24 Jan 2013

Universiti ‘Mandul’ Lahirkan Bebalisme & Pandir Negara – Dr Maszlee [updated]

Sistem pendidikan negara sekarang melahirkan golongan bebalisme yang akhirnya hanya tahu mengampu kerajaan tetapi gagal menyelesaikan masalah dihadapi rakyat, kata Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Katanya, golongan berwatak pandir itu terbentuk melalui dua budaya yang subur dalam universiti iaitu naungan (patronage) dan takut (fear).

“Ahli akademi berkepentingan hanya melihat kepada ahli politik untuk mendapatkan pangkat Datuk Seri, profesor dan takut mendapat surat amaran.

“Kedua, budaya takut menyebabkan ahli akademi dan mahasiswa hilang sifat berani, hilang jati diri dan kebolehan berfikir kerana takut dengan pelbagai ancaman dan ugutan.

“Akhirnya, kedua-dua budaya negatif itu membentuk ‘pembonsaian’ (pembantutan) pemikiran warga universiti dan hanya tahu ‘listen’.

“Pembonsaian ini sebenarnya satu bentuk ‘pemerkosaan’ hak berfikir mahasiswa dan ahli akademi. Mereka akhirnya membebankan negara,” jelasnya pada Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Panel lain adalah bekas Pensyarah Undang-undang (UIAM), Prof Dr Aziz Bari dan mahasiswa pencetus fenomena ‘listen’ dari Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani.

Forum itu dipenuhi kira-kira 300 hadirin walaupun tanpa kehadiran Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen, yang menolak jemputan itu sejak awal.

Dr Maszlee berkata, universiti ‘mandul’ melahirkan manusia beraspirasi seperti Syed Hussin al Attas yang mampu memimpin, membimbing dan perjuangkan nasib rakyat.

“Awal 80-an, Syed Muhammad Naquib al-Attas menegur universiti hanya menjadi kilang yang menghasilkan graduan mengikut kehendak pasaran tanpa mengendah kualiti dan kesan terhadap ilmu dan pembangunan masyarakat.

“Hasilnya, masyarakat terus miskin, papa kedana. Yang kaya pula bertambah kaya kerana mendapat projek melalui ketirisan, korupsi dan sebagainya.

“Graduan pula membisu dan terpendam dalam sektor pekerjaan sahaja,” ujarnya.

Maszlee menjelaskan, keadaan universiti yang hilang rohnya sebagai medan ilmu dan graduan dan intelektual tidak lagi berperanan dalam proses pembangunan negara seperti yang ditegaskan oleh pemikir Iran, Ali Syariati bahawa universiti sepatutnya melahirkan rausyanfikir iaitu golongan intelektual yang membawa pencerahan kepada masyarakat.

“Pemikir kelahiran Palestin, Edward Said berkata, universiti sepatutnya membentuk intelektual yang gigih mendidik masyarakat dan negara lantas memperjuangkan nasib rakyat dan berani berdiri di hadapan diktator dan penguasa zalim.

“Guru dan sahabat saya, Prof Tariq Ramadhan menegaskan sistem pendidikan terbaik bukan hanya menghasilkan graduan, tetapi menghasilkan individu berani yang perjuangkan hak mereka dalam sistem yang zalim,” katanya. -KD


“Pensyarah penakut, jadi barua, mahasiswa di brainwash” – Dr Aziz Bari


KUALA LUMPUR, 23 JAN: Pakar Perlembagaan Persekutuan, Professor Dr Abdul Aziz Bari berkata, Akta Hasutan adalah antara sebab ramai kalangan ahli akademik takut menyuarakan pandangan selain karenah birokrasi pentadbiran universiti dan tekanan kerajaan UMNO-BN.

Katanya, biarpun kebebasan akademik boleh dikategorikan dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan bersuara dan berekspresi, tetapi tidak ada jaminan perlindungan diberi kerana dikongkong akta itu sambil memberi contoh apa yang pernah berlaku terhadap dirinya.

“Selain itu kalau ada pensyarah atau pelajar yang berani, maka mereka akan dapat macam-macam, termasuk surat amaran, tak dapat research grant dan banyak lagi.

“Itu yang jadi masalah, kita tak dapat ruang untuk bercakap, bila bercakap dianggap subversif dan sebagainya. Akhirnya ditekan supaya meninggalkan universiti,” jelasnya.

Menurut beliau, sikap sebahagian ahli akademik negara ini juga boleh dipersoalkan kerana menganggap tugas pensyarah itu sekadar untuk “cari makan”.

“Majoriti universiti begitu kerana pensyarahnya penakut. Ahlii akademik pula sekadar duduk di universiti untuk nak ‘cari makan’ saja.

“Sebab itu mereka jadi malas, tak ada ilmu, tak buat kajian, tak ada idea dan jadi penakut. Jadi professor pun ada yang guna ‘kabel’. Maknanya daripada satu segi, orang akademik sendiri bersalah kerana membenarkan diri mereka jadi hamba, pencacai, barua dalam universiti,” tegas beliau.

Dr Aziz berkata, dalam keadaan regim sekarang yang semakin ganas dan menekan, ia memburukkan lagi keadaan persekitaran kampus di Malaysia.

“Kita tengok apa yang berlaku di UUM dan banyak lagi termasuk UiTM dan UIA sendiri, dalam kampus tu ada kumpulan tertentu yang kerjanya ‘Melayu, Melayu, Melayu, Melayu’ semua ada.

“Ada ‘budak’, ada pegawai yang kerjanya brainwash pelajar di semua kampus. Mereka anggap itu hak mereka, tugas suci, inilah pegawai Biro Tata Negara (BTN) yang menganggap ini satu latihan ground untuk ahli muda dalam parti politik pemerintah yang datang kampus buat kacau terutamanya masa pilihan raya kampus.

Menurutnya, sepatutnya semua universiti di Malaysia mengamalkan kebebasan akademik supaya budaya ilmu subur dan dapat memberi manfaat kepada dunia luar.

“Sekarang ini kalau anda ke universiti, lihat ada pensyarah kerjanya recycle nota saja.

Kadang-kadang nota pelajar pun diambil. Sebab tu dia tak boleh dengar benda lain. Kalau pelajar dia bagi benda lain contohnya dalam exam, dia tak boleh, yang dia tahu nota dia.

“Yang parahnya dia tak mahu dengar pendapat dan cadangan orang lain. Dia nak dengar cakap dia saja.

Ini yang jadi masalah. Sebab tu universiti kita berada di bawah dalam ranking dunia,” katanya.-Roketkini


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Begitulah situasi unversiti di Malaysia. Pensyarah kebanyakannya kaki ampu dan pelajar yang dilahirkan sebagai pak turut.

Amuraria berkata...

INILAH YANG PEMERINTAH SEKUTU APCO MAHU ! ABU SAHAJA JALAN PENYELAMAT DARI PEROSAK FIKIRAN RAKYAT MALAYSIA !

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan Dr Maszlee. Sistem pendidikan sepatutnya bebas dari mainan politik kotor serta akta durjana AUKU & mahasiswa patut diberi kebebasan untuk bersuara. Ini antara contoh yang jelas: Kalau mahasiswa didapati pergi menyertai program seperti Bersih & HKR, mereka akan dihukum dengan berat, tapi mereka akan selamat jika menyertai program anjuran Belaian Neraka termasuk program yang memburukkan serta memfitnah PR sekali. Segalanya berpunca daripada sistem pemerintahan kuku besi yang diamalkan oleh kerajaan Belaian Neraka!

Tanpa Nama berkata...

bkn hanya pensyarah...sistem pentadbiran universiti juga teruk...kroni berleluasa...politik menguasai..

Tanpa Nama berkata...

U jd lubuk duit bkn gedung ilmu...krn kuasa pendidikn tergadai..kenapa bodoh sgt pemimpin umno ni, kenapa hndak d bodoh melayu lg..?!!!