25 Dis 2012

Mengapa Polis & FRU Tak Bertindak Ke Atas Samseng UMNO BN Yang Serang Kembara Oren?


Seorang saksi yang turut mengikuti Kembara Oren ‘Selamatkan Felda’ Negeri Sembilan semalam kesal apabila polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) langsung tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan samseng Umno ke atas kumpulan itu.

Samseng yang membawa bendera BN menghalang Kembara Oren masuk ke kawasan Felda Bukit Rokan Utara.

Rebin Birham yang juga Setiausaha Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN berkata, sikap pihak berkuasa amat mendukacitakan, walaupun peserta konvoi dipukul, dipijak dan diserang dengan pelbagai objek keras, tetapi serangan itu hanya mampu dilihat dan dibiarkan oleh polis.

“Felda Bukit Rokan Barat dan Utara, dan di Tampin, paling teruk berlaku provokasi. Penyokong Umno awal-awal sudah menunggu dengan bangga mengibarkan bendera BN, sambil memegang kayu, besi dan batu besar,” jelasnya kepada Keadilan Daily.

“Apa yang lebih menyedihkan apabila pasukan Rela turut membantu mereka membawa bendera tersebut,” kata Rebin yang juga Naib Ketua KEADILAN Cabang Jempol.

Menurut Rebin, pihak konvoi diberitahu serangan itu mendapat arahan pihak pengurusan Felda, yang mengarahkan penyokong Umno, pihak berkuasa dan anak muda Felda agar menghalang kembara dari memasuki kawasan tersebut.

“Saya percaya sebahagian besar mereka yang menyerang itu adalah remaja belasan tahun yang diupah. Kami tak lawan, kami cuma bertahan, itu yang menjadikan keadaan kami teruk diserang,” jelasnya.

Akibat serangan itu, Ketua Penerangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Naraza Muda cedera di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan sebatang kayu yang tajam.

Jurukamera yang berdiri di bahagian belakang pacuan empat roda turut dipukul sehingga jatuh dari kenderaan lalu dipijak, selain cermin depan dipecahkan.

“Jelas Umno sangat terdesak. Mereka takut kita sampaikan maklumat yang benar tentang penyelewengan mereka kepada orang Felda,” kata Rebin. -KD

Ulasan GB

Terlalu malang nasib negara apabila mempunyai pasukan polis yang bertindak secara berat sebelah dan pilih kasih.

Apabila kepincangan didedahkan oleh portal-portal, polis begitu cepat menerjah pejabat-pejabat malaysiakini, harakahdaily, Freemalaysiatoday, Themalaysianinsider untuk memburu wartawan-wartawan sedang samseng-samseng UMNO yang jelas dan nyata menimbul kekacauan dan huru-hara dalam negara selama ini dibiarkan begitu sahaja.

Sebelum ini GB sudah ulas, petikan:

Wahai polis, mengapakah kamu tidak bersikap adil di dalam melaksanakan tanggungjawab?

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambl tempatnya. Polis yang bersikap berat sebelah dan dwi-standard akhirnya akan menerima hukuman Tuhan. Tidakkah tuan-tuan polis semua melihat bagaimana mantan-mantan polis pangkat tertinggi akhirnya berpihak kepada kebenaran dan keadilan? Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyertai PAS, dan Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara sendiri melakukan pendedahan berani tentang campurtangan menteri KDN dan orang luar yang bernama Robert Phang terhadap urusan PDRM.

Pekung-pekung jenayah anggota polis pun banyak Allah dedahkan, yang merogol, yang buat harta semasa berkhidmat dan lain-lain. Itu hukum kebenaran dan keadilan apabila anda gagal menyempurnakan tugas dengan adil dan bertanggungjawab!


Selalu GB tegaskan, kita bukan menghasut orangramai untuk membenci pasukan polis, tetapi tindakan polis yang berat sebelah dan pilihakasih itulah yang menyebabkan rakyat membenci pasukan polis.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pembangkang juga warga Malaysia yg lahir, makan minum dan hidup di tanahair kita sendiri. tp dipijak, dipukul, dinafikan hak bersuara. kpd pengundi2 br spt sy. jom pilih pakatan for this coming election. 1 Malaysia...

Tanpa Nama berkata...

Polis tidak mengambil tindakan terhadap samseng-samseng UNMO kerana terdapat arahan (campur-tangan) dari pihak atasan (menteri-menteri UMNO). Ini sekali lagi memgesahkan apa yang dikatakan oleh bekas IGP.



Tanpa Nama berkata...

if ada video serangan tu mesti masuk box office youtube.
baru famous malaysia haha

Tanpa Nama berkata...

Dulu umno kini Pas..Takbir

muzium padi gunung kheyang berkata...

dah nama depa anjing umngok,
ikut tuan dia la.

malang sungguh lah malaysia bolehland
ni.

Amuraria berkata...

UPLOAD KAT YOUTUBE BAGI SATU DUNIA TENGOK LAHANAT-LAHANAT LEMBU PECACAI UMNO-APCO SERTA POLIS MALAYSIA YANG TURUT DICUCUK HIDUNG ! ABU SAJA BOLEH AJAR PENGKHIANAT-PENGKHIANAT PRO-PEMIMPIN KORUP !

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah,jika UMNO/BN tumbang pada PRU akan datang seluruh Bukit Aman akan dibersihkan termasuk OCPD-OCPD dan CPO-CPO yang dikenali kaki ampu dan jadi kuda tungangan UMNO/BN.Kalau depa sudah tidak profesional lagi,sebaliknya ampusional,kita sudah tidak hormat lagi dengan depa.

ayah berkata...

perangai samseng2 taik kucing umno ini dan bebas dr lihatkawal polis2..tentunya pemimpin2 PR diambilkan perhatian dan rekodkan, penyokong2nya dikejakan oleh umno dgn dilindungkan oleh polis/fru..balaskan dgn tindakan PR bijaknya InsyaAllah selepas menang diPRU 13 nanti

Tanpa Nama berkata...

Untuk para penjawat awam dan pasukan keselamatan sesungguhnya, ingat dan insaflah bahawa bila Imam mentalqinkan kita nanti, katanya " sesungguhnya mati itu benar , soal munkar nakir benar , syurga neraka juga benar .....mohon imam tambah bagi orang2 diatas .. sesungguhnya pencen itu juga benar ..... maka ketika ini apakah amalan kekejaman yang telah dilakukan didunia dulu dapat menolong kita didalam kubur yang bagaikan lubang2 neraka disebabkan perbuatan zalim dan munkar itu. Makin tambah umur kita , makin dekat kita dengan kematian...

Tanpa Nama berkata...

Patutlah jadi FRU. Kalau cerdik takkan jadi FRU kuda tunggangan UMNO.Itu pasallah Umno takut kalau rakyat Malaysia jadi cerdik.

Tanpa Nama berkata...

SubhanAllah,
Jika benar polis bersikap demikian yakinlah kamu memberi keluarga dan waris mu rezeki HARAM zat mereka akan jadi bahan bakar api neraka.

Tanpa Nama berkata...

Bila PR berjaya perintah negara pastikan dibersihkan seluruh anggota yg kita syaki bersetongkol dgn umno. .dan pecat atas alasan salahgunakuasa dan membenarkn keganasan dilakukan oleh puak radikal umno.kita rekrut anggota polis yg baru dan bersih dgn pastikan syarat2 kemasukkan hendaklah lulusan agama islam dan dapat jawap soalan2 mengenai syariat islam..jika mereka gagal dan
tidak tunai solat jgn ambil mereka bekerja. .sebab ini sahaja asas pasukan keselamatan yg boleh menguatkan kuat kuasa dan disiplin anggota dlm menegang amanah. .malangnya ramai anggota direkrut dimasa ini berlatar belakang samseng sekolah dan ada orang dalam hilang integriti sebagai manusia yg beriman..kerana kepalanya pun dah busuk kagikn ekornya pun turut busuk.