1 Feb 2013

Pengundi Luar: Singapura Perbetulkan Kenyataan Wan Ahmad, Terbukti SPR Penipu!

Singapura perjelas kenyataan SPR berhubung syarat pengundi luar negara

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Singapura semalam memberi penjelasan berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang merujuk syarat pengundi luar negara di republik itu.

Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur hari ini menjelaskan bahawa untuk melayakkan warganya mendaftar sebagai pengundi luar negara, seseorang perlu mendaftar sebagai pengundi dan tinggal sekurang-kurangnya 30 hari di republik itu dalam tempoh tiga tahun sebelum tarikh daftar pemilih terbaharu.

Ia berkata kenyataan Wan Ahmad pada 27 Jan lepas bahawa warga Singapura yang berada di luar negara perlu kembali ke republik itu dan tinggal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mereka layak mendaftar sebagai pengundi luar negara, adalah tidak tepat.

SPR membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara mendaftar sebagai pengundi biasa, selain pengundi tidak hadir, untuk melayakkan mereka menjadi pengundi pos pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagaimanapun, mereka perlu tinggal di negara ini sekurang-kurangnya 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Wan Ahmad berkata syarat itu turut diguna pakai negara Komanwel lain seperti Australia, Kanada dan Singapura. — Bernama


Pengundi luar: Pakatan mahu SPR gugur syarat 30 hari


SHAH ALAM - Syarat tidak kurang 30 hari tinggal di Malaysia yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke atas pengundi tinggal di luar negara perlu digugurkan atas alasan ia tidak dibincangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya.

Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata, SPR perlu menghormati keputusan yang telah dibuat oleh PSC dan perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.

Beliau berkata, syarat tinggal tidak kurang 30 hari akan menyukarkan proses pilihan raya.

"Syarat tambahan baru (tinggal tidak kurang 30 hari) itu, perlu digugurkan.

"... lagipun syarat itu tak pernah dibincangkan sebelum ini pada mesyuarat PSC, memanglah SPR ada kuasa, tapi mereka perlu hormat keputusan PSC.

"Syarat baru ini juga akan menyukarkan proses mengundi (membabitkan) pengundi luar tersebut," katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, media melaporkan syarat kelayakan pengundi luar negara yang ditetapkan SPR, antaranya mesti pernah kembali ke tanah air dalam tempoh lima tahun terakhir dan tinggal tidak kurang 30 hari, adalah munasabah.

SPR berkata, syarat itu cukup ringan dan sesuai kerana negara-negara Komanwel seperti Australia dan Kanada turut menetapkan syarat sama manakala di Singapura menetapkan syarat tiga bulan.

Mengulas lanjut, Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah dan bekas anggota PSC berkata, syarat pulang sekali dalam tempoh lima tahun yang ditetapkan SPR itu adalah munasabah.

Namun beliau berkata, semua syarat baru yang ditambah perlu dibincangkan kepada PSC walaupun SPR mempunyai hak untuk menentukan syarat pilihan raya.

"PSC adalah suara ramai wakil Ahli Parlimen, suara rakyat, jadi sebarang keputusan atau syarat baru perlu dibincangkan dengan PSC.

"Pulang sekali dalam tempoh lima tahun, saya setuju tetapi tidak perlu letak syarat 30 hari itu," katanya yang sebelum ini pernah menggesa SPR mengkaji semula syarat itu.
-SH

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya si bahalol akan tetap bahalol jika tiada usaha tahap kebahalolannya.

Muka pun nampak bahalol bah.

Osama berkata...

Apa tungu lagi?
Jom kita hasut rakyat khususnya warga selangor utk berhimpun di pejabat SPR utk mendesak Wan Ahmad meletakan jawatan sbg pengerusi SPR!
Selain bersihkan nama pengundi kita desak SPR mansuhkan undang2 mengarut yg jelas bertujian utk menipu! Wan Ahmad tiada kredible kerna belau bersekongkol dgn Dr Mahdey dlm operasi DURIAN BUSOK ya itu pemberian ic kpd pendatang asing di Sabah yg mana ketika itu Wan Ahmad adlah timbalan pengerusi SPR Sabah yg berkonspirasi menumbangkan PBS!
Adakah spesis sebegini yg kita nk tunjukan kpd anak bangsa? Adakah ini budaya & amalan yg kota nal wariskan pd cucu cicit kita kita?
Adakah ini ajaran Islam dlm memegang ananah negara &.ini kah peribadi muslim utk dicontohi oleh semua warga negara?
Jpm kita kena buat sesuatu utk melawan pembohongan & penipuan SPR dlm memenangkan UMNO pd PRU ke 13 nanti!

Tanpa Nama berkata...

Bila Mat Sabu nak buat perhimpunan BERSIH lagi? kali ni lebih besar dari di stadium MERDEKA

Tanpa Nama berkata...

SPR cabar rakyat kalau berani buat demo lagi

Tanpa Nama berkata...

KITA SOKONG PERHIMPUNAN BESAR-BESARAN DIKL...