25 Dis 2012

[KERJA 'BINATANG'] Ketua Penerangan ANAK Ditahan & Diikat Tangan Dibuat Macam Hamba Abdi


Maran: Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat Pahang, kelmarin kecoh apabila Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda yang mengetuai konvoi ditahan dan diikat tangannya.

Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang Noraza dan peserta konvoi memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor.

Pengarah Pilihan Raya Pas Maran, Shamsuri Hussin yang turut menyertai program berkenaan berkata, pada awalnya konvoi berjalan dengan lancar dari Felda Bukit Kepayang, Bera.

"Suasana bermula apabila konvoi tiba di Felda Kampung Awah. Noraza ditahan dan diikat kedua belah tangannya.

Katanya, tindakan tersebut menimbulkan kemarahan peserta konvoi dan berlaku ketegangan di kawasan tersebut.

Menurutnya, keadaan kembali reda apabila Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan, Sulaiman A. Hamid campur tangan dan mengarahkan Noraza yang ditahan selama 15 minit di sebuah pondok dilepaskan.

Katanya, hasil rundingan dengan penduduk, konvoi dibenarkan memasuki kawasan Felda dan meneruskan program penerangan jelajah di Markas Pas di dalam kawasan Felda itu.

Shamsuri berkata, insiden berkenaan cukup mengecewakan dan pihaknya mengutuk tindakan tidak bermoral pihak yang menghalang jelajah berkenaan.

Menurutnya, peserta konvoi juga terkilan dengan tindakan pihak yang mencetuskan provokasi.

“Perbuatan ini melanggar Perlembagaan dan undang-undang yang memberi hak kepada semua rakyat negara ini untuk ke mana sahaja dan berhimpun dengan aman.

“Pemuda Pas Maran yakin bahawa sebahagian besar peneroka dan penduduk Felda kini matang dalam berpolitik, mereka tahu untuk memilih pimpinan dan wakil dalam memperjuangkan hak dan kebajikan mereka.

Kelmarin, Kembara Oren di Negeri Sembilan kecoh apabila ratusan penduduk menghalang laluan konvoi berkenaan.

Sebelum ini pada 3 November insiden yang sama berlaku di Felda Lawin Selatan, Gerik Perak. -SH

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jenis peneroka tak kadar kediri, org nak tolong selamatkan generasi anak2 masadepan dia nak sekat, dengar dulu penerangan dan buat pertimbangan..bukan bertindak semberono, kita ada undang2. jenis melayu tak boleh berfikir...

Tanpa Nama berkata...

mudah-mudahan mereka mendapat kesedaran dan terbuka pintu untuk berubah, kesian pada pakcik dan makcik yang kene kelentong dengan UMno , gunakanlah baki usia untuk perjuangan Islam dan menegakkan kebenaran

acop berkata...

memang kurang ajar perbuatan ini, samseng umno ni yg berani tunjukkan perangai buruk kerana bebas dr kawalan polis..adakah puak2 samseng umno ni yg rakyat Malaysia ke, org2 lain penyokong PR bukan rakyat Malaysia ke wahai polis, selalu kami dikejakan oleh polis , skrg ni ditambahkan diderkan dan diikat oleh samseng umno ni..kami ada perasaan juga..

Tanpa Nama berkata...

Punya la takut kat PR, sampai nak sampaikan berita terkinipun pada rakyat yg dahagakan berita sampai lembu2 ni jadi takut????

Takut bayang2 ke atau....takut nak mati...
Maknanya.....dah tak lama la tu...

Tanpa Nama berkata...

tanda tanda kejatuhan bangsa Melayu di tanah air sendiri amat jelas dipertunjukan ALLAH SWT apabila umat umat Melayu sendiri gagal menghayati ISLAM sepenuhnya, malah terus menhambakan diri pada harta dunia dan api neraka.

Masya'ALLAH !!!

Moga moga ALLAH SWT beri kan hidayah kepada Melayu Melayu jahiliyah kekal untuk menerima Islam sepenuhnya dan menjauhi diri dari pemimpin munafikun.

Tanpa Nama berkata...

Mana polis? Kalau samseng UMNO boleh bertindak sewenang-wenangnya,negara ni sudah tak ada undang-undang lagi.Ayuh kita sama-sama sertai undang-undang rimba ini.

Tanpa Nama berkata...

Kat tempat aku ada orang pas/umno.
1. Kebanyakan yang jadi imam orang pas, jarang sangat orang umno jadi imam.
2. Bila tiba hari raya haji, biasa nya orang pas yg tukang sembelih, orang umno tukang lapah dan tukang agih je.
3. Orang pas yang biasa nya jadi kadi, orang umno dia tak berapa minat.
4. Kalau hal mandi mayat 100% orang pas memang pandai, orang umno cuma tolong-tolong je.
5. Orang pas memang suka solat jenazah dan jadi imam, orang umno lebih suka sembang.
6. Gali kubur, tanam mayat dan baca talkin memang selalu orang umno bagi keutamaan pada orang pas.
7.Terima atau tidak ibadat kita atas 2 syarat...
# Ikhlas
# ikut syarat & rukun. Tak kira pas@umno.

P/s: Ini aku cerita orang pas dan umno kat tempat aku.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Biar tangan dan kaki berikat yg penting minda bebas dr penjajah umnobn.

Tanpa Nama berkata...

suka komen dari saudara anon 5:29 am

non baling berkata...

Apa yang Anon 0529 cakap tu pun sama macam di kampung saya, entah-entah semua sama di kebanyakan kampung kapa !

zulkarnainjamaluddin@gmail.com berkata...

Tiada apa yg dapat menghalang gelombang kebangkitan rakyat lagi. InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Setuju...

Osama berkata...

caya la geng!
jom kita sama2 turun padang senseng lengan utk menyedarkan mreka yg masih mengalami halunisasi
angkara umno yg sebabkan melayu2 di Malaysia jadi Umat Melayu Nomad Otak nya! jika tak masakan boleh berlaku pd Noraza Muda yg diikat tanganya hnya kerna nk menyampaikan hl felda tu!
Ni lah kerja org bertamadun tpi nomad otaknya.
Sememangnya umno semakin dipenghujung nyawa..

Tanpa Nama berkata...

Bukan setakat kat kg anon529 tu. Rasanya seluruh malaysia mcm tu. Nama umno ja, mmg jenis dungu belaka..