5 Jan 2013

Akhirnya Remaja Berusia 13 Tahun Itu Mengaku Cabul Wanita Di Pam Minyak


Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak, Isnin lalu.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Ida Rahayu Syarif pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar majistret di sini, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, remaja berkenaan didapati dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun itu dengan memeluk, mencium pipi kanan dan meraba buah dada.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas wanita Stesen Minyak Shell, Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini, kira-kira jam 2.45 petang pada 31 Disember 2012.

Remaja berkenaan yang hadir ke mahkamah dengan ditemani penjaganya dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya telah meminta mahkamah memberikan wang jaminan RM2,000 terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

“Namun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Februari 2012 bagi mendengar laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jatuh hukum,” katanya. -BH

Ulasan GB

Sebelum ini, di SINI GB sudah ulas, petikan

Moral of the story, terutama kepada kaum wanita, jangan pandang budak berusia belasan tahun kecik anak, dizaman ini, bukan saja orang dewasa, budak belasan tahun pun sudah membawa "iblis" di dalam tubuh badannya.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berhati hatilah selalu dengan suasana kehidupan yang dipenuhi segala macam kemungkinan setiap hari

Tanpa Nama berkata...

Oh orang Melaka ya... harap-harap budak ni bukan keturunan Rahim TC

Tanpa Nama berkata...

Wan selalu juga klu jumpa budak2 atau org2 tua2 yg perempuan, mcik akan senyum & ucap salam, termasuk le kalau yg lelaki tu yg kira2 bawah 15thn sbb wan anggap mereka ni pangkat anak/cucu wan.

Wan tak terfikir pulak nak sangka buruk sbb wan niat semata2 keranaNya & Rasul & lagipun wan ni tutup aurat sempurna. Sebab ucapan salam tu adalah doa, mudah2an lembut hati untuk jalan baik.

wan

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !

Anak berumur 13 tahun sanggup menerima tanggungjawab atas perbuatan salahnya, adalah contoh terbaik yang perlu di ikuti oleh pemimpin politik masakini.

Harapan baik untuk anak 13 tahun ini belajar atas kesilapan dan berubah menjadi manusia yang baik.

Dengan mengambil tanggungjawab atas kesalahannya telah meninggikan darjatnya lebih bauik dari mana mana pemimpin politik negara yang kotor hidup berasuah.

Alhamdullillah !
Bukan semua Melayu lari dari tanggungjawab atau baling batu sorok tangan !!!

Tanpa Nama berkata...

Kepada kaum wanita, Jangan berpakaian sexy...supaya kejadian sebegini dapat dielakkan.

Trend sekarang orang perempuan bukan islam, suka memakai pakaian yang tak sesuai dengan keadaan.

Tanpa Nama berkata...

patut kiranya yg mana pakai seksi 80 peratus,didakwa kerna menimbulkan fitnah pada lelaki yg melihat.....kekadang remaja tak fikir banyak dan masak....time nilah bak kata pepatah sumer nak test....apalagi ada unsur..tst...

akmal berkata...

bahana bahan lucah berleluasa di internet dan lain2 sumber.. mula2 tgk pastu terasa nak cuba.. awasi anak2 kita.. tu tanggungjawab ibu dan bapa bukan kerajaan semata2.. harap semua berlapang dada dlm isu ni.