9 Okt 2012

Mahathir Dah Lupa Beliau Dah Lama Bersihkan Nama Soros



George Soros bukan sekutu kami, kata Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyelar dakwaan mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyifatkan undi kepada pembangkang seperti memberi undi kepada penyangak mata wang antarabangsa berketurunan Yahudi, George Soros.

Perkara itu sama sekali ditepis pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang menyifatkan Mahathir takut kepada Pakatan Rakyat.

“Dia paranoid,” katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata Pakatan sama sekali tidak mempunyai kaitan, malah tidak mengenali individu bernama Soros.

“Dia (Dr Mahathir) tidak lagi relevan dalam konflik ini kerana ia hanya kata-kata seseorang yang telah nyanyuk,” katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, kenyataan Dr Mahathir itu hanya mencemarkan nama baiknya sendiri sebagai negarawan dimata rakyat.

Takut bayang-bayang “Pakatan berpendirian tegas mengutuk tindakan kejam Yahudi ke atas rakyat Palestin. Jadi bagaimana beliau boleh kata sebaliknya pula,” soalnya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula menyifatkan Dr Mahathir seperti takut kepada bayang-bayang sendiri apabila menjalin persahabatan dengan Soros semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.

“Negara kita tak menerima sebarang bentuk penjajahan asing dan kita sama sekali tak akan mengizinkan isu Soros berbangkit,” katanya.

Manakala Ahli Parlimen DAP-Klang Charles Santiago berkata Dr Mahathir tidak telus mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman Yahudi apabila membenarkan Malaysia menandatangani Perjanjian Dagangan Antarabangsa (FTA).

Menurut Charles, dibawah perjanjian itu Malaysia boleh diheret ke mahkamah antarabangsa oleh firma gergasi antarabangsa yang dikuasai Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) jika wujud sebarang pelanggaran persefahaman yang dimeterai.

“Kalau Tun nak timbulkan pasal isu kedaulatan beliau sepatutnya menghalang negara daripada menandatangani FTA,” katanya.

Isu undi: Mahathir cemas, takut nasib serupa Gaddafi, Mubarak

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad panik nasibnya akan serupa seperti Muammar Gaddafi dan Hosni Mubarak jika kerajaan Umno BN digulingkan pada pilihan raya umum (PRU) nanti.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, PRU kali ini paling ditakuti Mahathir kerana bimbang kekayaan yang dikaut bersama anak-anaknya dalam Umno BN terhapus jika rakyat memilih Pakatan.

“Pilihan raya nanti bukan saja menentukan hidup mati kerajaan Umno BN tetapi menentukan apakah nasib Dr Mahathir.

“Sebab itu beliau terdesak mempertahankan diri dan anak-anaknya bagi memastikan empayar politik dan ekonomi keluarga bersama kekayaan mereka terjamin,” katanya kepada Keadilan Daily.

Tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, tuduhan Mahathir bahawa mengundi Pakatan Rakyat umpama menyokong George Soros sebagai reaksi panik kerana takut penyelewengan dan pemusatan harta kekayaan dipersoal rakyat.

“Tuduhan (undi Pakatan bermakna undi Soros) adalah percubaan untuk melepaskan diri dan bersiap sedia untuk ‘menyerang’ seperti dulu,” katanya.

“Sekarang apa yang lebih utama, kita ingin mendesak satu (tribunal) siasatan ditubuhkan untuk menyiasat semua anugerah projek kepada anak-anaknya. Tidakkah dia sedar, tindakan itu boleh menyebabkan Malaysia bankrap?” soal Izzah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, Mahathir hipokrit kerana berdiam apabila menerima dana dari Open Society Institute (OSI) yang dimiliki Soros.

“Dr Mahathir hipokrit. Kalau Soros bantu, dia akan diam. Bila Soros tak respon (permohonan biaya dana), dia melenting. Dalam sekelip mata dia menuduh Soros menjadi dalang (kerosakan ekonomi),” kata Yusmadi ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Jelas Yusmadi, Soros lebih objektif dalam gerakan keamanan antarabangsa, berbanding Mahathir yang pura-pura menjadi jaguh menentang jenayah perang, hakikatnya takut dihumban ke penjara atas jenayah yang dilakukan terhadap rakyat.

“Dr Mahathir pentingkan diri sendiri. Dia hanya bercakap atas kepentingan dan agendanya sahaja. Dia tidak memikirkan hal negara dan rakyat.

“Ini hanya percubaan serangan seperti mana dahulu. Dia tidak sedar bahawa NGO (diterajui) anaknya sendiri (Marina Mahathir) menerima dana OSI,” kata Yusmadi merujuk pertemuan dua kapitalis itu di Kuala Lumpur pada 2006.

Biro Antarabangsa KEADILAN itu berkata, jika Mahathir berprinsip, pasti dia akan menyelar tindakan anaknya kerana pernah menerajui Majlis AIDS Malaysia yang mendapat dana OSI.

“Saya sendiri hadir ke program penerangan tentang polisi menangani isu dadah Malaysia di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2011. Mengapa (Mahathir) tak persoal?” kata Yusmadi.




Dr M clears Soros of ’97

LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad has accepted that George Soros is not to be blamed for the 1997 Asian financial crisis.

Dr Mahathir, who once called Soros a moron, said: “Soros said he was not personally involved in the devaluing of the Malaysian currency and that the devaluing was done by other traders. I accepted that.

” He was speaking to reporters after a one-hour meeting with Soros at a five-star hotel here.

Dr Mahathir was asked whether he had forgiven Soros and changed his perception of the man.

“It has certainly changed. That is why I talked to him. It is not a question of forgiveness.He didn’t do it. I accepted that he didn’t do it. That’s all.

” MEETING OF MINDS: Dr Mahathir and Soros at the press conference after their private meeting at a leading hotel in Kuala Lumpur on Friday.

Asked whether his earlier opinion of Soros was formed because he didn't have the right information, Dr Mahathir said: “I read about it in the press. I had no personal meeting with him.

” Dr Mahathir, who recently had a heart attack, was a picture of health when he arrived at 10.

55am for the meeting, while Soros, who was staying in a nearby hotel, arrived 10 minutes later.

Dr Mahathir and Soros seemed at ease as they sat next to each other on a sofa at the presidential suite of the hotel.

During the press conference, Dr Mahathir helped translate what was said in Malay into English so that Soros would understand.

The former premier described their discussion as very good and said they shared the view that war was not the solution to problems, and that root causes in the Israeli-Palestinian crisis should be tackled.

Asked the reason for the meeting, Soros said: “We had exchanged correspondence. Dr Mahathir is interested in promoting peace in the world. I felt that the idea of getting people to renounce war is not enough.

“We are both concerned about the future of civilisation.

” During the meeting, they also cleared the air over Dr Mahathir being labelled anti-Semitic following press reports during the 1997 financial crisis which highlighted his criticism against Soros, who is Jewish.

Dr Mahathir said he was not anti-Semitic and believed that if anybody did something wrong, everyone had the right to criticise that person regardless of race and such.

However, they did not touch on currency speculators during the meeting. Dr Mahathir and Soros do not share similar views on the matter.

Dr Mahathir said he was still concerned about currency speculators destroying the economies of poor countries.

“I am still against it. I don’t think there is a need for such actions in order to make correction,” he said.

Soros, however, said authorities should decide how the market functions, whether under capital control or under certain conditions, while speculators act according to prevailing rules.

“Knowing the market, sometimes it’s appropriate to impose some restrictions on capital movement. The way things are right now is that the markets find ways to adjust themselves,” he said.

“There is a danger of excessive capital movement because financial markets are inherently unstable. It is the role of the authorities to maintain stability.

” Currently, he said, the authorities were doing a good job.

Soros also said he believed the financial authorities made the mistake of pegging the ringgit for too long, creating a lot of financial distress but after the exchange rate was adjusted and capital control imposed, the damage that Malaysia suffered was reduced.

Asked to comment on Malaysia’s currency management now, he said: “I’m no longer active in the financial market. I can’t answer that question.” Thestar(16/12/2006






7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada 2 dilema mamak kutty;

1) NAK MATI TAKUT MASUK NERAKA
2) NAK HIDUP TAKUT MASUK JEL

hehehe

Tanpa Nama berkata...

Mahafiraun..kata2 kau tu xde kepentingsn bg kami,sume berpaksi ketakutan nko...ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

adakah ini kata-kata dari syaitan yang kita kenal?

Tanpa Nama berkata...

Apa undi PR sama dengan memberi undi kepada George Soros??? Pemimpin PR tak kenal siapa itu George Soros yang kenal dia hanya Mahathir seorang saja dari parti UMNO. So Kesimpulannya bukan undi PR sama dengan beri undi kepada George Soros sebab tiada orang pemimpin PR pun yang kenal dengan rapat George Soros sekadar tahu nama tu banyaklah. Sebalik undi BN / UMNO sama dengan memberi undi kepada George Soros sebab pemimpin diaoranglah yang kenal rapat George Soros ini dari A sampai Z. Hoi Mahathir kau mungkin dah lupa tapi kami tak akan lupa sampai bila - bila dari dulu, kini dan selamanya.

Tanpa Nama berkata...

Dah kantoi Mahathir ni. Pecah lubang.

Osama berkata...

Mahadiaq & Sorors 2x5 5x2...
Sama dah nak mampos!
Wahai ahli2 parti setan UMNO...
bebaskan lah diri anda dri mnjadi Umat Melayu Naif Otak nya agar cucu cicit kalian tak kencing kubor kalian kelak!

Tanpa Nama berkata...

Soros ni penyangak mata wang antara bangsa,Mahathir Kutty pulak,penyangak Malaysia.Sama-sama penyangak.