11 Jan 2013

Isu Kalimah Allah: Hadi Betul Dari Sudut Agama - Dr.Asri

Pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu kalimah Allah adalah betul dari sudut agama, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Dari sudut agama, pandangan Hadi betul. Umat bukan Islam mempunyai hak memanggil Supreme Being sebagai Allah. Orang Yahudi dan Kristian juga boleh menggunakan kalimah Allah,” kata Asri.

Beliau menambah bahawa pandangannya turut disetujui oleh ramai ulama Islam di peringkat antarabangsa seperti Yusuf Qardawi.

Beliau turut mengulas titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dengan menyifatkannya sebagai urusan pentadbiran.

“Ia seperti kelajuan kereta. Meskipun kereta tersebut milik anda, kerajaan ada hak untuk menghadkan kelajuan kereta,” kata Asri.

Penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam menjadi isu hangat apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menggesa kerajaan membenarkan kalimah itu digunakan oleh masyarakat Kristian pada bulan lepas.

Ekoran itu, Pakatan Rakyat turut mengambil pendirian membenarkan penggunaan kalimah Allah. Sultan Idris Sharafuddin Shah bagaimanapun telah bertitah melarang nama Allah digunakan oleh masyarakat bukan Islam. Pendirian sama turut dipegang oleh para pemimpin Umno.

Terdapat segelintir pemimpin PAS yang turut sama menentang meskipun Hadi telah menyatakan bahawa bukan Islam boleh menggunakan nama Allah pada hari Selasa lalu.

Asri turut menjelaskan kebimbangan masyarakat Melayu Islam berkenaan penggunaan kalimah Allah.

“Orang Islam takut nama Allah akan digunakan ke atas berhala,” katanya.

Malaysia beza dengan Timur Tengah

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) Fathul Bari Mat Jahaya tidak bersetuju berasaskan faktor budaya.

“Budaya masyarakat Malaysia berbeza dengan masyarakat Timur Tengah.> Mana ada kalimah Allah digunakan oleh masyarakat selain masyarakat Islam dalam kehidupan seharian,” kata Fathul.

Beliau menambah bahawa bukan semua orang Kristian yang bertegas untuk menggunakan kalimah Allah.

“Terdapat 9.

2 peratus orang Kristian di Malaysia. Majoritinya tidak membuat tuntutan sama.

Kristian Protestan tidak bersetuju.

“Tak pernah ada tuntutan dari Paus Benedict XVI agar masyarakat Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah,” jelas Fathul.


Hadi: Umno mahu tutup isu sendiri


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno memainkan isu amanatnya kerana mahu menutup pelbagai isu yang dikira menghantui mereka.

Katanya ia seperti kegusaran generasi peneroka Felda dan penyelewengan yang berlaku kepada Felda, riuh-rendah pembongkaran Deepak dan penganiayaan mereka terhadap orang Melayu.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu mendakwa lagi, ketika ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal 60an, kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam.

“PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini.

“Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim,”katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurut Hadi lagi, isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam Umno, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an.

Beliau berkata, apabila PAS ditendang dari BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula.

PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman).

“Ia bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan dua kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang.

“Malangnya ramai kalangan pengikut Umno tidak mempelajarinya di waktu itu,” tambahnya lagi
-FMT

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan Dr Asri. Sultan Selangor nampaknya telah menjatuhkan kredibilitinya sebagai ketua agama Islam, manakala UMNO pula telah menunjukkan kedangkalan mereka sebagai kerajaan yang menolak Islam sebagai jalan hidup.

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Pakcu agak tertarik untuk buat komen mengenai pandangan Ustaz Asri ni. Kadang-kadang dia jek Umno kadang-kadang dia jek PAS .

Maka itu sebuah pandangan ...tapi natijah sebenar dan kesan kepada tauhid Pakcu tetap berpegang pada pandangan Datuk Harun Din yang menjurus pada masa panjang dan kesan yang mendatang.

Tak tahulah kalau puak kristian ni eja Allah dalam ejaan rumi. Kalau di eja Allah dalam ejaan jawi/arab dan diletak pada gereja atau tali leher bersama salib..apa gamoknya.??

Dan yang peliknya puak PAS pula setuju dengan cakap Cina hingga sampai berjela-jela dan kritik mufti dan majlis agama hingga merendahkan institusi tersebut...ish..ish..hebat juga Cina tuu.....patutlah bakal calun PM Malaysia mesti setuju punya.......bila ke Putrajaya 2013 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Pakcu, asanya semua agama mempercayai Allah maha Esa. kalau tak percaya sila baca kitab mereka. cuma agama selain Islam telah berlaku syirik, tashbih dan tafrif sejak ratusan ribu tahun lampau di mana Allah itu disekutukan dengan makhluk tapi mereka masih lagi percaya allah itu berkuasa mutlak. jadi tak hairanlah penganut agama lain juga memanggil Allah yang merujuk kepada Tuhan sekelian alam.

satu perkara lagi pakcu, Melayu ni memang fanatik agama tetapi tidak kena pada tempatnya. Bukankan kalau kita menidakkan Allah sebagai tuhan mereka, ia bermakna bahawa kita bersetuju ada tuhan lain selain Allah?

sekian.....SB DEHLAWi

ZuLisMa berkata...

Pada pendapat saya , memang tidak setuju kalimat Allah digunakan oleh agama lain. Kalimah Syahadah " tiada tuhan selain Allah".. "Tuhan atau god" adalah bersifat umum.. manakala "Allah" adalah khusus. Malah didalam kitab injil sendiri mengistilahkan tuhan dengan maksud " Ilah " bukannya Allah. "Ilah" dalam bahasa arab bermaksud tuhan, bukannya Allah!!!!

Dizaman rasullullah.. Tuhan orang arab jahiliah ada berbagai nama dan berbagai bentuk. manakala tauhid yang dibawa oleh rasullullah ada lah Keesaan hanya pada Allah.

saya menyokong PAS.. tapi tidak menyokong tentang perkara ini. jangan libatkan urusan agama untuk kepentingan parti atau mahu meraih undi.

Tanpa Nama berkata...

segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam.. Allah adalah tuhan untuk seluruh manusia. Nabi juga menyeru kepada golongan kafir dgn menyebut "beribadahlah kepada Allah yang merupakan tuhan aku dan juga tuhan kamu.

Aisyah M.Yusuf berkata...

Firman Allah Subhanahu wata’ala yg artinya :

” Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka ( orang - orang musyrik itu ): ” Siapakah yang menciptakan mereka ? Niscaya mereka menjawab :” ALLAH ” , maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan ” ( QS . 43 : 87 )

” Katakanlah :” Kepunyaan siapakah bumi ini dan semua yang ada padanya jika kamu mengetahui ?” Mereka akan menjawab :” kepunyaan Allah ”. Katakanlah : ” Maka apakah kamu tidak ingat ? ”. Katakanlah : ”Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya Arsy yang besar ? ” Mereka akan menjawab : ” Kepunyaan Allah ”. Katakanlah: ” Maka apakah kamu tidak bertaqwa ?” Katakanlah : ” Siapakah yang ditangan – Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi , tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari azab-Nya , jika kamu mengetahui ?. Mereka akan menjawab :” Kepunyaan Allah ” Katakanlah ( kalau demikian ) , maka dari jalan manakah kamu tertipu ?” ( Q S . 23 : 84-89 ).

” Dan mereka telah mengambil sembahan –sembahan selain Allah agar sembahan itu menjadi penolongnya dihadapan Allah ”( QS . 19 : 81 )

“ Ingatlah , Hanya kepunyaan Allah-lah Agama yang bersih ( dari Syirik ). Dan orang –orang yang mengambil pelindung ( penolong ) selain Allah berkata : “ Kami tidak menyembah mereka , melainkan supaya mereka mendekatkan ( permohonan ) kami kepada Allah dengan sedekat – dekatnya “ sesungguhnya Allah akan memutuskan diantara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang –orang yang pendusta dan sangat ingkar “. ( QS Az-Zumar : 3 )

“ Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi Neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia , mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ( ayat – ayat Allah ) dan mereka mempunyai mata (tetapi ) tidak dipergunakan untuk melihat tanda - tanda kekuasaan Allah , dan mereka mempunyai telinga( tetapi ) tidak dipergunakan untuk mendengar ( ayat – ayat Allah ). Mereka itu seperti binatang ternak , bahkan mereka lebih sesat lagi . mereka itulah orang-orang yang lalai “ ( Q.S 7 : 179 )

Roza berkata...

Mengapa kerajaan sekarang meluluskan perkara 11 perlembagaan membenarkan pengunaan nama ALLAH. Bila berdolak dalik dan buat sendiri membuatkan rakyat umno jadi pening dan mabuk sendiri. Kalau betul2 ikhlas silalah bahaskan perkara ini di parlimen,bukan cakap berbunyi macam kulit kerang dan menyalahkan orang lain.

Roza berkata...

Jugak, Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 mengatakan perkataan “Allah” tidak terhad kepada orang Islam dan Gereja Katolik mempunyai hak untuk menerbitkan perkataan dalam seksyen bahasa Melayu akhbar mingguan itu, Herald. Siapakah yang patut disalahkan? Umat Islam perlu membuka minda, apakah umat Islam kini,rosak akidahnya,rosak akhlaknya, murtad dll, berpunca dari penggunaan kalimah Allah dalam bible?

Roza berkata...

Sejak bila kalimah Allah jadi milik org umno yg ngaku Islam? Apakah umno ada 2 Allah ke? kenapa umno benarkan gereja kat Sabah n Sarawak guna kalimah Allah? kenapa umno melolong melarang gereja kat Semenanjung Malaysia guna nama Allah?apa bezanya Allah di Sabah n Sarawak dgn Allah di Smnjg .Malaysia?panatik umno tolong bagi fakta dlm Nas Al Quran n al Hadith yg melarang selain drpd Islam guna Allah?agaknya kerana undi ktistian, umno benarkan guna Allah diSabah n Sarawak,kerana undi melayu umno larang guna kalimah Allah di Semenanjung. Itulah retorik politik umno! Isu kalimah takde benda pun utk umno..matlmat umno yg utama ialah unt menakutkan rakyat n ingin PR berpecah..Bukan fi sabilillah.

Roza berkata...


Ya Allah, apakah ini balasanMu bila hukum Allah diketepikan oleh melayu..maka tak hairanlah bagi orang bukan islam pula yang akan mengguna kalimah Allah demi untuk mengagungkan Allah pencipta makhluk di alam ini. Mana Perkasa dan UMNO serta NGO2 Islam yang lain...Pihak gereja telah derhaka pada Sultan....cepat buat laporan polis...Kalau ada laporan polis dari PM & dihebahkan melalui TV3, UMNO ada hati membela Islam....kalau tak ada maknanya UMNO guna Islam hanya alat politik menghentam DAP dan PAS dan mengelirukan rakyat unt PRU 13.

Andre Irwan berkata...

Pakcu Rantau Panjang, aku rasa hang ni celaru mindanya. Orang tengah dok bincang pasal hal agama, tibaotiba hang sebut pasal Cina pulak. Cina tu agamakah? Aku rasa hang ni talam dua mukak (?0 dan sebab tu hang dok kata kat Dr Asri ni sat jek UMNO, sat jek PAS sedangkan Dr Asri bercakap yang BENAR.
Tolonglah saudara aku yang berbangsa Melayu. Allah swt tu milik semua makhluk di dunia ni. Bukan hak milik Melayu sahaja. Soal suka atau tak suka, bukan kita yang menentukan.
Adakah kita nak ikut budayakah atau kita nak ikut ayat Allah swt? Mana yang lebih penting?
Dah banyak kali aku nyatakan bahawa budaya tidak boleh mengatasi agama. Cuba habaq kat aku, kalaulah hangpa pentingkan sangat budaya, di manakah TANAH PERKUBURAN MELAYU? Tanah Perkuburan Melayu ni untuk depa yang lebih memetingkan budaya Melayu dari Islam ???? Benar cakap TG Haji Hadi. Yang dia susah hati dan sedih ialah orang Melayu tidak berapa pentingkan sangat bab akidah sehingga ramai Melayu yang dah "MURTAD" tanpa depa sedar ???? Kalailah depa faham akan "AMANAT HADI" (ciptaan UMNO), sepatutnya depa lebih faham .... AKU menentang UMNO bukan kerana dia UMNO atau lain makna iaitu AKU menentang Melayu bukan kerana Dia Melayu tetapi kerana Melayu tu tak mahu pada Allah swt (ISLAM).....

mohd shahran berkata...

Pak cu ALLAH milik umno? Milik pak cu aje? Atau milik melayu? Sampai hati memperkecilkan kerja ALLAH?

Tanpa Nama berkata...

pak cu tu memang stupid..org cakap lain dia cakap lain.

Tanpa Nama berkata...

Kejayaan jin dan manusia hanyalah dalam agama. Kejayaan manusia sejauh mana manusia taat perintah ALLAH SELURUH KEHIDUPAN IKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW. BUKAN ikut cara yahudi, bukan ikut cara nasrani, bukan ikut cara majusi, bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara eropah, bukan ikut cara barat, bukan ikut cara timur, bukan ikut cara maju, bukan ikut cara kuno, bukan ikut cara orang putih, bukan ikut cara orang melayu, bukan ikut cara orang miskin, bukan ikut cara orang kaya bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara Malaysia, bukan ikut cara India, bukan ikut cara Cina, bukan ikut cara orang kampong, bukan ikut cara orang Bandar,bukan ikut cara orang pekan, bukan ikut cara pulau pinang, bukan ikut cara perlis, bukan ikut cara perak, Pahang, kedah, Kelantan, Selangor, Terengganu, Melaka, negeri Sembilan, sabah, Sarawak, johor, bukan ikut cara wilayah persekutuan kuala lumpur dan bukan juga cara wilayah persekutuan Labuan. Tetapi ikut cara NABI MUHAMMAD SAW. Orang kaya bawa agama dalam kehidupannya dia Berjaya dunia akhirat. Orang miskin bawa agama dalam kehidupannya dia berjaya dunia dan akhirat. Orang miskin dan orang kaya tolak agama dua-dua gagal dunia akhirat.

Tanpa Nama berkata...

subhanallah

GEBU berkata...

Pak Cu Rantau Panjang boleh bercakap pada orang yang tak ada ilmu macam dia juga.........
Kalau tak tau duduk diam2 sudahlah.
Jangan buat dosa kering. K!

Tanpa Nama berkata...

mereka yg murtad selalunya yg menjauhkan diri dari mengingati Allah tidak mahu tahu ego tapi bodoh,ikut telunjuk syaitan,oleh itu,yakinlah semua milik Allah,dan islam agama yg disempurnai dan redhai Allah melalui utusan Allah
rasullullah Muhammad saw,jika bimbang kuatkanlah akidah anak,cucu
kita,iman tak dapat di warisi bak lagu Raihan,hidayah hanya dari Allah,dunia di ciptakan utk manusia
ujian utk di akhirat,yg tak syirik pd Allah Alhamdulilah,kerna sekecil imanpun akan dkira,

Tanpa Nama berkata...

Rasenye kat dalam kubur nanti malaikat tak tanye pulak ape bangsa kamu di dunia, kan pak cu...?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum


In tafsir the meaning of certain ayat is derived from the literal wording (mantdq) while that of others is derived from what is understood (mafhum). I think we need to distinguish this first when reading this verse. A Wahhabi will perhaps take these verse literally in line with the views of ibnu Taimiyah. Asri is known for his Wahhabi views. After all he is the former mufti of perlis.

When the Quran says "yahudi berkata Uzair Anak Allah". Is this a literal ayah or is this a mafhum where the meaning is understood. If this is a Mafhum ayat then you cannot just conclude it literally as what Asri has done. Therefore it is not surprising that Asri takes this very simplistic view and very dangerous to make such a conclusion where people will get influenced by it.

Tanpa Nama berkata...

The reason for all this commotion is simple. Malay Muslim take it that Allah is the name of god. After all it is mentioned over 20,000 times in the Quran. To Christians Allah is not the name of god. YWYH or Yahweh or Jehovah is the name of god. The same it is with the Jews. The whole commotion is because Allah is also interpreted as the god coming from the root in Arabic of "al" meaning The and ilah meaning god ie the god. This explains why Arabs Pre Islam and Arab Jews and Christians use Allah in their bible because it makes reference to the word god rather than the name. That is also why no other Christian outside arab countries and Malaysia and Indonesia use Allah as god. That's why Malaysian and Indonesian priest got it wrong when they use Allah. Instead they should have used "tuhan" when translating it to Malay language because essentially that's what the Arabs did just like what the European did when they translate the bible to their own language.

In fact all of us know that the original scripture of the Torah and the bible were in ancient Hebrew and Aramaic originally and would not have used Allah which is an Arabic term in these documents. In fact, the Torah used Elohim and the Aramaic bible would have used alaha means the god or in Arabic Allah. Logically when it's translated to bahasa it should be tuhan.

That's why the word Allah predates Muhammad SAW as the pagan Arabs use it to mean the supreme god, just like the Arab Jews and Christians. After all Madinah had a lot of Arab Jews at that time and they spoke Arabic.

That's why it is so sensitive to Muslims for Christians to use the name Allah in the bible because to us it is a name not a translation of Elohim. Rightfully and logically the term tuhan should be used as a translation into bahasa. I cannot imagine a Christian priest to ever agree that their god the father's name in Christianity is Allah.

It would have meant that Christians accept that the Quran is right and be given the privilege of having the name of god in it which was not revealed in the original bible or Torah. To us Muslim its clear - Allah is the name of god not a translation. Hence in whatever language you translate the Quran, it should remain as Allah rather than tuhan or god.

If malaysian Christians insist on using Allah in their bible in place of tuhan then it is an acceptance of what is written in the Quran and they should start to read what the Quran writes about Jesus and Christianity.