12 Mac 2013

"Kalau Saya Takut, Saya Tak Buat Apa-apa" - Bapa Saiful


Bapa kepada Saiful Bukhari mengulangi kenyataannya sebelum ini mengenai penglibatan Pegawai Khas kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai antara dalang konspirasi kes Fitnah II.

“Kenyataan saya jelas. Dalang di belakang kes liwat II ialah Khairil Anas Jusoh,” kata Azlan Md Lazim ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media semalam.

Menyifatkan tiada keperluan untuk bersumpah bagi membuktikan kebenaran, Azlan juga sedia mengulangi pendedahannya berkaitan konspirasi berkenaan.

“Dalam Malaysia ini, kita sudah tengok banyak orang bersumpah. Saya tegaskan dalam kenyataan, saya tidak takut. Kalau takut, saya tidak akan buat apa-apa,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, tindakannya mendedahkan hal sebenar berkaitan konspirasi itu bukan bertujuan menganiayai anaknya, Saiful Bukhari.

“Kasih sayang saya tidak berbelah bagi. Sebagai bapa, saya tahu dengan lebih jelas apa yang berlaku di sebalik tabir, apa yang orang tak tahu.

“Terpulang pada masyarakat untuk percaya,” katanya yang menolak tanggapan kononnya pendedahan dan penyertaannya dalam KEADILAN, mengkhianati Saiful Bukhari.

“Bukan bermakna saya menyertai KEADILAN, saya akan sisihkan Saiful dan anak-anak yang lain,” katanya yang turut menyebut nama timbangan anaknya yang lain, ‘Tati’ dan ‘Su’.


Azlan sertai PKR selamatkan Saiful

Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, penyertaan Azlan Mohd Lazim ke dalam PKR bertujuan membebaskan anaknya, Saiful Bukhari daripada cengkaman Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Pakatan Rakyat dan PKR telah memberi sokongan kepada Azlan untuk "melawan" fitnah Umno-BN dengan mempergunakan anaknya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga individu bertanggungjawab memperkenalkan Azlan kepada PKR berkata, penyertaan Azlan juga akan membantu dalam memberi keyakinan kepada rakyat bahawa wujudnya konspirasi politik jahat terhadap Anwar.

"Saya diberitahu oleh Azlan, dia terpanggil untuk sertai PKR adalah kerelaan hati dan untuk membebaskan anaknya daripada BN.

"Azlan juga memberitahu saya, PR dan PKR telah memberi sokongan kepadanya untuk melawan fitnah yang dibuat oleh Saiful.

"Penyertaan Azlan juga membantu kita bagi keyakinan kepada rakyat tentang wujudnya konspirasi jahat terhadap Anwar," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Jumaat lalu, Azlan telah mengejutkan semua pihak dengan kenyataannya kepada media mengenai adanya konspirasi politik jahat terhadap Anwar yang dikaitkan dengan kes liwat kali kedua.

Mengulas lanjut, Johari juga berkata, penyertaan Azlan adalah tepat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Ini masa yang tepat, dekat juga dengan PRU13," katanya.

Dalam pada itu, Johari memberitahu, Azlan masih belum membuat sebarang keterangan kepada pihak polis walaupun Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan bahawa pihaknya akan memanggil beliau dalam masa terdekat.

"Belum, belum, belum, belum ada sebarang maklumat dan tindakan," katanya.
-SH

8 ulasan:

Kak Uda ila berkata...

Saya harap, Khairil Anas Jusoh bersedia membalas hujah selepas ini. Jangan berani sembunyi belakang sahaja. Bersihkan pula nama anda. Bila nama dah buruk, susah. Semoga anak dan ahli keluarga serta isterinya dipelihara Maruahnya hingga ke akhir hayat. Bukan apa kasihan, Kadang-kadang ini semua salah si Suami@Ayah. Yang jadi mangsa, anak dan isteri mendapat musibah.

Kami tunggu kamu Anas, Luaskan Hujahmu.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat sedang menunggu respon dari pegawai khas tu, apa lagi , maruah perlu dipertahankan. Anak , isteri dan keluaarga telah menjadi mangsa keadaan, kembalikan maruah diri, berani kerana benar. Akhirat sedia menanti , apa jua yang telah dilakukan didunia ini. Kasihan kepada sekelian keluarga.................

Tanpa Nama berkata...

Memang benar kata Kak Huda Ila tu. Kesian kat anak bini angkara suami/ayah yang tak ingat dosa pahala dalam mengejar keduniaan. Allah bagi banyak kenikmatan di dunia, tapi sikap rakus menjadikan kita buta hati. Perbetulkanlah kehidupan kita sebelum dijemput Allah esok atau lusa.

orangpencen berkata...

suka main sumpah sumpah ni hanya kerja orang munafik dan perangai tulah yang telah sebati dgn umno....

Tanpa Nama berkata...

berkatalah yang sebenarnya wahai anas kerana diakhirat nanti tiada apa yang dapat disembunyikan.

Tanpa Nama berkata...

Org yg jahat ialah org yg x percaya wujudnya akhirat. Tu pasal dia org langgar semacam jer (fitnah. salah guna kuasa. rasuah. pecah amanah. bunuh. hina agama. hina nabi SAW dan lain2 lg)

"dan lain lain lagi" tu ialah sifat2 keji yg sebati dlm jiwa umno dulu kini dan selamanya.

yg tu tolong tambah...

Bakakuk berkata...

Wahai umno dan pmimpinnya,,apalah yg d kjar sgt kt dunia ni..fitnah jd darah daging,,bunuh da jd amalan,,dua dosa brada d tingkat pling atas..trma la akibat d akhirat kelak..

Unknown berkata...

blog PR disertakn bukti tp blog ubn ntah pape je...ske memaksa mengaku bnda yg x pasti...org kampung bole la ditipu bn...