7 Mac 2013

Media Filipina Dakwa Zahid Hamidi Tunjuk Gambar Palsu


Di kala media arus perdana di Malaysia menyebarkan gambar panas berkenaan beberapa orang mangsa yang berada dalam sebuah liang lahad selepas serangan dilakukan baru-baru ini, tiba-tiba muncul pula maklumat panas daripada media Filipina yang mempertikaikan kesahihan gambar tersebut.

Menurut laporan media terbabit gambar-gambar yang didedahkan itu adalah [kemungkinan] merupakan mangsa serangan di Selatan Thailand pada tahun 2007.

Menurut sumber, jika gambar yang diperolehi itu datangnya dari para media dan wartawan yang membuat liputan mungkin ia boleh diterima.

Namun bila gambar-gambar yang berkenaan diambil oleh pihak yang berkenaan maka kesaihannya boleh dipertikaikan.

Lantaran itulah dalam pendedahan terdahulu ramai yang mendakwa cara mayat-mayat mangsa yang berada dalam liang lahat itu tidak memungkinkan mereka adalah penceroboh Sulu.

Ini kerana gaya pakaian dan keadaan lokasi yang berkenaan kelihatan tenang, tiada kesan bom malah papan alas lubang berkenaan juga tidak hancur dibom.

Malah mereka juga mempertikaikan mana mungkin penceroboh boleh menggali lubang sebesar itu ketika serangan berlaku.

Mereka tidak mungkin membawa alatan yang membolehkan ia digali sedemikian rupa. Apapun, kini gambar itu masih menjadi misteri yang pastinya akan menimbulkan kontroversi. -PDO

Nur Misuari melalui facebooknya juga mempertikaikan foto-foto yang ditunjukkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Ahmmad Zahid Hamidi semalam.

Cuba lihat:





18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

keliling kubur itu juga sudah ditumbuhi rumput,

Tanpa Nama berkata...

INI bermaknanya disini Zaid Hamidi,Hishamudin dan Najib telah menipu rakyat mlaysia,isteri SERTA keluarga tentera dan polis BAGI MENUTUP KESILAPAN YANG TELAH BERLAKU DALAM SERANGAN SEHINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN PASUKAN KESELAMATAN.OLEH YANG DEMIKIAN PENG KHIANAT INI PATUT DIDAKWA ATAS KESALAHAN SEUMPAMA INI

Unknown berkata...

Kantoi!!!! Zahid Hamidi jual minyak unta.

Tanpa Nama berkata...

Memang pemimpin UMNGOK dasar penipu, smpai bila pun mereka ini akan menipu. Yg masih percaya hanyalah pengikut2nya yg setia.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan negara asing baru tahu ke media arus perdana malaysia kaki penipu dan menfitnah dan begitu juga dgn pemimpin nya termasuklah najib sebagai Bapak Pembohong abad ini.

Carlos Santiago berkata...

MOHON NAJIB BUAT SIDANG PARLIMEN TERGEMPAR.

Tanpa Nama berkata...

belum bersidang asyik kena gempar dgn rosmah je...sampai ke sudah tak sidang dlm hal2 gini punya serius

hapuskan umnongok-ngok!

Kak Mahh berkata...

Mula tengok pun tertanya,macam pelik je gambar.

Tanpa Nama berkata...

hehehe.....nampaknya media filipin telah melaporkan kebenaran..memang gambar tu adalah gambar mayat tentera thai dalam konflik di selatan Thailand ..ini bermakna krajaan malaysia pimpinan Najib adalah pembohong, penipu & pengkhianat yang sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Ada yang mengatakan but dan seragam askar boleh dibeli di kedai di mana2..Ada pula yang mengatakan kalau lah mayat2 itu bukan penceroboh tapi polis Malaysia, mestilah balu2 mereka dah mula bising, kemana suami mereka? Ada yang mengatakan takkan ini pun nak dipolitikkan....SIAPAKAH MEREKA YANG MEMBERI KOMEN SEDEMIKIAN? CUBA TEKA

Tanpa Nama berkata...

Kau jangan ingat kami ni bodoh, Mr. Zahid. Since you bodoh kami saran you letak jawatan sekarang atau kami akan letakkan jawatan kau pada PRU akan datang. Tanah rakyat M'sia sudah terancam kami disini tak nak seinci tanah pun diambil pemberontok dari negara kristian. mari kita berjihad pertahankan tanah orang Islam dari diambil oleh pemberontak dari negara Kristian Philipines dengan tumbangkan UMNO pada PRU akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Dibanding gambar awal penceroboh dan gambar mayat penceroboh, tak ada seorang pun berpakaian kombat, apatah lagi berbaju seragam gelap.....
Yang memmakai complete combat gear berwarna gelap ialah komando v69 PGA.
JADI JENAZAH SIAPA DLAM LOBANG TU.... berpakaian seiras v69?????
Apakah betul dakwaan bloggers filipana danSultan Sulu bahawa raja mudamemaklumkan mereka terselamat dan dua bom telah mengenai pasukan sendiri????

AL FATIHAH Semoha Allah merahmati mereka yang terkurban atas kelemahan menteri kita yang sambil lewa.

Tanpa Nama berkata...

mayat tu nampak macam dah lama dah macam bengkak skit

Tanpa Nama berkata...

1:12 AM...Yang menceroboh tu sultan sulu yg beragama islam...jgn main hentam je.

GEBU berkata...

Sudah-sudah lah nak bohong rakyat kerana rakyat sekarang lebih cerdik dari Pemimpin UMNOngok.
Liang ni depa korik dengan apa? CANGKUL KE ATAU BACK HOE?
Macam tu ke orang Islam mengkebumikan orang yang Sultan Sulu anggap mati syahid?
Mana dia tanah yang dikorik untuk menimbus liang?
Selamat menjawab bagi UMNOngok.

Kak Uda ila berkata...

Ini Semua DS ANWAR punya pasal.. kata Pak Zahid.

Muka aku dalam akhbar dah bercelaru. Berkedut seribu. Kening semua naik bertingkat nak mikio pelbagai alasan.

Ini Semua salah DS ANWAR.. sambung Pencacai UMNO yang lain.

Ye!!! Ini semua salah Anwar, celah rakyat yang masih di buai mimpi.. sampai mengngigau-ngigau masing-masing.

Jangan ada yang tetiba sakit Jantung sudaaahhhh

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul itu gambar musuh, tunjukkan gambar seterusnya...gambar tentera kita ketika mengendalikan mayat-mayat itu...dan sebagainye. Jum kita rakyat mengadilinya...buktikan pada rakyat kebenaranya...ayuh Zahid sebelum kamu dimalukan oleh seluruh umat didunia ini.

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul yang mati adalah komando polis adalah amat dikesali kerana Menteri Pertahanan kita tidak bercakap benar.Jumlah kematian sebenar belum termasuk yang inilah.