Kerajaan Selangor bertegas akan merobohkan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di negeri itu dalam minggu ini.
Gambar: Ronnie (kiri) bersama Exco Yaakob Sapari di lokasi AES di km 6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, Kementerian Pengangkutan hanya ada dua hingga tiga hari lagi untuk menanggalkan kamera tersebut.
Menurut beliau, jika arahan itu gagal dipatuhi, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkannya.
“Kita beri masa dua hingga tiga hari lagi kepada kementerian untuk tanggalkan. Jika tidak, kita sendiri akan robohkannya. MPS akan turun untuk berbuat demikian.
“Kita akan maklumkan kepada media sebelum ia dirobohkan. Ini bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi.
Kerajaan Negeri sebelum ini menetapkan dua minggu kepada Kementerian Pengangkutan, bermula 12 November lalu untuk menanggalkan AES di Selangor.
Ronnie berkata, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

10 ulasan:
salam aku mgalu alukan tindakan kjaan pr sbb mmg xlogik kat dlm higway ltk 90kmsjmm tol kn bayar apa bdh btl kmterian pgangkutan.. aku kn smn kalau higway 123 kmh leh trima ini bwh 110 pun kn tahap mana mnteri bodoh
Baru perintah negeri pandai jaga rakyat, bagaimana kalau diberi perintah negara?
BN SENGAJA TURUNKAN HADLAJU SUPAYA RAMAI RAKYAT KENA SAMAN?
Roboh jangan tak roboh. Benda yang menyusahkan rakyat mesti diselesaikan pada kadar segera.
Kami pelajar IPT tolak AES, Hutang PTPTN masih tak terbayar, pengangguran meningkat, ekonomi merudum
Roboh jangan tak roboh.Harap Kelantan,Kedah dan Pulau Pinang akan ikut sama.Tak ada faedah nak bagi duit kad kroni UMNO/BN.
Najib kata UMNO/BN nak berubah,tunggulah kucing bertanduk baru depa berubah.
Lalu kat sini terkial-kial nak control kereta supaya tak break speed limit(laluan 3 lorong).
AES - mesin duit ATM kroni umeno
sdr GB,
Bukankah lebih elok baik dan manis andai kjaan PR fikir kaedah lain selain kaedah meroboh benda mahal nak mampus ni.. sbb lepas roboh satu keje nak simpan nak selenggara etc
tujuan nya kita nak elak kena saman jer kan...kalau dinyah aktifkan fungsinya tanpa merobohkan benda alah ni ok gak kan...biar la ia tegak kat situ sbg gajah putih...tanpa fungsi... next time bila PR berkuasa n memerintah negara boleh fikirkan balik fungsinya n kaedah penggunaannya... maybe u dont need this thing now but u wouldnt know maybe u need this in future
2 kali duit rakyat kena tipu 1) projek aes bagi kat kroni umngok 2)had laju diturunkan, belambak kena saman..duit lagi..
Catat Ulasan