19 Dis 2012

Samseng UMNO: Mengapa Polis Tidak Bertindak?

PKR mengesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak segera menangani budaya politik samseng yang semakin berleluasa berlaku di negara ini.

Malah Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nor Manuty berkata sikap pihak berkuasa itu yang kelihatan ‘berdiam diri’ berhubung isu serangan ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR menggambarkan ketidakadilan pihak tersebut ke atas Pakatan Rakyat dengan tiada sebarang tindakan dilakukan biarpun beberapa laporan dibuat mengenainya.

Terbaru jelasnya, bas tersebut diserang dipercayai menggunakan batu atau lastik hingga cermin sisi bahagian belakangnya pecah ketika dalam perjalanan di kawasan lebuhraya Utara-Selatan untuk program sambutan Deepavali PKR Tapah dan program Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Perak pada Ahad lalu melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Peristiwa ini kali keempat berlaku dan kita membuat laporan polis meminta Ketua Balai Polis Tapah untuk mengambil tindakan dan mereka berjanji untuk bertindak tetapi difahamkan hingga ke saat ini tiada apa-apa dilakukan PDRM.

“Kita ingin menyatakan rasa kesal kerana dalam sebuah negara demokrasi yang dicanangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan Umno-BN yang lain namun keganasan politik masih terus berlaku tanpa sebarang kawalan oleh PDRM yang sepatutnya neutral.

“Setakat ini tiada perkembangan mengenai insiden ini dilaporkan termasuk yang berlaku sebelum ini seperti simbahan cat di Kelantan dan Kedah serta balingan batu di Johor dan Melaka,”
katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Biro Kepenggunaan PKR, Mohd Yahya Mat Sahri.

Muhammad Nor Manuty yang juga Ketua Penerangan PKR berkata, PDRM perlu bertindak segera dengan siasatan dibuat untuk memberhentikan sama sekali kegiatan keganasan ke atas parti politik terutama PKR yang sering menjadi sasaran sejak kebelakangan ini.

Insiden tersebut tambahnya memberikan satu gambaran buruk bahawa amalan demokrasi di Malaysia bukan kembali ke arah hala tuju yang baik tetapi ia dalam keadaan membimbangkan.

“Fenomena budaya samseng ini semakin menjadi-jadi dalam negara kita sekarang.

Seperti yang berlaku di Gombak pada minggu lalu dan ini saya lihat satu insiden berdarah serius yang boleh memberi kesan buruk kepada keselamatan negara pada masa depan.

“Kerajaan terutamanya pucuk pimpinan Umno-BN perlu mengotakan apa yang mereka jamin kepada rakyat yang mana mereka mahu rakyat hidup dalam aman damai,” katanya.

Katanya, apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini diyakini tindakan terdesak Umno-BN yang mana rakyat memberi petanda bahawa mereka mahukan perubahan berlaku dalam kepimpinan negara serta menunggu-nunggu bila Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) akan dilangsungkan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ikan rosak dari kepalanya. Pegawai polis yang enggan mengambil tindakan terhadap samseng harus diberhentikan kerja apabila PR mengambil alih Putrajaya. Rekodkan nama pegawai polis ini supaya tindakan dapat diambil selepas PR menawan Putrajaya.
Buat apa simpan pegawai polis yang tidak dapat menjalankan tugas dengan adil?

sizzly7761 berkata...

Ngam! Polis juga tertakluk kepada undang-undang! Jika PR tawan Putrajaya, menjadi kewajipan kepada kerajaan baru untuk membuat pembersihan supaya PDRM dihormati oleh masyarakat dan bersikap neutral! Kepala ikan yang busuk hendaklah diambil tindakan tegas mengikut undang-undang.Ini tidak terkecuali kepada pegawai biasa dan rank and file! Wajib dihukum jika ada bukti yang cukup! Bukan bukti rekaan untuk mengelak penganiayaan dan ketidak adilan! PR mesti berbeza dari BN.BN you SUCKS!

hang nadim berkata...

selagi umno be end masih diPutrajaya ..kita xleh usik pdrm, sprm, spr,jpn, dbkl, ularma, samseng taik kucing, perkosa dan sebagainya ..mcm anak emas umno be end,,kita sebagai orang cerdik kena sabar dulu menghadapi perangai2 sebahagian org melayu yg xberapa pandai...