Jingga 13 akan mendedahkan rakaman video pertemuan dengan keluarga dan bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, kata Koordinatornya, Fariz Musa.
“Kita akan dedahkan selepas buat laporan di Kedutaan Indonesia (berhubung kes ini),” katanya pada sidang media di hadapan pintu masuk pejabat Kementerian itu petang tadi.
Katanya lagi, video itu dirakam ketika wakil Jingga 13 melawat kampung halaman Robengah di Banjanegara, Indonesia sekitar Mac lalu untuk bertemu dan mewawancara beliau.
“Ketika wawancara, Robengah turut ditanya sama ada beliau pernah diperkosa Rais…beliau jawab, ‘saya ini orang kecil, biar Tuhan sahaja membalasnya’,” katanya lagi.
Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya itu ketika bekerja di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007. Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan dakwaan itu dalam satu surat pada 2007 .
Dalam lawatan itu, rumah baru Robengah yang didakwa bernilai kira-kira RM100,000, turut dirakam wakil Jingga 13.
Terdahulu, Jingga 13 dalam kenyataannya mempersoalkan sumber kewangan Robengah untuk membina rumah berkenaan, sedangkan dia hanya dibayar gaji paling tinggi RM500 sebulan ketika menjadi pembantu rumah Rais.
Fariz bersama-sama lapan lagi ahli Jingga 13 tiba di pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada jam 3.30 petang tadi bagi menghantar memorandum berhubung dakwaan itu.
Memorandum itu, antara lain menuntut Rais menjawab sumber kewangan Robengah dan sama ada wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuannya sebelum ini.
Memorandum berjaya diserahkan kepada Ketua bahagian Pentadbiran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, M Janagarajan kira-kira jam empat petang. -KD
Ulasan GB
GB sudah katakan dahulu, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempat sekalian ia cuba ditutup dengan apa cara pun.
Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

5 ulasan:
shalizard kata : orang umno mana yg tak bermasa'alah.
bukan saya kata. shahlizard kata.
Mahadey kata UMNO tu dh membusok sampai ke ususnya!
Katanya lagi... Kalau nak siasat ketirisan negara masa zaman beliau jdi PM maka siasat juga PM selepasnya!
Begitulah bobroknya pemimpin2 Umat Melayu Naif Otak nya kroni BenEnd tu!
Rais Yatim jangan harap kau terlepas dari undang - undang Allah S.W.T akibat daripada perbuatan kau merogol pembantu rumah tersebut. Tak apa nanti Pakatan Menang kita hantar Rais jadi duta Indonesia pula supaya senang sikit x pembantu rumah ni dapat pembelaan yang seadilnya di negara dia kelak.
Apa UMNO nak bimbang, anak menteri pun boleh bebas
Mereka yang berkawan dengan Syaitan, amat mudah dirasuk syaitan..!!!
Catat Ulasan