21 Okt 2012

Terima Kasih MCA kerana Hina & Tentang Hudud!



Tatkala MCA berjuang habis-habisan menghina dan menentang hudud, di sana terdapat beberapa orang non-muslim yang erpandangan positif terhadap undang-undang Islam tersebut.

Membuktikan bahawa langkah MCA - sekutu Barisan Nasional yang diterajui UMNO itu bukan hanya menyentuhi sensitiviti umat Islam malah turut tidak disenangi oleh non Muslim juga.

Kini, MCA dilihat sebagai sebuah parti cauvinis yang ANTI-ISLAM.

Ia juga petanda tamatnya era pemerintah BN menjelang PRU13 nanti.

Justeru itu, terima kasih MCA kerana sumbangan bermakna anda untuk tumbangkan BN!

PANAS! Chua Soi Lek Melampau Hina Hudud! Ini Balasannya!




Kenyataan biadap berunsur menghina agama yang diucapkan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mendakwa 1.

2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan nampaknya memakan diri! Lihat saja apa yang terjadi semasa perhimpunan Agung parti itu yang bermula sejak semalam hingga lewat petang ini.

Foto yang dirakam di atas diambil kira-kira jam 11 pagi semalam semasa perwakilan pemuda sedang membahaskan usul menyokong kepimpinan perdana menteri Najib Altantuya dan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang.

Hampir satu pertiga kerusi yang diperuntukkan di dalam Dewan San Choon, tempat persidangan tersebut kosong tanpa dipenuhi seperti tahun-tahun lepas.

Ada di antara perwakilan pemuda yang ditemui enggan memberikan sebarang komen mengapa dewan yang boleh menempatkan lebih 1,500 perwakilan pada satu-satu masa terdiri daripada sayap pemuda, wanita dan senior parti itu kosong semasa persidangan berlangsung.

Ketua Pemudanya, Wee Ka Siong dalam ucapannya tanpa berlapik terus menghentam Pakatan Rakyat kununnya hutang negara dalam keadan terkawal walaupun sudah mencecah RM502 bilion sehingga hujung tahun ini.

Kelmarin, kenyataan Chua tersebut menerima kritikan keras daripada PAS dan NGO pendesak Melayu PERKASA.

Ketua pemuda PAS, Nasrudin Hasan mendakwa pemimpin MCA itu meracau-meracau dan cuba menjadi hero kartun apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Nasrudin juga berkata Chua tidak profesional kerana mengeluar kenyataan “dangkal”, “melucukan” dan “tidak berasas” itu, dengan hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali.

Manakala PERKASA membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.

Chua menimbulkan dakwaan itu dalam satu blog video dan di Facebook dengan memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali.

Beliau menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas sekiranya hudud dilaksanakan, termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Jika beginilah suasana dan semangat yang ditunjukkan sayap pemuda sebagai tunjang serta pelapis MCA pada masa depan, diyakini parti tersebut akan terus tenggelam seperti mana prestasi yang ditunjukkan pada pilihanraya umum lalu.

MCA dan Chua Soi Lek jangan salahkan sesiapa, sebaliknya salahkan diri sendiri kerana kaum Cina sendiri sudah lama meninggalkan parti perkauman yang hanya mengikut telunjuk Umno hatta dalam pemilihan presidennya sekalipun!
--jalanpulang



9 ulasan:

Amuraria berkata...

raja porno & pelakon lucah tersohor mesia komen pasal hudud ! aparaa bangang punya chua toi let tak reti pasal Islam jangan merepek daa ! ABU !

Abdullah berkata...

GB setuju atau tidak peningkatan kes jenayah ialah azab dari Allah kerana kerajaan Malaysia khasnya dan rakyat malaysia amnya menghina hukum hudud ?

Nikmat keselamatan dan kesejahtraan telah ditarik balik sedikit demi sedikit. Azab jenayah, gejala sosial diturunkan semakin lama semakin banyak.

Ini bukan soal MCA. Isi soal JAKIM, raja-raja melayu, agong, mufti, ustaz, alim ulama, majlis agama islam yang ada kuasa dalam kerajaan Malaysia berdiam diri bila MCA menghina hudud untuk kesekian kalinya.

Sebagai makluman juga, Presiden MCA ialah salah seorang dari 10 menteri biadap yang mahu undang-undang berkaitan pertukaran agama dipinda.

Azab Allah turun semua orang kena.

Tanpa Nama berkata...

Mana dia ugamawan ugamawan umporno (tak layak dipanggil ulamak muda)yang berlegar legar kalau cakap pasal Islam. Kenapa menikus? Dengan soi lek takut dengan ALLAH tak risau pun. Ulamak Longkang!!!

Tanpa Nama berkata...

Apa nK heran,tok guru dia ada.maha guru lagi. Pemuda umno,perkasam,pekida hanya tersenyum kambing

joe kumoe berkata...

Mana Hassan Katak Pisang, Zul Katak Puru, Ibrahim Katak Minyak dgn Perkasanya dan mana Nasha (belum katak) bangun la..buat statement..jgn pilih bulu..kata memprjuangkn Islam, atau Islam kerana nak cari makan sahaja !

Tanpa Nama berkata...

MCA akan satu spesis yang bakal pupus di M'sia tidak lama lagi. Jom kita pupuskan MCA dengan TUKAR kerajaan pada PRU akan datang. Kalau sudah TUKAR, MCA hanya tinggal spesis sudah pupus di M'sia pada PRU ke -13.

Tanpa Nama berkata...

Mana mufti2 UMNO dan menteri agama UMNO sejuk terus tak berani nak lawan Mr.so lek porno.. Agaknya telur mereka dah dimakan Oleh mr. So lek porno..

Tanpa Nama berkata...

Harap pihak berwajib ambil tindakan segera ke atas Chua Soi Lek.

Tanpa Nama berkata...

Harap-harap hudud mampu dilaksanakan di Malaysia, hukum ini datangnya drpd Allah, maka jaminannya juga datang drpd Allah, insyaAllah rakyat Malaysia mampu bebas drpd dibelenggu maksiat terutamanya golongan muda yg bakal menjadi pemimpin negara nnti.Biar korbankan segelintir manuasia, mmpu menyelamatkan jutaan yg lain.Jgn ditakuti pandangan kaum lain ttg hukum ini kerana mereka juga bakal menyokong hukum ini jika melihat keberkesanannya nnti.Lihat saja di Arab Saudi, jual beli mmpu ditinggalkan begitu sahaja tanpa masalah utk mengerjakan seruan Illahi. Bukankah itu keamanan yg sebenar yg dicari-cari?Mohon difikirkan sblm membuat kenyataan membuta-tuli...sekian