[VIDEO] Berdolak-dalik, Khairy Bakal Disaman Hina Mahkamah

Keadilan pertimbang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Khairy Jamaluddin ekoran pembohongannya berhubung syarat penyelesaian (settlement terms) yang dimeterai dalam kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno itu.

Semalam, Khairy menarik balik kenyataan beliau pada 2007 yang memfitnah Anwar sebagai pengkhianat Melayu, ‘boneka’ Amerika dan Yahudi.

Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali berkata, syarat penyelesaian yang dimeterai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh kedua-dua pihak semalam jelas menyatakan Khairy menarik balik pendiriannya.

“(Namun) kenyataan Khairy dalam Sinar Harian semalam menyebut ‘beliau tidak menarik balik kenyataannya ke atas Anwar, tetapi cuma berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat’.

“Beliau juga cuba gambarkan seolah-olah Anwar pohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh,” jelas Azmin pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Beliau berkata, dua kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan bohong, malah bertentangan dengan syarat penyelesaian yang dimeterai kedua-dua pihak.


“Tindakan Khairy yang memutar belit persetujuannya sendiri di hadapan hakim boleh dikira menghina mahkamah,” tegas Azmin.

Berikutan itu, kata Azmin, KEADILAN menimbang untuk heret Khairy ke mahkamah.

“Kita sedang pantau dengan rapat kenyataan Khairy…Kita akan ambil nasihat dari peguam (untuk tindakan selanjutnya).

“Malah, isu ini turut dibangkitkan dalam mesyuarat Biro Politik KEADILAN semalam,” kata Azmin lagi.

Ketika ditanya wartawan, beliau turut menjelaskan Khairy sendiri yang memohon Syarat Penyelesaian ini dari mahkamah.

Khairy memfitnah Anwar dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak dan disiarkan di media seluruh negara pada 3 Ogos 2007. -KD

7 comments:

View Comments/Post a Comment

7 comments:

Anonymous said...

Keputusan penarikan balik olah KJ ini harap dapat dimasukkan dalam syarat penyelesaian yang telah dipersetujui dan diWAJIBKAN disiarkan didalam media perdana agar seluruh rakyat Malaysia dapat mengetahui isu sebenarnya.

kg senduk said...

setuju sgt2 heret ajee si bongkak nee ke mahkamah. kami sebagai rakyat nak tgok juga org umno ke mahkamah... ni tak asyik nak elak saja

Anonymous said...

Jangan biarkan mereka-mereka ini mempermainkan pakatan...ajar mereka biar mereka tahu langit tinggi rendah. Mereka ingat akhbar milik mereka, media milik mereka.... jadi mereka cuba menyalurkan penipuan kepada rakyat agar rakyat yakin dan percaya bahawa mereka berada diatas jalan yang benar... sedangkan mereka sebenarnya penyangak besar. Jangan biarkan mereka ini...... hebahkan dan salurkan ke seluruh pelusuk dunia akan kesombongan dan keegoan mereka-mereka ini dapat diketahui oleh semua lapisan masyarakat didalam dan diluar negara.

Anonymous said...

Saman je..jgn bg can c beruk ni..bdk oxford mg cerdik dan licik..lidahnya lebih dr biawak...

Anonymous said...

saya sebagai penyokong totok UMNO/BN amat sangat mengharap agar mana mana pemimpin UMNO berbohong dan menipu mesti di nyahkan di persada politik tanah air, cukup lah mendapat pemimpin yg kebanyakan nya merosakkan keharmonian dan banyak yg memutuskan sillaturrahim, jangan di calunkan lagi..semoga UMNO akan di pandang tinggi dan baik dgn rakyat..walaubagaimanapun kesetiaan kami sudah berubah diatas perangai isteri dan anak anak pemimpin..juga pemimpin hipokrit. rasa nya biar lah di nyahkan baik pemimpin dan umno itu sendiri, semoga negara bertambah majujaya dgn politik baru. mari nkita berpaling tadah menyokong PR..

Anonymous said...

Bodoh jugak nuar nih...yg bangang pegi selesaikan tu buat apa...teruskan je la saman...

muzium padi gunung kheyang said...

bangsa UMNO TETAP MUNAFIQ dalam keadaan apa sekalipun.FAHAM TU!

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: