23 Jan 2013

[GAMBAR BERBICARA] 100K Sambut Muhyiddin Di Melaka Malam Tadi?


Beginilah suasana sambutan yang diberikan oleh rakyat Melaka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, TPM dalam satu majlis anjuran UMNO/BN dinamakan MAJLIS PERHIMPUNAN RAKYAT 1MALAYSIA GELOMBANG BIRU NEGERI MELAKA..walaupun diadakan cabutan bertuah.

LOKASI: KAWASAN PARKIR KOMPLEKS PKNM, AYER KEROH, MELAKA.

PAKAIAN: KORPORAT BN

Dengan hampir semua guru dipaksa hadir termasuk kakitangan kerajaan, serta disediakan pengangkutan percuma, makan minum disediakan tetapi begini juga sambutan yang diberikan.

MAKNANYA...TSUNAMI PERUBAHAN SUDAH TIDAK MAMPU UMNO TAHAN DENGAN PROGRAM GELOMBANG BIRU. -ommakkau


Dahlah dipaksa datang, pakai baju BN pula




MELAKA: Semua kakitangan kerajaan khas guru-guru Melaka dipaksa datang ke Himpunan rakyat 1Malaysia gelombang biru negeri Melaka malam ini.

Yang lebih hebat lagi, kesemua mereka dipaksa memakai baju korporat BN yang berwarna biru.

Tujuannya untuk menunjukkan kebiruan majlis itu untuk dipanggil kemudiannya 'gelombang biru' rakyat Melaka.

Majlis itu akan diadakan mulai jam 7.45 malam ini di Kawasan Parkir Kompleks PKNM, Ayer Keroh, Melaka.

Timbalan Pedana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin dan Ketua Menteri Melka akan bersama-sama dalam program ini.

Setiap orang diberikan satu kad jemputan dengan di bawahnya tertera ruang untuk tulis nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang bakal digunakan sebagai kupon cabutan bertuah.

Ekoran itu, beberapa orang guru yang menghubungi Harakahdaily bertanya, "Mengapa perlu ada paksaan dalam majlis anjuran Umno/BN?"

"Mengapa majlis para hadirin dipaksa pakai baju korporat BN?"

"Ini dinamakan sudahlah dipaksa hadir, dipaksa pula menyamar sebgai menyokong Umno dan BN pula," kata mereka.
-HD

12 ulasan:

Awanama berkata...

bab perhimpunan gelombang biru ni...
habis semua kakitangan kepala bahu kerajaan kena hadir.. kalo tak hadir menjawab la surat tunjuk sebab nanti.. mana aci main paksa.... cuba tengok #112 semua rela tidak dipaksa... itu baru ikhlas!

Awanama berkata...

Kerahan + upahan + import

Awanama berkata...

Alhamdullillah !

Jangan pandang remeh jumlah kecil yang hadir, kemungkinan angka angka TOYOL yang mustahil dapat menjelma di khalayak awam melebihi angka 100,000 kot.

Apa pun...Tahniah!

Awanama berkata...

Wang rakyat dihambur merata-rata
Kehidupan rakyat masih teraba-raba
Dari terang kepada gelap gelita
Rakyat semakin hari semakin menderita
Pemerintah semakin hari semakin kaya raya
Kerajaan berkuasa mark-up segalanya
Setiap belanja mereka dapat laba
Seolah-olah ingin hidup selama2nya

Wahai rakyat,
Berdoalah kepada Allah yang maha esa
Pasti keluhan kita didengarinya
Tidak seperti Pemerintah yang berperangai haiwan melata.
Mudah2an negara menjadi aman dan sentosa.

BaDiN berkata...

Ajaklah si rais a/l yatim suruh kira.
Dan dia kata pulak ini baru pukul 6.00pm acara belum mula atau 9.00pm selepas acara.
Apa apa pun temberang menteri ni org sudah tau Tipu bin Bohong.

Waris berkata...

Fuhhh... penuh kerusi

Zai berkata...

Fuck u ali rustam bangang...u never learn do u.

Awanama berkata...

Apa lagi aku nak buat... Serba tak kena aku jadinya... Toloooooooooong!

Awanama berkata...

Kalau tak diberi duit tambang,tak sediakan bas pelancung,tak ada T Shirt dan Topi percuma,tak ada kain batik dan beras sekampit - jangan haraplah ada sambutan.Inilah bezanya UMNO dengan Pakatan Rakyat.

Awanama berkata...

Marn Pandan Indah

Ceh.. hangpa nih.. nama pun pakai khidmat pengundi hantu. Mana nak nampak..

Awanama berkata...

Kalau beginilah situasinya, bakal tersungkurlah umno/bn di negeri melaka, tetapi Daim masih mempertahankan Melaka, Johor n Pahang masih tetap ditangan BN selepas PRU13. Mari buktikan ramalan Daim salah, Melaka akan jatuh ke tangan PR

Awanama berkata...

Apa hadiah cabutan betuah?