Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh baru perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan (Gobala) terhadap Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berikutan kegagalannya hadir dengan alasan sedang dirawat di hospital.
Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 25 dan 26 April depan di kamarnya hari ini untuk perbicaraan itu bagi mendengar keterangan Gobala.
Saifuddin yang diwakili peguam William Leong akur dengan keputusan itu meragui sijil sakit yang dikeluarkan hospital swasta yang merawat Gobala membuat semakan bagi mengesahkan beliau terpaksa ditahan di wad.
“Kita ragu surat sakit ini kerana semalam beliau masih sihat dan sempat merasmikan pesta ponggal. Jadi kita mahu tahu betul atau tidak beliau sakit jantung atau dada seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut.
“IsyaAllah tarikh baru itu mungkin kerajaan sudah berubah. Kita tunggu sahaja bagaimana seterusnya,” kata Setiausah Agung KEADILAN itu di perkarangan mahkamah kepada Keadilan Daily.
Saifuddin pada 10 Mac 2011, mempersoal bagaimana Gobala mampu memiliki RM1.4 juta untuk melangsaikan hutang pembelian tanah di Kelantan.
Katanya, berdasarkan bukti yang diterima, cek pertama adalah cek tunai berjumlah RM700,000 dengan tarikh 12 Januari 2011 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua adalah cek yang mempunyai tarikh sah laku sehingga 15 Mac 2011 dengan jumlah yang sama.
Menurut Saifuddin, kedua-dua cek berkenaan bagi menjelaskan bayaran pajakan tanah seluas 40.47 hektar di Lojing, Kelantan di antara syarikat milik Gobala – Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.
Gobala mengumumkan keluar KEADILAN dan menjadi Ahli Parlimen Bebas pada 29 Januari 2011 kerana mendakwa kononnya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu yang dianggap gagal menyelesaikan masalah kaum India.
Saifuddin bagaimanapun mengesyaki pengkhianatan beberapa Ahli Parlimen KEADILAN yang bertindak keluar parti adalah atas dorongan habuan lumayan.
Ekoran itu, Gobala mengemukakan saman RM12 juta ke atas Saifuddin kerana mendakwa beliau menerima habuan daripada pihak tertentu untuk keluar dari KEADILAN. -KDMbr>

4 ulasan:
Goblok yang akan membawa bala.
Sekarang dah dekat PRU kebanyakkan calon UMNO memeng nak elak dari kena saman yang banyak sebab kalau sudah kena saman yang banyak peratus dia boleh diiktiharkan bankrap sangat besar. Dah bankrap tak boleh bertanding. Sebab itu Gobala takut kalau keputusan tak memihak kepada beliau, beliau perlu bayar saman kepada saifuddin yang semestinya i nak sangat Mr. Gobala ni bankrap supaya tak boleh bertanding pada PRU akan datang.
saman balik nanti biar sampai papa tambi neee... biar bala tahu mcmna susahnya atuk dan nenek dia dtg ke malaysia nee.... biar si bala nee makan pucuk kayu mcmna nenek dia rasa susah zaman hijrah kaum india ke malaysia
Amboi kg senduk ... jangan cakap macam tu la. kesian kat dia tu..
Catat Ulasan