11 Jan 2013

[BERGAMBAR] 2 Daripada 7 Tahanan Yang Lari Mati Ditembak

Bukit Mertajam - Dua suspek dipercayai antara tujuh tahanan yang meloloskan diri semasa dibawa untuk prosiding ke Mahkamah Butterworth Isnin lalu mati ditembak di Kampung Padang Ibu, Guar Perahu jam 1 tengah hari tadi.

Dua suspek itu ditembak sepasukan anggota polis yang mengejar mereka selepas berbalas tembakan di tepi tali air kampung berkenaan.kibat insiden itu kereta yang dinaiki suspek terbabas dan terhumban ke dalam tali air berkenaan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar yang mengetuai pasukan khas memburu tahanan terbabit berkata, kedua-dua penjenayah itu ditemui menaiki sebuah kereta jenis Proton Perdana dan cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

"Polis kemudian melepaskan tembakan pada tayar kereta itu yang menyebabkan pemandunya hilang kawalan sebelum kereta itu terhumban ke dalam sungai dan kemudian berlaku tembak menembak," katanya kepada Bernama.

Polis masih belum dapat mengesahkan identiti penjenayah yang ditembak mati itu.

Katanya, bertindak atas malumat awam, polis juga menyerbu kawasan hutan di kampung berkenaan dan ternampak kelibat beberapa lagi penjenayah terbabit tetapi mereka sempat melarikan diri.

Terdahulu itu, polis menerima maklumat awam mengenai seorang daripada penjenayah itu didapati membeli bekalan makanan di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kulim-Butterworth dekat sini pada pukul 2 pagi.

Abdul Rahim berkata polis terus melancarkan operasi memburu lima lagi lelaki terbabit hingga ke sempadan Kedah tetapi percaya mereka masih berada di kawasan ladang kelapa sawit itu.

Dalam kejadian pukul 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.

Dua daripada tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor, manakala tujuh lagi melarikan diri ke sekitar kawasan ladang sawit di Ara Kuda.


Terkini Dari Penang : Gambar gambar Penjenayah yang di Tembak mati !!



Orang Ramai yang melihat dari jauh kereta yg di curi Penjenayah


Polis mengangkat Mayat Jo Mafia dan rakanya

Helikopter Polis berlegar di udara..mencari saki baki penjenayah
Orang ramai yang meninjau dari jauh kereta jo mafia


Mungkin ini dia Jo Mafia Yang Ditembak Polis..FB

-kacipemas

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa jo mafia malaysia tak macam mafia itali cepat beno matinya.apa dah tak usah jadi mafia le macam ni

Tanpa Nama berkata...

Mafia taik kucing... ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

Manusia macam mereka patut dihapuskan kerana menyusahkan masyarakat. Tak pasal-pasal polis pula yang kena gantung kerja.

Syabas PDRM.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.