Kes Surumugan: Keluarga Tolak Inkues, Mahu Siasatan Penuh Sebab Kematian


Keluarga Sugumaran mahu siasatan, bukan inkues

Keluarga C.Sugumaran menolak cadangan untuk mengadakan inkues terhadap kematian pengawal keselamatan itu minggu lepas dan sebaliknya mendesak untuk siasatan pembunuhan, kata peguam N. Surendran.

kiriman pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider hari ini, naib presiden PKR itu berkata ini adalah kerana waris Sugumaran percaya lelaki berusia 39-tahun telah dibunuh di tangan polis dan tidak mati akibat serangan jantung.

“IPK Slg (ibu pejabat polis kontinjen Selangor) memberitahu kita mereka melihat untuk menjalankan inkues. Keluarga menolak panggilan untuk inkues-mereka mahu penyiasatan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pendakwaan bagi pembunuhan - terdapat bukti-bukti yang jelas dan terdapat saksi.

“Inkues hanya diperlukan jika terdapat keraguan dengan punca yang menyebabkan kematian,” kata Surendran dalam kiriman pesanan ringkas malam tadi.

Beliau menambah polis masih belum bersetuju untuk bedah siasat kedua tubuh badan Sugumaram walaupun terhadap bantahan dari keluarga.

“Tindakan yang tidak boleh dimaafkan oleh pdrm. Kita akan meneruskan demo pada 29/1,” katanya merujuk kepada perhimpunan duduk bantah diluar Bukit Aman 10.30 am pada Selasa.

The Malaysian Insider melaporkan Sabtu lalu keluarga dan penyokong Sugumaran akan berdemonstrasi untuk menuntut bedah siasat kedua diatas kematiannya.

Surendran telah memberitahu The Malaysian Insider waris lelaki itu marah pada sikap sambil lewa polis terhadap kes itu, dan telah berikrar untuk meneruskan tuntutan “sekurang- kurangnya sedikit keadilan”.

“Ia adalah dahsyat untuk keluarga .... mereka mahu melengkapkan upacara akhir untuk lelaki itu tetapi mereka tidak lagi mampu untuk berbuat demikian.

“Pihak polis seolah-olah melengah-lengahkan perkara ini .... tetapi bayangkan apa yang dirasai oleh keluarga, penderitaan, “katanya ketika dihubungi.

Surendran juga menjelaskan beliau telah menulis kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Khamis, menuntut bedah siasat kedua kepada tubuh badan Sugumaran.

Rabu lalu, saksi berkata Sugumaran yang berusia 39 tahun dikejar minggu lepas oleh empat anggota polis yang kemudiannya menggari dan memukulnya sehingga mati bersama-sama dengan lebih daripada 20 orang di Hulu Langat.

Mereka berkata selepas polis menangkap dan menggarinya, lebih daripada 20 lelaki lain dari restoran berdekatan menyertai anggota polis dan meneruskan untuk menyerang beliau.

“Polis memijak leher Sugumaran,” kata R Moohanarajan apabila ditemui di Hospital Serdang.

“Dua puluh hingga tiga puluh orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring dengan tangannya bergari di belakang,” tambah Moohanarajan yang merupakan jiran Sugumaran

Akan tetapi, pada Khamis lalu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab menafikan polis membelasah pengawal keselamatan hingga mati, mendakwa hasil bedah siasat pertama menunjukkan mangsa mati akibat serangan jantung.

Dalam cerita versi polis mengenai kejadian itu, balai polis di Batu 14 Hulu Langat menerima panggilan pada pukul 6.30 petang mengatakan seorang lelaki India telah mengamuk dan merosakkan harta benda awam.

ACP Abdul Rashid menambah tiga orang anggota polis dalam sebuah kereta peronda dan bermotosikal mengekori Sugumaran yang berjalan kaki hampir dua kilometer daripada Dusun Sri Nanding ke Taman Lagenda Suria di Hulu Langat, tetapi kemudiaannya mereka diserang dengan sebatang besi dan merosakkan pasu bunga dan wayar elektrik, tetapi tiba-tiba rebah di atas jalan.

“Polis dibantu orang ramai kemudiaan menahannya dan menggari lelaki tersebut namun mangsa bertindak ganas dan cuba bergelut semasa ditahan,” terang Abdul Rashid yang menegaskan orang ramai tidak menyerang Sugumaran.

Beliau kemudiaan berkata anggota polis kemudiaan memanggil sebuah pacuan empat roda Land Rover untuk membawa Sugumaran yang bersaiz besar ke balai polis.

“Tetapi semasa pulang, lelaki India tersebut tidak sedar diri. Polis kemudiaan menghubungi hospital dan pegawai perubatan datang dan mengesahkan kematiannya,” kata Abdul Rashid.

Pegawai polis tersebut menjelaskan hasil bedah siasat yang dilakukan oleh patologi Dr Mohd Azaini Ibrahim dari Hospital Serdang pada ketika itu dari 3.30 petang hingga 8.30 malam mendapati Sugumaran mati kerana serangan sakit jantung.

“Tiada kecederaan lain menyebabkan kematian mangsa,” kata Abdul Rashid.

Walau bagaimanapun dengan mengambil kira cerita saksi, peguam keluarga Sugumaran menolak cerita versi pihak polis tersebut dan menuntut bedah siasat kedua, selain mahu kes tersebut dikelaskan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 203 Kanun Keseksaan.

Pada Khamis, Surendren dan seorang lagi peguam PKR Latheefa Koya mendesak polis untuk mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh selepas menolak dakwaan Hospital Serdang bahawa Sugumaran mati akibat serangan jantung.

Mereka juga mahu semua pegawai-pegawai polis yang didakwa terlibat dalam kematian lelaki pada Rabu ditangkap dan digantung sementara menunggu siasatan dan bedah siasat kedua.

Tambahan lagi, dua peguam tersebut menegaskan ini bukan kali pertama Hospital Serdang telah didakwa berkomplot dengan polis untuk menafikan pembunuhan.

“Ia harus diingat Hospital Serdang mempunyai sejarah memalsukan penemuan bedah siaat untuk memihak kepada pihak polis.

“Dalam kes A. Kugan, Hospital Serdang membuat dakwaan palsu Kugan mati akibat terdapat air dalam paru-paru sedangkan beliau dipukul hingga mati dalam tahanan polis.

“Pakar patologi Hospital Serdang Prof Dr Abdul Karim Tajuddin kemudiannya didapati bersalah oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) kerana salah laku profesional untuk memalsukan hasil post-mortem Kugan,” kata mereka.

Menurut Surendren dan Latheefa, hospital tersebut sekali lagi melanggar etika perubatan dengan menolak permintaan keluarga Sugumaran untuk melihat tubuh badan sehingga mereka disesak untuk berbuat demikian oleh peguam dan aktivis, empat jam kemudian. -TMI

Saksi lihat kejadian sebelum kematian Sugumaran

Mayat C Sugumaran terbujur kaku di satu kawasan semak dengan tangannya bergari di belakang badannya ketika menjelang senja 23 Januari lalu.

Wajahnya dipenuhi serbuk berwarna kuning namun kelihatan tenang. Anak bongsu daripada empat adik beradik itu sudah meningal dunia.

Sejam sebelum itu, Sugumaran baru selesai minum di sebuah warung di Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

Beliau menunggang motosikalnya, yang kemudiannya diparkir di luar sebuah kedai runcit di Persiaran Intan – pada kira-kira jam 5.15pm.

Beliau kemudiannya berjalan ke dalam kedai dan bercakap sendirian dalam dialek Minangkabau.

Pembantu kedai berkenaan bagaimanapun tidak mengendahkannya kerana keluarga yang mengendalikan kedai runcit tersebut sudah biasa dengan gelagat Sugumaran.

Saksi berusia 18 tahun yang membantu bapanya di kedai tersebut berkata keluarganya tahu bahawa Sugumaran mengalami masalah mental.

Namun, Sugumaran tidak pernah mengacau sesiapa dan sering menegur mereka, katanya.

Bapa saksi, 52, meminta agar nama keluarganya tidak disiarkan. Beliau bimbang kerana kira-kira 30 orang polis dari IPK Selangor berkunjung ke kawasan itu pada 26 Januari lalu untuk merekod kenyataan daripada beberapa orang individu.

Beliau mendakwa polis menyoal individu terbabit, menyediakan keterangan dan meminta individu berkenaan menandatangani dokumen tersebut.

Anaknya menjelaskan, Sugumaran kemudiannya keluar dan menaiki motosikalnya semula selepas berhenti di kedai tersebut seketika.

Sugumaran bagaimanapun turut dariapada motosikal itu semula dan menghempaskan topi keledarnya ke tanah.

Saksi itu berkata, beliau tidak tahu sama ada Sugumaran marah atau sengaja berbuat demikian.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan kelakuan Sugumaran. Beliau tidak mengendahkan kelakuan Sugumaran dan saksi berkenaan beredar untuk menghantar gas kepada seorang pelanggan.

"Apabila saya sampai semula ke kedai pada kira-kira jam 5.30 petang, saya lihat (Sugumaran) di seberang jalan," katanya.
-mk

2 comments:

View Comments/Post a Comment

2 comments:

Anonymous said...

Inilah edisi kurang ajar polis. Adakah patut orang yang ada masalah mental dipukul oleh orang waras sampai mati? Ini menambahkan lagi sebab perlunya campurtangan suruhanjaya diraja kerana ini melibatkan salahlaku polis. mana boleh polis siasat polis confirm ada penyelewangan punya. Kena suruhanjaya diraja siasat polis baru penyelewangan dapat dikurangkan.

Anonymous said...

ape kate korang bertenang dulu jangan kecoh-kecoh & jangan main serkap jarang je... korang bukan ade kat tempat kejadian pun mase benda tu berlaku just dengar cakap-cakap orang... jangan risau yang salah tetap dibawa ke muka pengadilan, negara kita kan ade undang-undang... Peace.

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: