25 Dis 2012

PETRONAS Diletakkan Bawah J/Kuasa PARLIMEN Bila PR Memerintah Nanti


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memotong dividen tahunan Petronas RM30 billion kepada Putrajaya jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum akan datang, menurut laporan portal berita perniagaan Bloomberg.com hari ini.

PR bercadang untuk menetapkan dividen Petronas kepada negara berdasarkan peratus keuntungan syarikat yang ditetapkan, dan dengan ini membenarkan syarikat petroleum negara itu untuk membuat lebih pelaburan di luar negara yang dijangka memberi lebih banyak keuntungan, kata pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar).

“Petronas seharusnya diuruskan secara komersil sepenuhnya,” katanya kepada Bloomberg semasa menerangkan cadangan Anwar, yang merupakan ketua umum PKR.

Menurut Bloomberg, pentadbiran PR akan mengadakan jawatankuasa peringkat parlimen di Dewan Negara untuk meningkatkan ketelusan terhadap Petronas, yang sekarang ini melapor terus kepada perdana menteri.

Petronas kini dilihat sebagai sumber kewangan negara, dengan laporan dari Reuters berkata pada Julai lalu ia adalah pembayar cukai terbesar dan sumber kewangan terbesar negara, dan menyumbangkan 45 peratus dari perbelanjaan kerajaan yang terus mempunyai hutang yang tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Shamsul Azhar Abbas berkata pada September lalu bahawa model sekarang, di mana pembayaran RM30 billion setiap tahun kepada Putrajaya harus ditukar kepada 30 peratus berdasarkan keuntungan, menurut laporan Bloomberg itu lagi.

Selain itu, perubahan polisi PR ialah untuk meningkatkan rizab petroleum negara dan pendapatan Petronas dengan membeli banyak blok petroleum di luar negara, dan mengurangkan pencarian di kawasan petroleum yang kecil di dalam negara.

PR dilaporkan berkata pencarian petroleum di luar negara mungkin merupakan cara yang lebih baik untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan Petronas dalam masa lima tahun yang berjumlah RM300 billion.

“Terdapat banyak kemungkinan akan mendapat blok yang lebih besar untuk kita dapatkan petroleum di luar negara.

“Kita akan hilang peluang untuk jangka masa panjang, kerana China sedang agresif mencar blok petroleum di seluruh dunia,” kata Rafizi kepada Bloomberg selepas temuramah bersama Bloomberg Selasa lalu.

Dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, Petronas telah menawarkan pemotongan cukai dan perkongsian pengeluaran kepada syarikat carigali petroleum luar negara untuk memikat mereka untuk mencari gali kawasan petroleum luar pantai di negara ini.

Najib pada November 2010 berkata pencarian kawasan baru itu bermungkinan menjana pendapatan sehingga RM50 billion untuk 20 tahun akan datang, menurut laporan Bloomberg.

Tetapi menurut Rafizi, cara Putrajaya itu cuma untuk jangka masa pendek.

“Ini bukan soal kewangan, ini soal masa dan tenaga kerja.

Potensi untuk mencari kawasan baru yang besar sangat terhad,” kata Rafizi, dengan Bloomberg melaporkan bahawa pengarah strategi PKR itu pernah bekerja di unit perancangan perniagaan di Petronas.

Andrew Harwood, seorang penganalisis dari syarikat konsultasi dari Singapore Wood Mackenzie Ltd, bersetuju dengan Rafizi.

“Ia sangat munasabah jika syarikat petroleum negara keluar dari sempadan negara untuk pencarian kawasan petroleum baru.

” Beliau berkata dengan melakukan sedemikian, Petronas akan menggunakan sumbernya untuk mencari yang lebih besar, manakala kawasan minyak yang lebih kecil akan ditinggalkan kepada syarikat lain.

Victor Shum, konsultan dari Singapura berkata Petronas harus membuat kedua-duanya dengan mencari sumber tempatan dan membeli blok di luar negara.

“Ini adalah peluang untuk menjadi lebih berjaya dan efisyen dari segi kos.

Mereka perlu cari gali kawasan tersebut,” kata pengarah urusan IHS Consultant yang dilaporkan oleh Bloomberg.

Menurut Bloomberg, rizab petroleum Malaysia akan bertahan 29 tahun lagi, sementara itu rizab gas akan bertahan 37 tahun. -TMI

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi janji PR,
28 juta rakyat Malaysia patut sokong.
PTPTN hapus.
Sekolah (A-Z) percuma.
Minyak petrol turun.
Harga kereta turun.
RM250 juta suruh Shahrizat kembalikan.
Ramai menteri rasuah masuk penjara.

Apa lagi yang rakyat mahu?
Bagi peluang PR perentah lima tahun.
Kalau perangai PR macam BN/Umno juga
PRU14 (2018) nanti kita ramai2
turunkan semula mereka jadi pembangkang
Kalau bagus, carry on 55 tahun lagi.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai rakyat Malaysia, saya amat bersetuju dengan DSAI. cadangan beliau bukan sahaja dapat menambah pendapatan negara, malah hasil keuntungan Petronas ini dapat dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat. Bukan macam sekarang. Petronas pada hakikatnya mempunyai hasil keuntungan mencecah bilion ringgit atau lebih drpd itu, tapi duitnya sering disalahgunakan oleh kerajaan UMNO-BN untuk kepentingan kroni. Duit hasil pertanian, ekonomi, cukai & lain-lain pun sama. Apa salahnya kalau duit tersebut digunakan untuk membasmi kemiskinan rakyat & membiayai pendidikan anak Malaysia. Dapat juga pahala drpd merompak hasil ekonomi negara sesuka hati.

Tanpa Nama berkata...

Mudahan anwar and co berjaya dalam mengemudi federal dalam next election.amin...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !

Moga moga Pakatan Rakyat dipilh Rakyat dalam PRU13 nanti.

Moga moga Dato Seri Anwar Ibrahim sehat walafiat dalam kehidupqn seharian.

Tanpa Nama berkata...

Tp najib cakap "ini worang tak tau ekonomi"

Tanpa Nama berkata...

Lwn tetap lwn, hdup pakatan rakyat, Insyaallaah dato Seri Anwar ibrahim mnjadi perdana menteri ke 7, amin ya rabbal alamin.

Tanpa Nama berkata...

Betul saya sokong sepenuhnya, takbir.....

Tanpa Nama berkata...

kakitangan petronas jgn lupa undi pakatan rakyat pru 13

Tanpa Nama berkata...

harap kekayaan negara dapat disalurkan secara sama rata..zaman skg ni, yang kaya trus kaya..yg miskin trus miskin

Tanpa Nama berkata...

Saya sgt setuju ngan semua komen di atas.... teruskan perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

Ini baru dipanggil pakar ekonomi (anwar dan rafizi) tahu macam mana nak jana pendapatan negara dan tahu membuat perancangan ekonomi untuk jangka masa panjang. Anda sendiri bandingkan antara PM dengan Rafizi dari segi cara membuat perancangan ekonomi, yang mana saya ibaratkan antara langit dan bumi. Seorang yang buta ekonomi buat kerja dengan seorang yang pakar ekonomi buat kerja. Pastikan pakar yang dipilih pada PRU akan datang dan yang buta tu surah dia jadi pembangkang.

Osama berkata...

betul3
DSAI tak pandai urus duit negara sebab tu masa beliau jdi Menteri Kewangan dulu negara takde hutang! Zaman Najib hutang negara bertompok2 sampai 500 bilion!
Itu fahaman presiden Umat Melayu Naif Otak nya koloni Be End & disokong plk oleh propesor2 kong kali kong. Kalau ni lah geranganya... Malaysia akn telongkopl Ni kh yg akn kta wariskn utk anak cucu cicit kita kemudahan

GEBU berkata...

Rakyat Malaysia yang ada otak bersetuju dengan cadangan perancangan PR bagaimana Petronas boleh berperanan dalam meningkatkan penjanaan pendapatan negara....Syabas!
Sepatutnya UMNO/BN mangkok ayun kena sedar diri dan serahkan aje kuasa kepada PR....barulah betul dengan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Jika tak mahu nak serahkan, pada PRU13 nanti kita humbankan UMNO/BN dalam Lubuk Hantu supaya ianya tak ada lagi dibumi Malaysia ini; demi untuk anak cucu cicit kita akan datang.