20 Nov 2012

PKNS Nafi Tuduhan Liar & Fitnah Noh Omar

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan dakwaan yang dibuat Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengenai anak syarikat PKNS iaitu Worldwide Holdings Bhd (WHB) yang dikatakan merancang menjual sebahagian pegangan sahamnya bernilai RM 150 juta kepada syarikat bukan Bumiputra.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata, WHB tidak akan menjual pegangan sahamnya itu kepada mana - mana pihak dan akan kekal menjadi milik perbadanan itu.

“PKNS menubuhkan anak syarikat untuk memiliki aset komersial PKNS dan proses pertukaran nama pengarah serta pemegang saham 'shell company' ini diuruskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Setiausaha Syarikat."

“Ini adalah isu pentadbiran yang biasa dilakukan dan melibatkan SSM serta Setiausaha Syarikat,” katanya yang menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai tidak berasas dan mengelirukan.

WHB merupakan anak syarikat PKNS yang menjalankan empat aktiviti perniagaan utama iaitu pelaburan dan pembangunan hartanah, perkhidmatan pengurusan alam sekitar, penjana kuasa bebas, pelaburan dan pembuatan peralatan perubatan.

Sementara itu, Ishak juga menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu sebagai tindakan yang tidak beretika dan boleh mengelirukan pelanggan – pelanggan dan rakan niaga PKNS dan WHB serta orang awam.

“PKNS dan WHB tidak berminat untuk terlibat dalam polemik politik dan menggesa agar pihak yang terlibat untuk memeriksa dan memastikan kesahihan fakta terlebih dahulu sebelum melontarkan sebarang dakwaan di media,” katanya lagi. -pkns

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PKNS adalah salah satu GLC Selangor yang maju dan bertanggungjawab.

Berbeza dengan udang udang dalam kolam yang akan terbantut kematangannya jika datang musim tengkujuh. Musim tengkujuh dapat membuktikan samada udang udang itu ber-otakkan udang ataupun towkaynya yang sudah menjadikan otak mereka otak udang....?

Keuntungan otak udang mungkin tak seberapa, tetapi jika ia dipasarkan di Somalia ataupun Rwanda, otak udang boleh membawa keuntungan setanding PKNS.

Eh! mana itu udang udang???? sudah lari dalam banjir lor....

Tanpa Nama berkata...

Depa fitnah sana sini pada mata rakyat yg dibodohkan nampak baik aja kan? Bila yg teraniaya berdoa, nampak tak baik pulak pada mata mereka.

Entah la. Semuga ramai lah hendaknya rakyat yg bertambah cerdik2 & tolak UMNO. Amin.