10 Dis 2012

Dalang Peralat Ibu Tunggal Di Selangor Akan Disaman Balas Oleh Kerajaan Negeri

Kerajaan Negeri Selangor akan membuat saman balas kepada dalang yang terlibat berhubung tuntutan elaun ibu tunggal yang didakwa tidak dikotakan oleh Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata saman balas itu dibuat kerana ia melibatkan integriti Kerajaan Negeri yang dicalar oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, Kerajaan Negeri setakat ini sudah melunaskan banyak program berkebajikan dan tidak mengabaikan mana-mana pihak walaupun terdapat perbezaan politik.

“Kita sudah menerima surat saman daripada Tetuan Kamarudin & Partners dan kini pihak kami sedang meneliti saman itu serta peguam negeri sedang menyediakan beberapa dokumen untuk kita membuat saman balas,” katanya kepada pemberita selepas Program Terima Kasih Menteri Besar Selangor kerana memberi air percuma di Pangsapuri Bukit Kuda, di sini.

Beliau berkata, sebanyak lebih 2,000 penama ibu tunggal yang didakwa tidak menerima bantuan ibu tunggal itu turut akan disemak bagi mendapatkan kesahihan dakwaan mereka.

Sebelum ini, seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan saman berjumlah RM10.9 juta terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwa gagal memberi elaun ibu tunggal seperti yang terkandung dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-12.

Tuntutan itu difailkan melalui Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam pernyataan tuntutan tersebut, kerajaan negeri dan Abdul Khalid yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua, didapati gagal membayar elaun ibu tunggal RM100 seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) selama 54 bulan bermula 1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012 kepada kesemua plaintif dengan jumlah keseluruhan RM10,908,000.

Rodziah menjelaskan, ‘elaun’ yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya lalu tidak menyatakan pemberian berbentuk wang ringgit kepada ibu tunggal sebaliknya mengutamakan mereka yang layak.

Tetapi, ia adalah bentuk bantuan yang disampaikan menerusi beberapa program antaranya program ekonomi yang melibatkan ibu iaitu Program Pemberdayaan Wanita menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB), Skim Mikrokredit Bandar dan Luar Bandar (MiMBAR dan SkimSel), Progran Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA).

Beliau turut menasihatkan kepada ibu tunggal yang terlibat supaya tidak menjadi ‘kuda tunggangan’ mana-mana pihak lain yang untuk kepentingan parti politik.

“Saya berani mengatakan bahawa mereka ini hanya ‘berlakon’ kononnya dianayai oleh Kerajaan Negeri disebabkan desakan atau ditipu parti politik lain,” katanya.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Para Ibu Tunggal di Selangor. PR bukan UMNO yang suka beri 1 0ff dan kalau Mak Cik terima RM 100 pun ia tak dapat ubah kehidupanmu sebagai Ibu tunggal. Tapi kalau ia disampaikan dalam bentuk program ekonomi anda akan dapat manfaat dari dulu kini dan selamanya if para Ibu Tunggal ini rajin berusaha. Kalau malas dan you pergilah ikut puak UMNO tu yang selalu beri gula - gula yang semestinya mengalakkan rakyat menjadi malas. Fikirkan sama ada i cakap ini betulkah tidak.

Tanpa Nama berkata...

setuju sgt2 saman aje kita tgok melampau depa nee dah la hari2 dlm tv berita asyik selangor, kedah dan pulau pinang... ttg kelantan kurang sikit sbb dah habis modal dgn kecerdikan rakyat kelantan berpolitik... pengurusan kewangan terbaik negeri PR tak mau buat berita kaaaa...

Tanpa Nama berkata...

Janji dalam Manefesto PRU ialah memberi alat pememancing bukannya bagi umpan untuk memancing, jika kerajaan beri elaun Rm 100,oo ada pehak pertikai pula dari mana duit itu datang seperti orang bodoh di Pulau Pinang kena tipu dari puak-puak yang dah hilang keprcayaan rakyat, aku harap di Selangor tak adalah orang bodoh macam di Pulau Pinag tu.

Tanpa Nama berkata...

Peguam cari makan.

Bombo berkata...

ibu tunggal atau ibu kena tinggal oeh bapa yg biul dan rimas,ada dua ibu tong tunggal atau ibu balu yg kematian suami....seiras namun berbeza ibu subsidi morden,ala rainbow

Tanpa Nama berkata...

Dah lama ikut pemikiran UMNO, dah tak tau berfikir dah. Sebab tu nak ubah minda depa jadi cerdik kena tunggu lebih kurang 50 tahun lagi selepas PR memerintah.

The Didi Butter berkata...

To anon #3

Bagi alat memancing sama la dengan bagi umpan.
Kalau kata bagi ikan sebakul ok la perumpamaan tu.

Tanpa Nama berkata...

Assalammu'alaikum,
Kepada sesiapa yang kenal ibu tunggal yang berdemo dan menyaman kerjayaan Selangor - tolong sampaikan kepada mereka JANGAN biar diri di peralat..... sekarang hadapi AKIBAT....
Puak ni berjuang untuk diri mereka sahaja - seperti yang berlaku di Gombak budak kerambit tu dah di kenalpasti - rumah dia kerja dia dan nama dia tunggu sajalah.

Tanpa Nama berkata...

Saman balik adalah cadangan yang baik. Ajar sikit peguam murahan seperti Kamarudin ini.