23 Mac 2013

[HOT] Rekod Undi Pos Papagomo Tetiba Hilang


Selepas mendedahkan Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris mempunyai dua rekod daftar pemilih semalam, PKR hari ini mendakwa salah satu rekod tersebut 'hilang' dari Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata semakan pihaknya hari ini mendapati Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan (polis) RF142863 telah dibuang dan tiada dalam rekod SPR.

"Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos," katanya dalam satu kenyataan.


(Gambar: Carian rekod Wan Muhammad Azri Wan Deris menggunakan kad pengenakan sama yang dibuat semalam)

Semalam Rafizi mendedahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo yang terkenal sebagai bloger pemfitnah seks mempunyai dua rekod daftar pemilih.

Satu adalah sebagai pengundi pos menggunakan kad pengenalan polis RF142863 dan satu lagi sebagai pengundi biasa dengan memegang kad pengenalan bernombor 830121-03-5019.

Bagaimanapun hari ini katanya, rekod blogger umno itu sebagai pengundi pos telah dipadamkan.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan pihak SPR duduk semeja dengan pasukan keselamatan bagi mengenalpasti kes wujud dua rekod daftar pemilih seperti Papagomo dapat dibersihkan.

"Satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi.

"Sekiranya SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat," katanya. -HD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wallaweyy., gua baru nak tolong lu kasi bantai sama Anwar.., gua nak kasi lu moral support walaupun lu memang tatak moral punya olang ...tetiba lak nama lu hilang .. dan lu 'semaggi segera' menafikan lu papagomo... apa la lu ni... tak rock cam gini... cam telog termasuk kedalam jer...wa tak halalkan sokongan wa kat lu selama ni (ade ker wa pernah sokong lu ..?) wa tak perasan lak

mat kapcai lalok

Amuraria berkata...

inil mestio hantyu haram jadah punya kerja ! sup sap sup sap sudah ghuyup macam jebon ! memang setan gondol la gomo & spr ni !

waris berkata...

ada 100 ribu orang polis bermakna 100 ribu undi pos dan 100 ribu lagi undi biasa. itu belum masuk tentera lagi.

spr sememangnya barua umno terutama 2 ekor beruk yg di atas tu.

Tanpa Nama berkata...

Papagomo sudah takut, dia pun sudah taubat mau sokong Pakatan Rakyat?

Unknown berkata...

wallaweyy., gua baru nak tolong lu kasi bantai sama Anwar.., gua nak kasi lu moral support walaupun lu memang tatak moral punya olang ...tetiba lak nama lu hilang .. dan lu 'semaggi segera' menafikan lu papagomo... apa la lu ni... tak rock cam gini... cam telog termasuk kedalam jer...wa tak halalkan sokongan wa kat lu selama ni (ade ker wa pernah sokong lu ..?) wa tak perasan lak

http://tunhisyamuddin.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Orang yang menzalimi orang lain akan ditimpa bala, nauzubillah

Tanpa Nama berkata...

apa risau banyak nama loo... kan pru 13 pakai dakwat.. tak boleh mengundi kalu jari ada dakwat.. dont bisibg-bising laa..

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah hancurkan lah golongan penipu ini demi memartabatkan agama Mu. Aminnnnnn.

Tanpa Nama berkata...

SPR dok jaja kata dia org tak berhak buang nama dlm daftar pemilih...hanya arahan mahkamah saja...bila pulak mahkamah putuskan di gomo niboleh dikeluarkan????

Tanpa Nama berkata...

Wah !!!!!

Memang betul ada Hantu woh....ada Hantu duduk dalam SPR woh.

Sesungguhnya Hantu Hantu berkepala satu dan berkaki dua adalah secantik cantik Hantu untuk berkawanan dengan Hantu yang Nyata.

Ketahuilah...

wa caya berkata...

Haaa wa sokong 1242.....
BUKIN TAK SERUPA CAKAP.... ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn waris 7.20pm

Bapak aku bekas tentera.. sepanjang berkhidmat sekali je mengundi. Tu pun bila nak pencen. Bapak aku yg cakap!!

Siasat id polis/tentera yg ada ic awam dlm sistem spr...

Tanpa Nama berkata...

Aku betul-betul dah tak percaya SPR lagi.

Tanpa Nama berkata...

anon 9.34
Dakwat tu dicalit semasa nak masuk mengundi...Siapa2 yg ada dakwat (dah dicalit) tunjuk jer kat pegawai SPR, maka orang itu dibenarkan mengundi...Lepas tu boleh pergi mengundi kat mana2 yg ada nama kita. SPR kena bagi masuk sbb jari dah ada dakwat (Jari dicalit semasa masuk....)

Apa yg berlaku di luar negeri ialah mereka yg telah dicalit jarinya tidak dibenarkan mengundi sbb dah mengundi (Jari dicalit semasa keluar bukannya semasa masuk).

itu bezanya konsep calit jari oleh SPR...

ABU ABU ABU ABU ABU ABU