31 Okt 2012

Khalid & Azmin Dalam Sidang Media Bersama Isu Air - RM500 juta Duit Rakyat Diselamatkan


Tarif air: Selangor selamatkan RM500 juta duit rakyat Meskipun baru empat tahun Pakatan Rakyat (Pakatan) mentadbir Selangor, negeri itu berjaya menyelamatkan RM500 juta wang rakyat daripada ‘diratah’ Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Kerajaan Pusat dalam pengurusan industri air.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kejayaan itu hasil daripada tindakan kerajaan negeri menyekat perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Pusat dengan Syabas.

“Kita lakukan penyusunan semula (industri air) ini untuk (kenaikan) tarif air yang akan dikenakan oleh Syabas. Hingga empat tahun ini, menerusi penyusunan semula tersebut, sekurang-kurangnya rakyat Selangor sudah tidak perlu bayar hampir RM500 juta.

“Kalau ikut kenaikan tarif, kami telah selamatkan RM500 juta duit rakyat di tiga kawasan iaitu Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Ekoran itu, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu bertegas untuk membangunkan teknologi membran bagi meningkatkan jumlah penghasilan air di loji rawatan walaupun Kerajaan Pusat berdegil mahu meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

“Dari keluaran 4.8 juta liter sehari, kita dapati 33 peratus atau lebih 1.5 juta sehari air terawat tidak digunakan (NRW).

“Kalau kita selesaikan masalah air terawat, kita tidak memerlukan loji Langat 2. Memandangkan kos teknologi membran lagi murah iaitu RM800 juta dan kos Langat 2 adalah RM300,000 juta,” katanya.

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali yang turut sama dalam sidang media itu berkata, kerajaan Umno zalim dalam perjanjian air bersama Syabas yang hanya ‘membunuh’ rakyat.

“Saya nak rujuk data rasmi yang terkandung dalam perjanjian konsesi sedia ada di mana Syabas ada kelulusan daripada Kerajaan Pusat untuk naikkan tarif air kepada 37 peratus pada 2009 dan 25 peratus pada 2012,” kata Pengerusi KEADILAN Selangor itu.

“Kalau Kerajaan Pakatan tidak menyekat kenaikan ini, bermakna pada 2012, ada pertambahan sebanyak 25 peratus menjadikan harga air di Selangor, sebanyak RM2.8 per meter padu.

“Kemudian dalam perjanjian sama, kenaikan tambahan daripada 20 peratus pada 2015, dan 10 peratus pada 2018, dan bermakna pada 2018, rakyat Selangor perlu bayar RM3.15 per meter padu dan harga ini akan melonjak naik kepada RM3.83 pada 2030,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SYABAS anak syarikat UMNO mestilah mahu kaya dan manindas rakyat macam AES

Tanpa Nama berkata...

SETUJU DENGAN TAN SRI KHALID, TIADA MASALAH AIR DI SELANGOR DAN DAPAT 20MP PERCUMA.

Cuma yang bermasalah:-

Kutipan sampah yang tidak mengikut jadual dan teratur (diluar rumah hampir seminggu sampah tidak dikutip) aduan telah dibuat sebelum ini, pemantauan tidak efisien;

Masalah infrastruktur, jalan yang digunakan sebahagian besar pengundi, tidak diselenggarakan dengan baik;

Masalah landskap dan lampu jalan, sikap sambil lewa dalam menyelenggaranya;

Masalah hadiah untuk pelajat ke IPTA, walaupun pendapatan ibubapa jelas dalam payslip pendapatan bersihnya RM1,500 ke bawah, tetap ditolak;

Masalah pinjaman pelajaran anak-anak ke IPTA, tetap ditolak tanpa alasan yang kukuh;

Saman parking walaupun tidak menganggu kesesakan jalan tetap disaman (tiada budi bicara), yang heran kenderaan yang parking menghalang dan menimbulkan kesesakan tiada siapa yang nak sampah, dan buat tak perduli;

Bantuan untuk orang miskin, ia memang patut diberikan,

Tapi bagaimana mereka yang dalam kategori sederhana? Mereka cuma harapkan keselesaan suasana dan persikataran yang baik.

Itu semua masalah yang berlaku di Selangor lebih daripada kerajaan terdahulu.

Siapakah yang empunya percaturan atau "grand design" kepada semua ini?

Sedar atau tidak ia melibatkan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri selangor, terutamanya di PBT.

Apakah Kerajaan PR Selangor hari ini akan dikalahkan oleh pegawai dan kakitangan kerajaan negeri selangor sendiri?

Bagi pengundi keselesaan yang lebih utama.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Syabas baiki semua rumah penapis air yang rosak dan tukar semua paip air yang bocor,sebagai mana yang disyaratkan,Selangor tak perlukan Langat 2.Berjuta gelen air terbazir akibat paip pecah,tridak diindahkan oleh Syabas.Projek Langat 2 sekadar nak kayakan kroni dan nak tunjuk kuasa Kerajaan Pusat terhadap Selangor.Membaiki rumah-rumah penapis air yang rosak dan membaiki dan menukar paip lama,lebih murah dibandingkan kos Langat 2.

Tanpa Nama berkata...

PBT atau Pihak Berkuasa Tempatan sebenarnya terletak dibawah Kementerian Perumahan iaitu Kerajaan Pusat.

Yang Di Pertua Majlis PBT dan AJK adalah diberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk Melantik dan menjalankan Dasar Kementerian Perumahan dan juga Kerajaan Negeri

Salahkan Kerajaan Negeri 100% TIDAK BETUL

Tanpa Nama berkata...

salam MB.. teruskan berjuang demi kami rkyt selangor..saya xkisah asalkan harga brg2 dan kalau bolih petrol d turunkan khusus utk rkyt selangor bior c najibur tu lebammm.. saya sokong dan berharap pd allahswt selangor akan terus d perintah olih MB dato seri khalid ibrahim...nama ayah sama jerr dgn dato seri anwar ibrahim??? bagus bagus bagus...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah. Tahniah MB Khalid Ibrahim.