9 Okt 2012

Para Remaja Ini Patut Dipuji & Dicontohi ...



Generasi anak muda dan remaja yang sentiasa menjaga solatnya adalah golongan yang sedikit.

Kelompok anak muda dan remaja yang menjaga solat berjamaah pula adalah satu spesis di zaman moden yang sedikit dan begitu istimewa sekali.

Saya berbangga dengan kesungguhan anak remaja ini yang bersolat secara berjamaah sekali pun suasana sekitarnya tidak selesa dan di luar kebiasaan.

Saya doakan agar kalian istiqamah dan terus membesar dengan didikan Islam sehingga menjadi pendokong Islam di masa depan. -fb

26 ulasan:

budiman berkata...

ALHAMDULILLAH SYUKOR

Amy berkata...

Remaja ni bila dah besar still istiqamah macam ni nak saya ambil jadi menantu...

Amuraria berkata...

Allahu Akhbar ! Alhamdulillah ;)

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya kefahaman tentang megerjakan solat terlalu kurang bukan kepada remaja sahaja malah untuk golongan dewasa. Mereka bukan tidak tahu bersolat cuma jika berada di dalam keadaan di atas tidak tahu apa yg perlu dilakukan. Asas solat ada tapi tak tahu bagaimana nak solat berada dalam keadaan sperti di atas. Jgnlah kita hukum mereka ini secara terus. bagi yg tahu ajarlah mereka. mendidik itu lebih baik dari menghukum mereka yg tak solat..

Tanpa Nama berkata...

..dia orang ini sembahyang apa..tengah perang ke..gambar atau betui-betui ..ini pun nak di bangga kan..Islam ITU pengotor ke..???

Tanpa Nama berkata...

rasugam,
apa yg pengotornya?

dalam apa juga keadaan, solat hendaklah didirikan walaupun dihutan, walaupun tiada air, walaupun dikatil hospital.

Tidak semestinya solat hanya dengan berkain/berpakaian cantik molek & berminyak wangi.

kemungkinan remaja2 tersebut sedang di dalam latihan di hutan... dan di situlah ujian berlaku samada solat itu didirikan atau pun tidak.

saya pernah melalui keadaan spt itu sewaktu menjalani satu latihan kadet di hutan, jauh dari sumber air, dan terpaksa bertayammun dan dengan pakaian selemeh-mekeh menghadap Ihali... namun kami pada masa itu yakin Allah Maha Tahu dan menerima amal ibadah kami...

Tanpa Nama berkata...

Rasugam Nama McM org penagih gam je..

Tanpa Nama berkata...

jangan suka keluar perkataan yang memperlekeh Islam.kotor banyak lagi yang kotor.yang masalah sekarang bukan budak-budak tapi bapa budak.

din berendoi berkata...

Wahai Anon 1247 : Memang elok jika tak disalahkan mereka yang tak reti tu, elok diajar. Masalahnya mereka tu dah la bodoh bin jahil, tak mahu mencari, tak mahu diajar. Yang mereka tahu nak seronok semedang !

Tanpa Nama berkata...

KOTORAN TANAH ATAU HABUK TIDAK NAJIS

kotor tidak semestinya najis tetapi najis pastinya kotor

Tanpa Nama berkata...

KOTORAN TANAH ATAU HABUK TIDAK NAJIS

kotor tidak semestinya najis tetapi najis pastinya kotor

ABU Thausi berkata...

Apa yang pengotornya...?? mungkin nampak "kotor" luaran dari pandangan manusia, tapi bersih rohnya dari pandang ana ALLAH, insyaAllah.

tanah/selut bukan bend "kotor" najis...malah ia boleh di guna buat menyamak najis berat, dan kalau kering debunya boleh buat tayammum.. asal kita pun dari tanah juga.

Orang dulu sembahyang ada yang atas unta.. Rasulullah SAW pun pernah tawaf dengan menaiki Unta...tak ada pula riwayat yang cerita unta itu kena dibersihkan dari kencing berak dulu macam manusia dulu untuk sah solat dan tawaf..

nampak macam ramai orang melayu sahaja yang suka buat alasan, tak solat...boleh tak sembahyang sebab tak ada kain pelikat dsb.. padahal syarat sah solat tak sebut pun macamtu..


Tanpa Nama berkata...

Org tak faham agama memang akan cakap kotor dan macm2 lg...hakikatnya sembahyang boleh dlm apa jua keadaan, asalkan x der najis dan tutup aurat...kena tahu rukun dan syarat...tidak semestinya berjubah, berserban, sejadah permaidani halus dll...Jika keadaan mengizinkan adalah lebih afdal melakukan perkara sunat...Bab2 hukum ni kena belajarr lerr....

didi berkata...

hahaha rasugam salah jolok.

kalau jahil duduk diam2 hehehe

Tanpa Nama berkata...

Ibu bapa remaja ini, tentu rasa sejuk hati, sejuk perut kerana anak mereka menunaikan kewajipan beralaskan pasir begitu.

Tanpa Nama berkata...

tepat sekali saudara ABU..

Tanpa Nama berkata...

masa pemilihan UMNO di PWTC zaman mahathir nak sembahyang jumaat pun kena undi

Tanpa Nama berkata...

kesan Pemerintahan UMNO, najis dengan kotor pun tak kenal

Tanpa Nama berkata...

Solat dlm seluar penuh dgn lumpur lebih baik drpd seluar yg bersih tapi tak solat...
kalau macam tu askar kita x payah solat la kalau masuk lumpur?

Sinner berkata...

Asalkan suci dan bersih dari najis.. boleh bawa solat. Takde masalah. Cumanya sekiranya MAMPU utk bagi lebih bersih, buat la..

Tp jangan la fikir ada tanah melekat tu terus kotor dan tak boleh bawak semayang.

Skrg ni sampai pompuan nak solat kat shopping complex atau R n R pun nak kena tunggu telekung. Lebih parah ada yg tak solat dgn alasan takde telekung.

Sekiranya pakaian tu dah tutup aurat, bebas dari najis.. takde masalah.

Tanpa Nama berkata...

Adakah anda ingin anak anda jadi seperti gambar diatas? Kalau anda inginkan maka PRU akan datang undi PR / PAS pada PRU akan datang agar semua pengaruh negatif di luar rumah, seperti pergaulan bebas, gejala maksiat yang berleluasa, Arak, Judi dan seumpamanya dapat dikurangkan. Insyaaallah dengan faktor negatif ini dikurangkan tak mustahil anak anda akan jadi seperti mana gambar diatas. Undilah PR / PAS demi masa depan anak anda.

Tanpa Nama berkata...

Bodo nok mapuh rasukgam...ilmu feqoh x ngaji nk komen jugok..

Abu Amir berkata...

Jgn jadi melayu nak solat mesti di masjid & surau, tak jumpa masjid tak payah solat. Buat kerja kotor sikit tak solat, mandi baru boleh solat. Bab feqah pun tak lepas....... sebab itu ramai yg tak solat banyak alasan.

Semoga kita dan keturunan kita dimatikan dlm Islam, amin.

sEtuLusQasiHku^_^ berkata...

banyak dari kita tidak tahu semua perkara tentang solat...
perkara membatalkan solat..
syarat sah,syarat wajib...
semua ni dah blaja masa kecik dlu...
tp diremeh temehkan org lain...
sebab tu sampai fikir
kalau takde telekung tak leh solat...
kalau baju berlecah...takde sejadah tak boleh solat...
sedang tak batal solat pon sume tu...
yg penting bersih dr hadas kecil(najis)
menutup aurat...sudah cukup..

Unknown berkata...

Tanah.... Kita ni pun dari tanah...

Tanpa Nama berkata...

Anak anak Melayu kebanyakan nya dapat pendidikan Agama Islam pada usia muda, tapi sedihnya sebahagian besar gagal maintain kefahaman dan ketaqwaan sampai usia bekerja. Ini realiti yang sedih berlaku secara besar besaran.

Apa apa pun, Anak Melayu memang suka permainan outdoor seperti kelas agama. Ianya amat baik...