17 Okt 2012

[MACAM-MACAM] ‘Ustaz’ Salah Kiblat, Elak Dicekup Khalwat Isteri Orang

Gombak: Temberang seorang lelaki yang pura-pura bersolat bagi mengelak daripada dicekup kerana berkhalwat dalam sebuah bilik di kedai menjual pakaian milik pasangannya di Selayang, dekat sini, kelmarin, tidak berhasil apabila dia didapati tersalah arah kiblat. Gambar hiasan

Lelaki 46 tahun itu dan pasangannya yang berusia 37 tahun, dicekup oleh suami wanita berkenaan sendiri selepas curiga dengan kehadiran lelaki terbabit dalam kedai isterinya yang ketika itu tertutup.

Menurut sumber, sebelum kejadian si suami yang berusia 37 tahun mahu menjemput isterinya keluar makan pada jam 12 tengah hari, namun berasa pelik apabila mendapati kedai isterinya tertutup seolah-olah tidak beroperasi pula.

“Mengesyaki ada sesuatu tidak kena, si suami masuk dalam kedai, tetapi masih tidak menemui isterinya.

Dia kemudian ke sebuah bilik di bahagian belakang dan menemui kasut isterinya diletakkan di tepi pintu.

“Lelaki itu memanggil isterinya dan mengajaknya keluar makan tengah hari, namun wanita itu enggan, malah memberitahu dia akan pergi sendirian kerana ada urusan perlu diselesaikan,” katanya.

Setelah diperiksa, isteri lelaki malang berkenaan meletakkan nama pasangan khalwatnya di dalam telefon sebagai ‘Ustadzah’. Si suami juga mengenali lelaki berkenaan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nampak gayanya sudah ramai orang menggunakan gelaran Ustaz untuk melakukan Jenayah. Untuk mengetahui sama ada dia ni Ustaz yang betul atau tidak gunakan tips yang datang dari Al - Quran dan hadis, macam mana nak cam golongan MUNAFIK. Dengan cara ini kita boleh cam samaada dia ni Ustaz yang benar @ palsu. Percayalah tips ini sentiasa berkesan dari dulu, kini dan selamanya, sehinggalah ke hari akhirat pun dia tetap berkesan.

PS: nak tahu apa hadith dan dalil Al - Quran? Carilah sendiri kerana kita lebih menghargai ilmu itu kalau kita cari dengan tangan sendiri.

Hj Din berkata...

Wahai suami, lepaskan lah isteri anda itu kerana dia telah menunjukkan tanda / permintaannya. Jangan hidup dibelenggu dosa atau hidup dalam lakonan semata. Moga kita semua sentiasa mendapat petunjuk Allah.

anakrajabugis berkata...

USTAZ HARAMJADAH MEMANG RAMAI SEKARANG NI, MENIPU ,AMBIL RASUAH, BELI IJAZAH MACAM2 LAGILAH KERJA2 LAKNAT NI MEREKA BUAT, BERTOPENGKAN AGAMA. OLEH ITU RAKYAT PERLU BERHATI2, SEPERTI PEPATAH ARAB MENGATAKAN " LAGI BESAR SERBAN SEORANG ITU LAGI BANYAK BELITNYA".

Tanpa Nama berkata...

macam2 gelagat orang kita bila bercintakan nafsu...sampai bini orang lain pun nak di NGamkan! Zalim betul....kan lebih mudah pergi bayar aje di spa, tidak perlu menghancurkan rumahtangga pasangan lain. Si Uztaz perlu aje berpuasa Isnin dan Khamis, sure boleh tewaskan api2 nafsu tu.