20 Jan 2013

Isu Kalimah ALLAH: Apa Pendirian Sebenar UMNO BN?

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan mengapa kerajaan Barisan Nasional sendiri tidak menyatakan pendirian berhubung isu kalimah Allah.

"Amat pelik apabila kerajaan, BN dan parti-parti komponennya terutama Umno hanya pandai mendesak pihak lain sahaja menyatakan sebarang pendirian rasmi berhubung isu kalimah Allah.

"Sekarang, rakyat hendak tahu apa pendirian kerajaan, BN dan setiap satu komponennya mengenai isu itu," kata beliau.

Mahfuz berkata, sudah sampai masanya kerajaan, BN dan setiap satu komponennya menyatakan pendirian berhubung isu kalimah Allah.

"Rakyat ternanti-nanti apakah pendirian kerajaan, BN, Umno, MCA, MIC, Gerakan, PBS dan setiap satu parti komponen BN berhubung isu itu.

"Jangan hanya pandai desak orang lain sahaja menyatakan pendirian," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menekankan, kerajaanlah pihak yang sepatutnya menyatakan pendiriannya mengenai isu itu kerana permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditujukan kepada kerajaan.

Isu kalimah Allah itu dibangkitkan Guan Eng dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas hujung bulan lalu apabila beliau menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan pengunaan kalimah berkenaan di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Majlis Syura Ulamak PAS baru-baru ini memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar maksud kalimah ini.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO manalah kenal kalimah Allah. Yang diaorang kenal kalimah UMNO. kau tunggu sahajalah wahai ahli UMNO di alam kubur nanti sama ada kau punya Kalimah UMNO dapat selamatkan dari azab kubur atau tidak. Tulah sebab i pesan kalau siapa yang masih sayang dengan Rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W langkah pertama ialah tumbang parti yang ingkar akan perintah Allah S.W.T. pada PRU akan datang. Insyaallah moga - moga kita akan diletakkan sebagai sebahagian Umat Rasullulah S.A.W di akhirat kelak.

kpg senduk berkata...

depa umno mana la pandai ulas bab2 ugama neee... habis semua ustaz2 menyebelahi pas..alhamdulillah biarlah allah sj yg keraskan lidah mereka

Tanpa Nama berkata...

Pada pemerhatian saya kalimah ALLAH dan Muhammad banyak digunakan pada kedai mamak dan India untuk menarik orang Islam makan. Kes ni camna pulak. Tu yang puak UMNO BN tak nak kata apa-apa. Nanti kroni rugi.

Tanpa Nama berkata...

ada hikmah dalam setiap
peristiwa,maha agong Allah
subahan Allah....tunjukanlah
jalanmu yg lurus pada hambamu yg
berniat baik utk berada dibawah
rahmahmu,amin