UMNO Pulau Pinang telah membuat pembohongan besar dan tidak masuk akal serta bersifat benci kaum apabila mendakwa kononnya masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui “pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah”.
Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, dakwaan liar dan bahaya itu telah dilaporkan oleh media yang memetik ucapan perwakilan UMNO Pulau Pinang Dato’ Rahim Saibu sewaktu perhimpunan agung parti tersebut di ibu kota yang selesai semalam.
Menurutnya, Rahim juga dipetik oleh media sebagai mendakwa “tiada ada sebiji pun” rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
“UMNO sememangnya tiada modal lain selain mengulangi fitnah-fitnah yang sama. Umum sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah menyediakan tabung perumahan mampu milik yang berjumlah RM500 juta, iaitu tabung perumahan terbesar yang pernah diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.
“Selain daripada itu, kerajaan negeri Pulau Pinang juga giat berusaha untuk memenuhi keperluan perumahan bagi rakyatnya. Sejak tahun 2008, sebanyak 11,596 unit perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah telah pun diluluskan untuk pemajuan oleh pihak swasta dan juga kerajaan negeri melalui agensi-agensinya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Zairil berkata, tambahan kepada 11,596 unit tersebut, kerajaan negeri Pulau Pinang juga telah memperuntukkan 277 ekar tanah di serata negeri merangkumi setiap daerah untuk pembinaan 18,000 unit perumahan mampu milik baru, termasuk lebih kurang 1,320 unit yang akan dibangunkan di Jalan SP Chelliah di perkarangan pusat bandar George Town.
Justeru, jelasnya, dakwaan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak memenuhi keperluan perumahan rakyat adalah tidak berasas langsung, dan sekadar fitnah UMNO Pulau Pinang yang cuba menutup penyelewengan lampau mereka.
Menurutnya, Dato’ Rahim sepatutnya akur bahawa penyelewengan tanah Melayu selama ini telah dilakukan oleh UMNO sendiri, seperti dalam kes Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah yang dimiliki 31 orang pemilik Melayu telah dijual kepada syarikat kepunyaan dua pemimpin kanan UMNO negeri iaitu Dato’ Musa Sheikh Fadzir dan Dato’ Omar Faudzar.
Beliau menambah bahawa tanah yang dibeli daripada pemilik-pemilik Melayu tersebut dengan jumlah harga RM8.6 juta kemudiannya telah dijual kepada sebuah pemaju swasta pada harga RM13.5 juta.
Dalam erti kata lain, beliau menjelaskan bahawa dengan mengambil kesempatan ke atas pemilik-pemilik Melayu tersebut, Dato’ Musa dan Dato’ Omar telah mengaut keuntungan “atas angin” yang berjumlah hampir RM5 juta.
“Bukankah ini contoh jelas penyelewengan amanah di mana tanah Melayu telah digadai demi keuntungan peribadi pemimpin-pemimpin UMNO, apatah lagi apabila orang Melayu dikatakan sudah ketandusan tanah khususnya di bahagian pulau? “Hakikatnya, sekiranya benar Melayu Pulau Pinang terjerut dalam keadaan tidak bertanah, bukankah ini salah pentadbiran UMNO-Barisan Nasional selama 50 tahun di Pulau Pinang? Tidak mungkin keadaan sebegini boleh terjadi dalam sekelip mata,” kata Zairil.
Beliau menegaskan bahawa dasar kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah bertujuan bukan untuk meminggirkan kepentingan mana-mana masyarakat tetapi untuk menghapuskan gejala sosioekonomi seperti kemiskinan yang berlaku sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional.
Katanya, melalui Agenda Ekonomi Saksama, kerajaan Pakatan akan memastikan tiada satu pun keluarga di Pulau Pinang yang mempunyai pendapatan kurang daripada garis kemiskinan kebangsaan bagi Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun 2013.
“Usaha ini adalah ekoran daripada kejayaan kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2009 setelah setahun mengambil alih pucuk kepimpinan negeri.
“Jelas, dasar kerajaan Pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan bukan untuk menggadai kepentingan rakyat demi keuntungan diri sendiri,” ujar beliau.– Roketkini

10 ulasan:
tak perlu cakap banyak, pergi sendiri sebelah pulau, sebelah Bayan Lepas hanya tinggal bebarapa kampung je lagi, tetapi tengok pembangunan rumah teres dan kondo yang berharga ratusan ribu yang melayu tidak mampu. Mereka akan pergi ke tanah besar untuk beli rumah seperti belah Kulim
Aku orang Penang orang Bayan Lepas, aku tahu lah DAP memang mementingkan Cina, orang PAS yang tidak tahu menahu tak payah la dok backing Cina Kafir ni
Patutlah Musa kuat sangat membebel pertahan UMNO, rupa-rupanya dah jadi jutawan hasil jadi broker tanah.
Inilah wajah pemimpin UMNO/Melayu Pulau Pinang.
Betullah tu..pergi tenmgok sendiri kat pulau pinang tu.....sejak bila rumah tu dibangunkan .... tengok tahun nya ..sapa yang bangunkan dan sapa yangg beli dan sap yang jualkan tu....DAP ker UMNO?
Untuk Anon, 4:53 pm,
Adalah malang bagi kaum Melayu mempunyai makhluk seperti kamu. Dah lah bodoh tak boleh diajar, bangang pulak tu.
Tanah Melayu hilang dengan begitu banyak semasa pemerintahan PR dalam tempoh yang begitu singkat iaitu 4 tahun? AKU "suka" sangat dengan semangat kepahlawanan Melayu seperti "kau" ni, sebiji macam Hang Tuah yang bodoh dan bangang yang mana tak dapat menentukan keBENARan dan taat macam lembu.
Pernahkah DAP / PAS merampas tanah-tanah Melayu? Siapa yang menipu Melayu selama ni? Kasihan melihat Melayu macam "kau" ni. Memang betul-betul macam COW. Inilah Melayu yang paling tidak adil di dunia. Kalaulah Melayu menyeleweng, dia akan kata "tak pa, orang kita." Cubalah kalau orang tu tipu tanah dia walaupun yang tipu tu Melayu, tentu dia akan bunuh Melayu yang tipu dia tu. HARAMJADAH punya Melayu seekor ni.
Tanah orang Melayu hanya tinggal 2% shj di sebelah pulau sebelum Tahun 2008 lagi. BN = Buat Najis betullah.Dah tu buat2 buta sejarah.
Ya.. aku sokong fakta di atas. melayu meme mudah lupa..
Tuan Hj Mat Sabu yg pecacai umno panggil mat sabun telah berceramah dikampung sena arau perlis pada tahun 1995 dulu dalam ceramanya ia menyentuh tentang tanah orang melayu pulau pinang yg diambil oleh kerajaan BN untuk dijadikan pembangunan yg ahirnya orang melayu akan terpinggir diahir ceramah ditinggalkan satu pantun"kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan,anak melayu tinggal dalam hutan anak cina tinggal dalam pekan.
Melayu UMNO yang pura-pura bodoh, Mahathir UMNO yang ubah akta tanah negara bukan DAP atau PKR
UMNO Pulau Pinang ni memang teruk sebab ramai pemimpin-pemimpinnya sekapal dengan Mahathir Kutty.UMNO tu sudahlah penipu bila dipimpin oleh mamak-mamak bergandalah tipunya.
Anon 4.53 tu confirm mamak umngok
Catat Ulasan