11 Dis 2012

Tajuk Buku Rosmah: Aku Wanita Malaysia Pertama Ada Handbag Termahal Di Dunia


Cadangan tajuk buku Rosmah meletup di Twitter

KUALA LUMPUR: Pelancaran buku biografi, Datin Seri Rosmah Mansor semalam menjadi antara topik paling popular di kalangan pengguna media sosial Twitter sejak semalam.

Dengan hashtags "#TajukBukuRosmah" atau "#RosmahBookTitle", masing-masing pengguna cuba memberi cadangan judul buku yang bakal diterbitkan pertengahan Januari depan itu.

Beribu cadangan tajuk dikemukakan termasuk ada yang bersifat sinis terhadap isteri Perdana Menteri itu yang boleh dikatakan sering mengundang kontroversi dalam politik Malaysia.

Antara cadangan sinikal yang dikemukan seperti dalam imej 'print screen' berikut:


Harakahdaily bagaimanapun mengkaburkan nama pengguna bagi mengelak kaitan perundangan.

Buku biografi Rosmah itu dilancarkan semalam dengan Penasihat Penerbitannya adalah Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Buku itu didakwa "bakal menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri itu.

Ianya akan diterbitkan oleh Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM). -HD

Ulasan GB

Berbagai-bagai cara dilakukan Najib untuk membersihkan nama isterinya. Dulu Rosmah dapat anugerah PhD dari Universiti Curtin, Australia. Sekarang sudah mahu keluar buku pula untuk menggilap nama Rosmah yang telah menjejaskan reputasi Najib menjelang PRU13.

Namun GB sudah ulas sebelum ini dan rasanya akan menjadi kebenaran bahawa:

Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah . Petikan:

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rosmah nak jadi pm la...puiiiii

Tanpa Nama berkata...

woi semah kau tak tahu ke kami semua benci sama kau,benci sesangat

Tanpa Nama berkata...

Tak best tajuk tu. Buat la tajuk "batu cincin berlianku sebenar kepala bana Jho Low"

Nampak sangat akan kebodohan Ahmad Maslan. Hanya tiga cara sahaja untuk orang bengap dalam sesuatu organisasi ni dapat naik iaitu;

1. Mengampu
2. Mengampu
3. Terus Mengampu.

Harapkan kepandaian tak ada, jadi Ahmad Maslan tolong hasilkan buku menjilat Rosmah yang gila kuasa. Nak tak nak Najib kenalah naikkan pangkat si bodoh tu

Wrgaklia berkata...

Bakal PM kita.....

Tanpa Nama berkata...

tajuk buku:
1.Lady Gajah LIVE karaoke in Pahang.
2.Rise of the Planet of The Elephant
3.Elephant Got Talent
4.Ripleys Believe it or Not - Elephant got PhD
5.Slum Elephant Millionaire
6.The making of... Imelda Marcos
7.RM: Panduan menabung sejak bayi
8.RM > c4 + SPRM + PDRM = FLOM

Tanpa Nama berkata...

Tajuk buku yang paling sesuai:

10 tips macam mana nak jadi Queen Control pada suami.