31 Dis 2012

Selangor Akan Halang Perjanjian Tanah LTAT, Siasat Segera Siapa Arah Beli Syarikat Deepak

Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan akan mencuba sedaya upaya untuk menghalang rancangan Putrajaya membeli bidang tanah di Bukit Raja yang didakwa ada kaitan dengan penyalahgunaan kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti didakwa ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid, Faekah Husin berkata negeri itu telah mengarahkan Jabatan Tanah dan Galian Selangor untuk meneliti perjanjian tersebut bagi menyiasat sama ada berlakunya pelanggaran peraturan.

"Kami tidak teragak-agak untuk menghalang mereka.

"Kerajaan negeri berpendapat transaksi itu adalah serius melibatkan penggunaan dana awam daripada dana pencen angkatan tentera," katanya dalam satu kenyataan.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), melalui unit pelaburannya Bousted Holdings Berhad, Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk memiliki 200 ekar tanah daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd milik Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.

Selain itu, dana itu turut digunakan untuk membeli syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd pada harga RM 30 juta, yang mana dakwa pembangkang sebagai "rasuah" dan tindakan untuk menutup mulut peniaga karpet itu daripada terus mendedahkan penyelewengan kerajaan.

Pada hari yang sama, Deepak turut menarik balik saman yang dikenakannya terhadap Putrajaya atas kesalahan pelanggaran perjanjian terhadap tanah di Bukit Raja.

Faekah hari ini mendedahkan penyiasatan awal pihaknya mendapati tanah itu telah pun diserahkan kepada Suruhanjaya Tanah Negara untuk digunakan bagi membina pangkalan tentera.

Beliau berkata ianya amat mencurigakan bagaimana tanah yang itu dikomersialkan sedangkan ia telah digazetkan sebagai tanah tentera, dan merasakan ia hanya boleh dilakukan melalui campur tangan pegawai tinggi dalam kerajaan.

"Kerajaan negeri juga akan menyiasat jika tanah itu kemudiannya ditransaksikan kepada Raja Ropiah pada RM7 sekaki persegi atau RM72 juta dan dakwaan beliau telah menjual sebahagian tanah itu kepada syarikat lain pada harga RM16 sekaki persegi untuk mendapatkan keuntungan mudah.

"Kami akan meneliti kesemua dokumen, satu persatu," katanya.

Deepak sebelum ini memfailkan saman terhadap Awan Megah terhadap pelanggaran perjanjian jual beli ke atas tanah 200 ekar tersebut, dan menamakan firma tersebut, Kementerian Pertahanan, unit hartanah kerajaan Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Development Sdn Bhd dalam samannya.

Astacanggih Sdn Bhd bersetuju untuk membeli tiga bahagian tanah itu pada 2007 untuk RM13 juta dan RM72 juta jaminan bank untuk bon tanah daripada Raja Ropiah, yang diberikan RM100 juta perjanjian penswastaan untuk membangunkan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Tanah itu sepatutnya diletakkan di bawah syarikat bertujuan khas Cebur Megah kerana kerajaan tidak membenarkan tanah yang diswastakan dijual kepada pemenang.

Tanah masih lagi dalam tangan kerajaan kerana projek itu akan dilaksanakan.

Ketua Wanita Umno Selangor itu didakwa menjual sebidang tanah pada RM2 juta tubai dan RM16 juta fasiliti overdraf dalam "kerjasama" dengan Guppyunip Sdn Bhd, syarikat yang mengkhusus kepada barangan plastik. -TMI

Siasat siapa paksa LTAT beli syarikat Deepak

KUALA LUMPUR: Satu siasatan menyeluruh mesti dibuat untuk mengenal pasti siapa yang memaksa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membeli syarikat milik Deepak Jaikishan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bukan sahaja mesti dibuat siasatan menyeluruh untuk mengenalpasti siapa paksa Deepak jual syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd, tetapi lebih dari itu, mesti juga disiasat siapa yang memaksa LTAT membeli 80 peratus saham syarikat Deepak itu.

"Siasatan juga mesti dibuat bagaimana kedua-dua pihak dipaksa termasuk sejauh mana ia melibatkan penyalahgunaan kuasa mana-mana pemimpin negara," kata beliau.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Deepak yang membuat pelbagai pendedahan yang dilihat akan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau dipaksa menjual syarikatnya itu kepada sebuah agensi di bawah Kementerian Pertahanan.

Deepak berkata, penjualan syarikat tersebut hanya untuk menampung wang yang telah dibelanjakannya dalam urus niaga tanah dengan Awan Megah Sdn Bhd yang tidak menjadi.

"Ianya benar bahawa saya dan pemegang saham saya telah menjual saham kami dalam Astacanggih untuk RM30 juta yang merupakan harga kos sebenar kami RM13 juta untuk Raja Ropiaah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta kos kewangan dan RM2 juta untuk kos guaman dan pelbagai kos.

"Ini adalah kata dua yang telah dipaksa ke atas kami," Malaysiakini memetik beliau.

Mahfuz mempersoalkan, adakah paksaan ke atas Deepak sama seperti paksaan ke atas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam untuk membuat akuan bersumpah (SD) kedua bagi membatalkan SD beliau yang pertama yang mengaitkan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, rakyat terutama tentera dan bekas tentera berhak untuk tahu semua yang berlaku dalam skandal itu terutama termasuk siapakah yang menerima sumbangan politik dari urusniaga itu.

"Ia tidaklah terlalu kompleks kepada rakyat untuk membuat kesimpulan bahawa kepentingan anggota tentera dan bekas tentera diperjudikan untuk menutup mulut Deepak yang membuat pelbagai pendedahan mengenai Najib termasuk pendedahan bagaimana pakatan dibuat untuk memaksa Bala menandatangani SD keduanya," kata beliau.

Urusniaga mengejut itu bukan sahaja melibatkan pembayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih malah ia juga melibatkan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah.

"Bagaimana orang seperti (Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk) Raja Ropiaah (Raja Abdullah) membuat pelbagai keuntungan dengan transaksi Astacanggih dan tanah 200 ekar tanah milik Kementerian Pertahanan yang masih belum lagi dipindahmilik kepada Awan Megah itu.

"Saman Deepak ke atasnya digugurkan dan duit pula dapat berpuluh juta.

"Yang peliknya keuntungan dibuat dengan transaksi jual beli tanah milik Kementerian Pertahanan dan kesemua ini mewajibkan satu siasatan menyeluruh dibuat," kata Mahfuz.

Jika rakyat tidak yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) berani dan bersedia membuat siasatan ke atas skandal tutup mulut Deepak itu, kerajaan baru mestilah dipilih untuk membongkar penganiayaan ke atas hasil titik peluh anggota tentera itu- HD


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Produk jaminan masa depan Terutama jika PR menang PRU 13?Lihat sini

Osama berkata...

Selamat menempuh 2013 tahun kebinasaan umno & keruntuhan kerajaan BN.
Yes! Year 2013 UMNO Be End.
Justru itu maka kita tunjukan solidariti rakyat prihatin yg inginkan perubahan!
Jom kita ramai2 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat pd 12hb January 2013 di Stadium Merdeka!
Kita realisasikan 1 juta kehadiran utk beri isyarat kpd SPR agr usah jdi kaldai tunggangan umno!!
umno be end usah pekak badak!!!

Tanpa Nama berkata...

UMNO buat Malaysia macam harta mak bapak dia. Sedarlah sikit rakyat Malaysia terutamanya penyokong UMNO.

Tanpa Nama berkata...

board director LTAT bekas bekas sojal dan sojal yang makan gaji, dapat mercedes dengan drebar Melayu...semuanya Melayu.

Melayu 'loaded' sikit biasalah, jadi boss....kesian pada pencen pencen sojal yang lain.

hilang gitu aje bah