Keadilan sebelum ini mendedahkan bagaimana seorang individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris mempunyai dua pendaftaran di dalam daftar mengundi – satu menggunakan kad pengenalan biasa dan satu lagi menggunakan kad pengenalan polis.
Pendaftaran mengikut kad pengenalan polis individu tersebut (yang juga dikenali sebagai Papagomo) telah dipadamkan dari daftar pengundi serta-merta apabila KEADILAN menimbulkan perkara ini.
Namun, tindakan pantas SPR itu tidak meredakan syak wasangka mengenai kepincangan daftar pengundi yang dikelolakan oleh SPR.
Ramai yang bertanya kenapa tarikh lahir Papagomo adalah berbeza-beza mengikut pendaftaran kad pengenalan biasa dan polis, seperti yang ditunjukkan mengikut paparan skrin di bawah:
Semakan KEADILAN dengan rekod imigresen Papagomo mengesahkan bahawa tarikh lahir Wan Muhammad Azri di bawah kad pengenalan polis dan kad pengenalan biasa adalah sama, iaitu 21 Januari 1983.
KEADILAN telah berjaya mendapatkan paparan skrin rekod imigresen Papagomo yang menggunakan passport antarabangsa bernombor A20485305, seperti berikut:
Ini menimbulkan tanda tanya yang amat serius – apakah kesilapan nama dan tarikh lahir di bawah kad pengenalan polis yang sedikit berbeza adalah disengajakan untuk menyukarkan ia dikesan?
Sebuah badan seperti SPR tidak mempunyai alasan tidak dapat menangani maklumat yang ringkas seperti tarikh lahir, apabila jabatan-jabatan kerajaan lain dengan mudah sahaja merekodkan tarikh lahir yang tepat.
Penafian mudah Pengerusi SPR kini tidak boleh diterima bulat-bulat begitu sahaja. Beliau perlu menjelaskan apakah kegagalan menangani perkara yang mudah ini adalah sebahagian dari perancangan terancang untuk mengelirukan rakyat dalam usaha mengekalkan pengundi hantu di dalam daftar undi?
Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN
8 ulasan:
mykad & passport ada foto...payah sangat ka nak check?
pengundi hantu papakedana nee rupanya..... hai byk lagi lah rupanya pengundi hantu ini.... itu baru seorang polis.... bekas tentera pula mcmna.... mungkin sesiapa yg menyebelahi pemerintah dibiarkan tanpa di padam.... boleh lah undi 2 kali... bijak mmg bijak... terperangkap juga akhirnya... ABU
Kita sangat ragu dengan integriti SPR
Nak lari mana
patut la SPR telus & jujur macam nak mampus hahaha ! ABU jangan lupa !
alhamdullillah !
tiada salahnya ketua hantu cuba menutup hantu hantu dari terkeluar dari daftar hantu.
lebih lebih lagi hantu berkaki dua, ber otakkan bahalol tahap ngok yang ada sekarang - siang malam habis duit rakyat aje makan gaji keringat rakyat yang rata rata kais pagi makan semalam.
sesungguhnya hantu hantu yang menongkat langit itu hidup dalam kehinaan dan kerugian selalu.
ketahuilah !!!
PapaGomo Disahkan akan bersara selepas ini kerana dalam penjara xde wifi..
Kih kih kiiiiiiiiiiihh!!!
benda ni rafizi baru dedah, belum selesai apa lagi pun, spr dan amno tak tergugat pun, last2 pru13 sampai masa dgn daftar pemilih yg kotor. penipuan macam ni berlambak dan dah berkurun tapi akhir2 baru ada pemimpin yg proaktif dan otak cerdas macam rafizi tu. dah lama dah amno menipu utk menang, persempadanan kwsn p/raya lagi 1 hal.
sekarang ni kita kena fikir macamana nak sekat penipuan spr dan amno dlm bab daftar pemilih,
kalau spr tak akur dgn tuntutan bersih terutama daftar pemilih yg meragukan, boleh saman kat mahkamah ke, boleh tangkap ke pengerusi spr tu? takat kita bercakap amno tak heran, amno ni kena ajar dgn undang2. kalau panggil org luar baru amno gelabah semacam. tak boleh panggil PBB atau badan a/bangsa dlm bab2 macam ni, human right watch ke apa ke...
Catat Ulasan