22 Feb 2013

[VIDEO] RM403j: BN Kedah Sila Jawab!


Pengerusi Bongkar 403, Mohd Firdaus Jaafar hari ini mendesak BN Kedah menjelaskan tindakan mereka sebelum ini yang sanggup menukarkan geran percuma yang disediakan oleh kerajaan kepada pinjaman sehingga menyebabkan Kedah menanggung hutang.

Jelas beliau, selain tindakan itu, kos bagi projek pembinaan loji air itu juga turut meningkat sehinggakan jauh berbeza dengan harga yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

"Kita mahu BN Kedah segera tampil memberi penjelasan berhubung dengan isu pembinaan loji air yang harga meningkat berkali ganda dan juga tindakan mereka menukarkan geran percuma kepada pinjaman.

"Tempoh seminggu kita berikan dan jika mereka tidak tampil memberi penjelasan, satu memorandum akan kita hantar kepada BN Kedah untuk desakan tersebut," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau berkata lagi, penyelewengan yang dilakukan oleh BN berkenaan dengan loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar melibatkan kerugian hampir RM145 juta.

"Pembinaan loji pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta, tetapi harganya menjadi RM65 juta apabila ditukar status pinjaman.

"Manakala loji pembersihan air Padang Sanai yang sepatutnya bernilai RM50 juta untuk kapasiti 50 juta liter air tetapi dengan sentuhan tangan BN harganya melonjak menjadi RM155 juta" , jelas beliau lagi.

Dengan tindakan itu katanya, rakyat boleh menilai sikap BN negeri itu.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah perompak wAtpe nk undi bn lg..tukar3..

Tanpa Nama berkata...

Tempat BN memerintah bukan lagi di Putrajaya lepas PRU 13 tetapi di penjara Sungai Buloh. So Bersedialah untuk menginap di hotel 5 star kat penjara Sungai Buloh.