13 Jan 2013

[VIDEO] Ubah Sekarang! Ucapan Presiden PAS Di HKR 211 Stadium Merdeka


PAS yakin Pakatan dapat tunai janji

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang penuh keyakinan Pakatan Rakyat akan dapat melaksanakan janjinya untuk penghapusan tol kerana ia pernah dilaksanakan di Terengganu. Gambar: TMI

"Sebelum ini, apabila kita menang di Terengganu, kita telah berjaya menghapuskan tol," katanya ketika berucap di hadapan puluhan ribu peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 di Stadium Merdeka.

Puluhan ribu peserta lagi berada di luar stadium kerana tidak dapat memasuki stadium yang telah penuh sesak itu.

Ustaz Hadi berkata, perhimpunan ini sangat bersejarah kerana di sinilah kemerdekaan negara diisytiharkan.


Katanya, telah lebih 50 tahun rakyat negara ini memberi peluang kepada BN.

"Namun apa erti 50 tahun merdeka jika rakyat merempat di tanah air sendiri, anak muda menganggur, harta negara disapu," katanya.

Ustaz Hadi seterusnya memberikan satu pantun yang berbunyi:

Sila belah buah kedondong
Biji dibelah dengan lidi
Bukan salah ibu mengandung
Yang silap memangkah undi


Pulau Pinang dulu, katanya, jadi 'pulau pening' selama 50 tahun di bawah BN.

"Bila Pakatan ambik baru jadi tak pening. Di Selangor kita beri air percuma, tapi dimanipulasikan oleh media," katanya.

Bagi beliau, rakyat tidak perlu takut kepada BN.

"BN bukan hantu, tapi rakyat macam kita, rakyat kena berani. Mari kita isytiharkan kemerdekaan yang kedua. Bila pulang buat kerja. InsyaAllah kita dapat Ubah Sekarang," tegasnya diambuk terikan takbir dari hadirin.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ubah jgn tak ubah.

Aku dah bnyak kali mengundi, kali pertama dlm tahun 1970an.. ntah knapa aku tak terfikir utk undi BN walau masa tu aku muda lagi & tak tau sngat ttg penyelewengan mereka & PAS pun masa tu lum tersebar luas kat tempat aku.

Tanpa Nama berkata...

Tak usah mencanangkan bahawa selama ini dah bawa pembangunan. Sesiapa juga yang memerintah akan bawa pembangunan. Kalau tak satu penggal aje la. Soalnya sekarang ramai pemimpin yang tak ikhlas, mata duitan dan kebendaan. Rakyat kena tukar karpet baru sebab kalau nak tampung koyak pada karpet lama tu banyak sangat tempat yang reput !

Tanpa Nama berkata...

Itu yang pergi, yang tak pergi ramai lagi kat rumah, PRU13!! we are coming :D

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan seruan Presiden PAS untuk "berubah".
Beliau mesti juga ambil sikap "berubah" dengan tidak meletakkan calon-calon PAS yang sudah "tua-tua",yang sudah jadi wakil rakyat berpuluh-puluh tahun,dan sudah tidak boleh berfungsi lagi sebagai wakil rakyat.Jangan asyik suruh orang "berubah" tapi kita "tak mau berubah".

z berkata...

Berubah menjadi yg lebih baik itu yg kita inginkn tp aku x rase perubahan yg lebih baik kalo pakatan yg memerintah..

Tanpa Nama berkata...

Selagi BN memerintah, keadaan akan jadi lebih BURUK.

Tanpa Nama berkata...

Salam perjuangan ...betul cakap z tu;-

pakatan memang tak bole bawa perubahan kepada parti tapi buat perubahan pada kesusahan rakyat jer yang aku nampak

Air percuma selangor dan bagai lagi yg dapat kebajikan oleh rakyat.

Umno jer yg aku ingat boleh buat perubahan sebab dia tiap kali pru ada jer projek jalan masa tu baru nak kenal rakyat.....


Mana satu mau pilih..... Bungkus UMNO

HIdup Pakatan Hidup Rakyat

Tanpa Nama berkata...

marcos jatuh.
suharto jatuh.
saddham jatuh.
mubarak jatuh.
gadhafi jatuh.
kini tiba pula,
najib & BN/Umno jatuh.
insyaalah,
dengan izin Allah.