1 Feb 2013

UMNO Cepat Berkubur Bila Polis Terus Bertindak Berat Sebelah & Tidak Profesyenal


#KL112 mencatatkan sejarah tersendiri. Tidak ada siapa yang boleh memberikan angka tepat mengenai berapa ramai yang berhimpun dalam dan di sekeliling stadium pada 12 Januari lepas. Namun seperti biasa angka ini akan dijadikan bahan oleh regim untuk perkecil himpunan rakyat ini. Mulanya regim mengumumkan tidak lebih dari 30,000 orang sahaja, namun jumlah ini disentak dengan pengumuman polis yang menyatakan pihak penganjur bersalah langgar syarat kebenaran iaitu melebihi 30,000 orang. Apa pun penafian kebangkitan rakyat dengan regim bermain nombor mudah dipatahkan dengan gambar himpunan.

Isunya bukan sekadar jumlah, bagi regim ini makin panik ialah di manakah agensi seperti PDRM berada? Di mana-mana sejarah kebangkitan rakyat menghumban regim tua, di mula kebangkitan pasti polis atau tentera alat penting regim untuk mematahkan kebangkitan rakyat tetapi apabila hakikat sebenar bahawa betapa regim membawa kerosakan dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi maka saat kemenangan kebangkitan rakyat akan ditandakan dengan bermulanya (selalunya sebahagian) dari polis atau tentera sedia untuk ‘mengkhianati regim’ dan duduk bersama rakyat. Tanda ini agak jelas ketika Himpunan #KL112 atau HKR baru-baru ini.

Bagaimana ketika Najib diluar negara, pimpinan utama polis selesa duduk berbincang dengan pimpinan rakyat di Bukit Aman sehingga persetujuan untuk mencipta sejarah himpunan rakyat paling aman dan paling ramai sejak merdeka. Namun setelah Najib pulang dari luar negara ‘mungkin’ polis ditekan dan dipertikai mengapa PDRM berani memberi jaminan sedemikian, maka sedikit gangguan dimunculkan iaitu surat cadangan mengalih lokasi himpunan ke Bukit Jalil.

Akhirnya semua berjalan sempurna. Ini membuktikan selama ini jika tanpa campur tangan regim (baca : Umno/Bn) memperdaya PDRM pasti semua himpunan aman dan baik dan hubungan PDRM dan rakyat akan terpelihara juga dihormati.Depan mata saya bagaimana selepas himpunan ada yang mengutip sampah, ramai yang berjalan berkumpulan tua / muda mendekati anggota polis dan bersalaman.

Masih ingat gelak tawa gurauan anggota polis yang berdialek Borneo di stesen LRT Stadium yang mengatakan ‘macam hari raya’ apabila semua orang bersalaman dengannya dan kawanya pula bercakap ‘aik macam menteri pula rasa’. Semua jadi tertawa.

SAMM bergerak dari Kg. Baru ke Stadium Merdeka. Kami sudah putuskan satu perarakan yang meriah dengan lagu – lagu bermasej ‘rakyat’, selawat, nasyid dan sebagainya. Ribuan yang bersama perarakan SAMM ke Stadium Merdeka pasti bergembira sebagai sinambungan program mengira detik di Kampung Baru, KL malam sebelum itu. Masih teringat lagi demonstran mengambil gambar sambil sama menari dengan anggota trafik mengikut muzik lagu Korupsi (one buck short) dan bongkar (iwan Falls) diselang seli lagu Ubah Jang Ubah. watak yang sama tetapi imej berbeza ketika Bersih 3.0, yang bezanya ialah campur tangan jahat Bn.

Namun regim ini tidak pernah akur dengan kebangkitan rakyat. Isu bawa kanak-kanak pula dinaikkan. Ada maklumat dari dalam PDRM menyatakan keluhan mereka kerana dipaksa melakukan kerja bodoh iaitu meneliti gambar peserta #KL112 dengan kanak- kanak. Semalam Polis mula mengedarkan kononya gambar peserta yang membawa kanak-kanak.

SAMM menyeru semua peserta himpunan yang terlibat supaya mendapatkan nasihat guaman dahulu sebelum bertindak. Namun jauh dari itu SAMM bersimpati dengan polis yang dipaksa regim untuk bertindak sedemikian. Sehari dua ini apabila pimpinan PDRM WP muncul dengan pengumuman iba bapa bawa anak ini ramai yang tertawa dan tidak kurang kecewa. Ada yang mengatakan dari cari ibu bapa yang bawa anak lebih baik PDRM guna masa tersebut untuk cari ibu bapa yang buang anak atau anak hilang.

Namun SAMM mengajak orang ramai jangan menyalahkan PDRM 100 peratus dalam perkara ini, mereka sedar tindakan mereka ini bakal ditertawakan dan buang masa tetapi mereka dipaksa oleh regim BN yang sudah hilang punca.

Hari yang sama 12 Januari 2013, Najib juga melakukan himpunan di Semenyih. Untuk mengumpulkan ramai orang maka bertrelar beras diagih percuma , ibu bapa ramai yang membawa anak. Dalam berebut beras ada yang pengsan dan terhimpit.

SAMM bersimpati dengan PDRM dan menyeru untuk PDRM khususnya pimpinan utama mereka agar punya sedikit lagi keberanian untuk terus berdiri bersama rakyat. SAMM amat yakin PDRM mendapat maklumat lengkap mengenai betapa tapak sokongan BN amat goyah kini. BN akan kalah dalam PRU akan datang (jika PRU itu adil). Paling penting pimpinan utama PDRM sendiri tentu sedar betapa Bn makin membawa kerosakan pada negara, pendedahan Musa Hasan bekas Ketua Polis Negara mengenai campur tangan pemimpin politik BN dalam urusan PDRM selama ini sudah tentu menyentap imiginasi keseluruhan PDRM yang semala ini punya persepsi berbeza.

Yakinlah Malaysia tanpa BN pasti lebih baik untuk semua. Yang lebih penting menjatuhkan BN kali ini beerti kita sama menghidupkan suis demokrasi dalam negara. Apabila demokrasi itu diaktifkan maka kerajaan yang takut dengan rakyat akan wujud. Jika PR tidak baik kita ganti semula.

Mitos menyatakan pertukaran parti pemerintah merosakkan negara perlu ditinggalkan. Semua negara maju sering bertukar kerajaan. Huru hara akan muncul apabila sistem demokrasi mati dan regim terlalu zalim memperkuda agensi yang sepatutnya bebas menjaga kepentingan rakyat.

Kepada Peguam Negara dalam perkara ini ketahuilah kamu boleh terus melakukan pendakwaan tetapi yakinilah tindakan pendakwaan tersebut merupakan sabotaj besar kepada regim BN kerana akan mempercepatkan kejatuhan mereka.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BN menang tak payah undi.kira ikut ahli sudah.Bukan susah.Kalau berani BN kena Buat baru syok.

Ammy Hassan berkata...

Jangan bimbang, dalam masa terdekat nanti akan ada pengumuman dibuat menyatakan tindakan tidak akan diambil ke atas 14 ibubapa yang dikehendaki. Dalam ertikata lain pemburuan ditarik balik. Polis hanya memberi amaran sahaja kerana Akta baru diperkenalkan. Kalau polis bertindak juga, cari penyakitlah namanya...

Tanpa Nama berkata...

Tidak usah pedulikan anjing-anjing UMNO ini kerana mereka dikuburkan bersama tuannya selepas GE-13. UMNO boleh buat sebarang undang-undang bagi menglembukan rakyat tapi....apabila rakyat bangkit nanti semua pihat yang melakukan kezaliman terhadap rakyat akan dibawa ke muka keadilan.

Mamak a/l Kerala sudah terkencing dalam seluar. Cakap pun sudah tak tentu hala.

Tanpa Nama berkata...

Ini lakonan saja bah....

Kes tanah ropiah deepak pon senyap lupa bah.

BN bukan bodoh walaupun benggap tegar.