiasa kutuk bangsa lain selain Melayu dalam kursus-kursus yang dianjur depa tu. Kalau nak kata jahatnya DAP, sudah tentu UMNO adalah manusia yang paling jahat dan bersifat syaitan di Malaysia. Sedang rakyat menikmati keharmonian hidup antara kaum, depa dok buat kerja "mencuci otak" para pegawai kerajaan supaya membenci kaum lain (termasuk Melayu PAS). Aku sendiri adalah antara pegawai kerajaan yang menjadi ahli kursus dalam projek tersebut. Sejak lepas kursus itu, aku tak percaya lagi kepada UMNO ni. Walaubagaimanapun, bak kata Allah swt, Hidayah tu Hak Allah swt. Begitu juga pemikiran Melayu. Memang ada di kalangan pegawai Melayu yang boleh dikategori sebagai BAHLOL yang memang mudah dicucuk hidung oleh puak UMNO ni.
Puak ni yang sanga menonjol bila bercakap pasal semangat kemerdekaan..........
Catat Ulasan