25 Dis 2012

Datuk Fauzi Tidak Pernah Menyesal Malah Bersyukur Sertai PAS


Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau menyesal menyertai Pas.

“Kenapa saya perlu menyesal bersama Pas. Saya sudah buat pilihan yang tepat. Kenapa masih ada yang pertikai dan ragu-ragu dengan tindakan saya ini.

“Saya rasa tindakan saya menyertai Pas membuatkan ada beberapa pihak tidak senang hati. Sebab itu mereka sengaja mencipta isu ini,” katanya, semalam.

Sebelum ini, terdapat mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), yang mendakwa Fauzi menyatakan penyesalannya menyertai Pas.

Mesej itu berbunyi: “Kalau saya tahu begini keadaan Pas taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk Pas umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak tiga jika saya tinggalkan Pas.”

Fauzi, yang bakal dicalonkan bertanding Parlimen Larut berkata, kenyataan itu tidak benar.

“Saya amat gembira dan bersyukur atas apa yang saya hadapi dan nikmati sejak bersama Pas,” katanya. -SH

Ulasan GB

Siapalah si bangang yang menghantar SMS tu... macam dah terdesak sangat...

Nak merasai kemanisan iman, marilah serta PAS, bersama-sama di dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Bukan menilai dan melihat dari luar kepompong jemaah Islam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulliah !

Bertaubatlah dan mengabdikan diri kepada Allah Swt lebih baik dari mengejar harta pangkat dan nama.

wacaya berkata...

Wa kenal Datuk Fauzi semasa dia jadi ketua polis Shah Alam melalui Ibno Syair (timbalan). Dia punya keperibadian yang sangat baik, bertindak dengan penuh berhemah, payah nak cari..... Wa tabik spring sma latuk !