8 Feb 2013

Lynas Tutup Bila Pakatan Rakyat Memerintah


Pakatan Rakyat memberi jaminan kilang radioaktif Lynas di Gebeng Kuantan yang mengancam nyawa dan keselamatan penduduk pasti akan ditutup apabila mentadbir negara kelak.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, untuk penutupan itu, kontrak tersebut yang diluluskan antara Barisan Nasional dan Lynas Corporation Ltd dari Australia akan dibatal.

“Demonstrasi dan kempen anti-Lynas sebelum ini menunjukkan ketegasan dan keikhlasan Pakatan Rakyat. Pendirian ini tidak akan berubah dan kita yakin penyokong akan tetap berjuang bersama,” katanya.

Jelas Tian, Lynas antara isu utama rakyat yang bakal diutama dalam sidang Parlimen, sebaik Pakatan membentuk Kerajaan Persekutuan baru.

Beliau berkata demikian mengulas laporan pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack yang berhasrat mahu membakar kilang Lynas itu jika masih boleh beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang.

Mengambil kira kenyataannya itu memberi kesan negatif kepada generasi muda, Wong memohon maaf kepada semua rakyat.

Dalam pada itu, Tian percaya penyokong Himpunan Hijau merupakan kumpulan pencinta keamanan, dan menjamin tiada keganasan akan berlaku.

Katanya, fakta ini dibuktikan penyokong yang berhimpun aman melawan isu Lynas.

“Kempen pergerakan keamanan ini menyaksikan kebangkitan dan kesedaran rakyat. Kita tetap membela hak kebebasan berhimpun, tanpa keganasan walaupun menghadapi pelbagai cabaran,” tegas Ahli Parlimen Batu. _KD

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan yang dibuat Tian Chua ini patut disebarkan ke Australia supaya saham syarikat berkenan menjunam dan semua pelabur syarikat itu menjual semua saham-saham mereka.

Tanpa Nama berkata...

BN jaga koperat, Pakatan Rakyat jaga rakyat.. TAHNIAH, semoga allah tumbangkan BN, aminnn

Tanpa Nama berkata...

Just stay with your kampong lives malaysians. and please close down your pangerang petroleum project. let us singapore take the job. thank you