20 Mac 2013

Ada "Pasar Malam Bangladesh" Di Melaka


Pasar malam Bangladesh’ bakal ulangi pencerobohan Lahad Datu

Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah patut dijadikan pengajaran supaya kerajaan tidak sewenang-wenangya memberi kad pengenalan (IC) kepada warga asing.

Demikian Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin mengulas isu ‘pasar malam Bangladesh’ di kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka yang dipenuhi peniaga warga asing tersebut.

“Semua ini berlaku kerana kerajaan sewenang-wenangnya membenarkan kemasukan warga asing. Disebabkan itu mereka berani berbuat apa sahaja. Kita juga tidak menolak kemungkinan mereka turut memiliki IC.

“Sepatutnya kerajaan mengambil iktibar apa yang berlaku di Lahad Datu. Tidak mustahil suatu hari nanti, rakyat Bangladesh pula mendakwa tanah di kawasan itu milik mereka dan berani bertindak sesuka hati,”
kata Shamsul ketika dihubungi.

Pasar malam Bangladesh itu terbongkar apabila Jabatan Imigresen Melaka membuat serbuan ke lokasi itu.

Mereka mendapati warga asing terlibat mengadakan aktiviti perniagaan barangan keperluan termasuk sayur-sayuran.

Hasil serbuan itu, pihak berkuasa tersebut berjaya menahan 50 pendatang asing tanpa izin (Pati) berusia 19 hingga 42 tahun.

Ia melibatkan 17 warga Indonesia, Bangladesh (sembilan), Myanmar (lapan), Nepal (15) dan Palestin (satu).

Justeru, Shamsul menggesa kerajaan tidak terlepas pandang dan bersekongkol dengan pihak tidak bertanggungjawab memberi IC kepada Pati.

“Mereka akan keluar mengundi jika ada IC. Jika kita bertanggungjawab, jangan sesekali benarkan mereka pilih pentadbir negara.

“KEADILAN sendiri akan membuat pemantauan untuk melihat sejauhmana warga asing itu menjalankan kehidupan mereka sama ada memiliki IC atau tidak,” ujar Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang betul...awal awal lagi rumput dan lalng harus dicabut sebelum menjadi semak. K'jaan kena la control..ini tak buat dek je..

Admin berkata...

Kat sungai buluh ni ada pasar bangla,sebut je banyak org tau tak kena serbu pun,Kat segambut dalam jalan ke rumah Anwar ibrahim belambak kedai2 bangla ni dan kedai org indon

Unknown berkata...

Ingat mati untuk kusyuk solat - mybabah.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Punca segala yang berlaku ini adalah
- Rasuah.
- Pecah amanah.
- penyelewengan kuasa.
- Mengejar pangkat dan kuasa.
- Ingin cepat kaya.

Pada ciri2 tersebut maka akan lahir lah ramai PENGKHIANAT NEGARA.PENGKHIANAT INI AKAN MELAKUKAN APA SAJA DEMI PERUT DAN KESENANGAN UNTUK DIRI SENDIRI dan secara tidak lansung dengan pendapatan haram mereka dan diberi makan anak bini, Yang akan melahirkan anak2 dan jenerasi yang rosak. Bayangkan satu jenerasi yang rosak dan di lahirkan satu jenerasi lagi yang akan menyambung kesinambungan PENGKHIANAT. Jika diamati dikaji pada masa sekarang ini, Sudah terlalu parah kerana negara Malaysia yang tercinta ini sudah membiak terlalu ramai PENGKHIANAT NEGARA. Zaman dulu pengkianat boleh di bilang dengan jari tapi sekarang zaman serba canggih ini, boleh didapati disegenap cerok jabatan. Melayu dulu berjuang dengan keringat dan darah, tapi hati yang ikhlas. Melayu sekarang menyimpang jauh, tidak peduli halal haram,tidak peduli agama dan bangsa. keutamaan hanya lah pada suku sakat dan puak2 sendiri yang merelakan diri diperkudakan diperlembukan diperlekehkan dan seronok sekali diperbodohkan. Oh melayu bangsa ku apa dah jadi!!Ingat lah HIDUP KITA, SOLAT KITA DAN MATI KITA KERANA ALLAH TAALA. ELOK AGAMA KITA, elok lah bangsa2 kita. SEMUA BANGSA AKAN ELOK JIKA PERINTAH ALLAH TAALA DITAATI. Tuan2 boleh agak kot bangsa apa yang paling ramai PENDENGKI/PENGKHIANAT sekarang ini.
PADA PERUNDANGAN, APAKAH HUKUMAN SELAYAKNYA PADA PENGKHIANAT INI.

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Puak-puak ini sebenarnya petualang negara yang sanggup jual kedaulatan negara demi untuk kekal berkuasa.

Anak_Muda_Pengikut_UAI berkata...

aku orang bukit rambai, melaka tu (tak tipu punya)...memang betul pun pasal pasar malam bangla nie...in fact, dah lamer dah wujud...yang aku pelik tu...kawasan tu die hard core umNO tu...mesti masyuk tu puak-puak umNO kat situ tu....:-p

Tanpa Nama berkata...

pengundi BN macam orang sulu, Pattani, Indon, Kemboja....