1 Feb 2013

KTMB Jadi Alat Propaganda BN, Tidak Layan PR Sewa Ruang Iklan


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang merupakan sebuah syarikat pengangkutan awam tidak wajar dijadikan alat propaganda Umno-BN dengan hanya menempatkan iklan mempromosikan gagasan itu pada gerabak keretapi.

Tindakan tersebut jelas menunjukkan Umno-BN menjadikan KTMB sebagai alat kepentingan politik apabila permintaan DAP Selangor untuk menyewa ruang iklan yang sama bagi DAP dan Pakatan Rakyat (PR) tidak mendapat layanan sama.

Menurut Bendahari DAP Selangor, Hannah Yeoh dalam sidang medianya hari ini, pihaknya sebelum ini telah menghantar surat menyatakan minat DAP dan PR untuk menyewa ruang iklan pada koc komuter KTMB.

“Pada 8 Januari lalu, kami ada hantar surat kepada Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir melalui tangan dan surat itu sudah diterima dengan terdapat akuan penerimaan pada salinan surat itu sebagai bukti penerimaan.

“Tujuannya adalah untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai bertugas untuk mendapatkan sebut harga tapak iklan dan sebagainya seperti mana BN.

“Tetapi malangnya tiada sebarang jawapan dari KTMB,” ujar Hannah yang juga merupakan Adun Subang Jaya.

Hannah turut mempertikaikan keengganan KTMB menjawab persoalan yang pernah ditimbulkan sebelum ini, iaitu samada KTMB mengenakan sebarang bayaran kepada Umno-BN untuk iklan mereka.

Dalam isu sama Hannah turut menempelak Datuk Seri Mohd Zin Mohamed agar lebih bijak membezakan antara jawatan Kordinator BN Selangor dengan Pengerusi KTMB yang kedua-duanya disandang beliau.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Umno-BN menjalankan propaganda politik mereka menerusi iklan ‘Sayangi Selangor’ di stesen dan gerabak KTMB.

7 ulasan:

BaDiN berkata...

Tak apalah.
Ini hari dia ,
esok esok hari kita pulak.
Bila tiba hari kita ,
Dia orang tak ada tempat nak letak muka.
Sg Buloh & Kemunting tempatnya.

Tanpa Nama berkata...

Selagi budak budak dalam kompani itu ngok, selagi itulah tiada perubahan yang dapat memperbaiki kompani itu dalam jangka panjang.

Dengan pemikiran sedemikian, ia akan pupus ditelan zaman kerana tiada seorang berfikiran waras dapat bangga berdiri bersama suatu organisasi yang dipenuhi dengan sampah bernyawa.

Buat habis duit rakyat aje bah.

Tanpa Nama berkata...

x larat da nak dengar lagu nak tawan selangor hoi md zin....salah guna kuasa demi kepentingan parti mohon SPRM siasat.

Tanpa Nama berkata...

Mereka semua pandai buat lagu saja.
KTM koc baru pun hampas asyik NO SIGNALING,Pintu tak boleh tutup,Cermin pintu retak ada air (boleh buat Akuarium)bila tanya budak2 CSR/KTM Sentul KTM No Money to repair cause all parts from CINA.
What the STUPID perjanjian/kerjasama yg BN telah setujui.

Ammy Hassan berkata...

Simbah cat merah je...

Tanpa Nama berkata...

muka najib sesuai dengan api kereta, pandi kutty

Tanpa Nama berkata...

Betul lah Chairman KTM Zin Curut punya..dulu JKR...sekarang KTM...adik beradik geng Pak Ibrahim Ali Curut..dua dua kaki curut