Keadilan membongkar satu lagi bentuk kejanggalan manipulasi daftar pemilih dengan tidak melalui Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) yang dipamerkan di setiap suku tahun.
Menurut Naib Presidennya, Fuziah Salleh, kejanggalan itu boleh disifatkan sebagai kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Malah, beliau tidak menolak kemungkinan ia dimanipulasi dengan sengaja oleh SPR.
“RDPT merupakan ‘audit trail’ di dalam daftar pemilih. Dan SPR wajib boleh ‘tally’ jumlah pemilih di dalam daftar pemilih setiap suku yang disahkan melalui cara ini.
“Sebaliknya didapati SPR gagal berbuat demikian.SPR sewenang-wenangnya masukkan nama dan keluarkan nama, pindahkan nama pemilih tanpa dipamer terlebih dahulu,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi yang turut disertai Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.
Sebagai contoh, jelas Fuziah, hasil audit daftar pemilih di antara daftar pemilik induk Suku ke-4 2011 dan daftar pemilih induk Suku Pertama 2012 seperti yang dibekalkan SPR kepada PAC bagi Parlimen Kuantan (P083) mendapati, sebanyak 155 nama pemilih dimasukkan ke dalam daftar pemilih tanpa melalui RDPT.
“Kita mendapati nama yang sudah dipamerkan sebagai pemotongan sebelum ini dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih P083 sedangkan tiada bantahan dibuat ke atas nama tersebut.
“Terdapat 40,000 nama di seluruh negara.Sejumlah 15 undi pos (polis dan tentera) dimasukkan tanpa dipamerkan.
“Terdapat juga nama dipindahkan masuk tanpa dipamerkan terlebih dahulu. Mereka ini merupakan pemilih di kawasan lain sebelum ini,” katanya dipetik Media Selangorku.
Kata Fuziah, sebanyak 433 nama pemilih hilang dari daftar pemilih begitu sahaja tanpa dipamerkan.
“Semakan kami menunjukkan jumlah yang besar terus hilang (tiada dalam rekod). Kalau meninggal sekalipun tidak mungkin sampai 400 lebih nama.
“Selain itu sejumlah besar dipindahkan ke kawasan Parlimen lain tanpa dipamerkan (hampir 100 nama) dan jumlah pemilih yang dipamerkan keluar terdiri dari pemilih awam dan pos,” sambungnya.
Justeru, beliau mahu SPR jelaskan mengenai perkara berkenaan.
Tegasnya, keadaan ini membuktikan SPR tidak membersihkan daftar pemilih dan kemungkinan besar ia dilakukan dengan sengaja untuk membantu Umno BN. -KD

5 ulasan:
SPR - Suruhanjaya Penipuan Rakyat.
satu dunia sudah tahu SPR memang penipu besar. berapa banyak kali dedah sana dedah sini ada guna. Soalnya sekarang apa PR buat ?
bersih 1 - mengadu pada agong sudah, tiada tindakan
bersih 2 - demo ramai ramai sudah, spr tetap tidak berubah.
jadi saya cadangkan sebab tak dengar lagi cadangan yg berkesan selain bersih 3.
Saya cadangkan PR buat bacaan yasin dan solat hajat selama sebulan berturut-turut supaya semua pihak yg terlibat dalam penipuan pilihanraya bertaubat & meletak jawatan jika tidak Allah turunkan bala atas pengkhianat negara ini semua.
Muaahaaaaaa...muahaaaaaa..bagus SPR..BN gerenti menang..muahaaaa..
Ya sokong..kembali kn pd Allah segala mslh yg rumit dn yg kite x bole selesaikn..inshaallah ada kebaikan nye
Jalan terbaik ialah Sholat Hajat memohon ALLAH SWT turunkan balaNya keatas penganiaya penganiaya rakyat termasok SPR. Langkah kedua yang measti dilakukan ialah melaksanakan undi berasingan, iaitu GE13 untuk memilih ahli Parlimen dan ADUN dipilih berasingan oleh negeri jajahan Pakatan Rakyat.
Si bahalol itu boleh menipu sekali, tetapi nak kali kedua agak sukar juga yea.
Catat Ulasan