31 Okt 2012

Akhirnya Pemuda UMNO Ikut Langkah Pakatan, Mahu AES Ditangguhkan

Shah Alam – Pemuda Umno hari ini sebulat suara mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga kajian menyeluruh dilakukan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga berharap mesyuarat Kabinet minggu ini dapat membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Pemuda desak kerajaan tangguh AES. Kaji semula," kata beliau, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), menerusi Twitternya petang ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau dipetik Bernama berkata, kajian semula itu perlu bagi mengatasi kelemahan pada pelan pelaksanaan AES sekarang dan memastikan sistem itu mampu berfungsi sempurna mengesan pesalah trafik di negara ini.

"Sistem AES itu sendiri merupakan sistem amat baik, namun hasil maklum balas akar umbi kami dapati terlalu banyak kelemahan pada pelan pelaksanaan AES yang perlu diatasi antaranya lokasi dan had laju praktikal bagi sesebuah kawasan,” katanya.

Khairy berkata kerajaan juga perlu mengadakan publisiti dan pendidikan umum bagi memberikan informasi yang lebih jelas kepada rakyat.

"Adalah penting untuk rakyat memahami dengan jelas sistem AES ini kerana ia mampu menyelamatkan nyawa mereka selain mengelakkan AES menjadi 'alat mainan' pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda.

Semalam, empat Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan AES.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.

"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.

AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.

Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.

Dalam pada itu, laporan Bernama berasingan menyebut Kementerian Pengangkutan akan menghantar pasukan teknikal untuk memberi penerangan mengenai AES kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor seperti dipohon.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata, setakat ini hanya kerajaan negeri berkenaan meminta penjelasan berkaitan pelaksanaan AES itu. -SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Barisan Nasional menang dengan undi hantu. Jadi perintah pun kelam kabut.

Moto barisan nasional ialah "Buat Dulu, Kaji kemudian"

Basteng berkata...

Objecktif AES utama sememangnya elok iaitu untuk mengelakkkan kemalangan !

Tetapi perlaksanaan yang banyak kelemahan seperti :

1. Di katakan matlamat utama AES ialah untuk diletakkan di kawasan jalan yang kerap berlaku kemalangan. Yang tak betulnya bila dilaksanakan AES ini diletakkan di kawasan yang sememangnya bukan langsung di kawasan jalan raya yang merbahaya tetapi diletak di kawasan yang jalan lurus giler macam selepas tol LDP hala ke hospital serdang !

Itu memang sengaja berniat untuk memerangkap pemandu yang datang drp arah last tol LDP ke hospital serdang kerana tersebut adalah lebuh raya yang lurus tapi menuruni bukit ! Maka RAMAI lah pemandu yg memandu dlm had 70 - 80 pun kena !

Aku rasa kat kawasan ini sahaja, AES dah dapat beratus juta jika seorang pemandu dikena denda RM300 maka bayang kan berapa duit yang diperolehi drp modus operandi ini !

Tujuan asal memang elok tetapi disebabkan perlaksanaan yang lemah maka AES ini dijadikan lubuk duit utk menindas pemandu yang sememangnya sudah kurg duit dalam poket !

Aku lagi respek perompak yang merompak mesin ATM drp perompak terhormat yang merompak duit orang ramai secara terang terangan ini !

Tanpa Nama berkata...

BN ni kalu nak buat pape mane ade nak amik kira pendapat rakyat. pastu syok sendiri kate rakyat didahulukan. bende ni macam Akta 114A gak. rakyat bantah tp dibuat jugak! manfaat hanya lebih pada BN as gomen dan kroni.

CEE YEE berkata...

apa susah nya Apa apa pu pembayar cukai juga yg tanggung

Tanpa Nama berkata...

Klu x ikhlas buat sesuatu, mmg tak kena sana sini.
Wlu tujuan utk kebaikan konon nya le.

Tanpa Nama berkata...

Bagus juga sistem AES ini...cepat tumbang BN pada PRU13 ini..ratax rakyat naik meluat dgn kerajaan Barisan Nasional.

Tanpa Nama berkata...

Apasal KJ stil duk dlm umno walaupun dia la ketua pemuda umno yang pertama tidak memiliki apa2 jawatan dlm kerajaan..woi KJ..lu kuar la umno..buat parti baru..parti MY Team..kah kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

walaupon aku nyampah dgn KJ, tp ada mase dia ni lebih rasional dari geng umngok yg lain. najib da tolak dia ketepi. pengaruh pon xler power sgt kalu nak tubuh parti sendiri. Nak join PR, kulit muka x cukup tebal. jadi stay je la dlm umngok sambil sesekali pong pang nak tarik perhatian. kah kah kah

atan berkata...

Kalau nk buat hudud bukan main lagi kena kajian mendalam la, kena bagi kefahaman la tapi bila AES tk payah semua tu. Terus buat je

Tanpa Nama berkata...

Pemuda UMNO pun anggota kerajaan BN, tak perlu berlakon, MCA ada pelakon porno?

Tanpa Nama berkata...

Lu sapa, Pemuda UMNO? Gua rakyat, lu kerajaan!!!

Tanpa Nama berkata...

BILA NAK ANJUR DEMO BANTAH AES DI DATARAN MERDEKA? BAGUS WAKTU SAMBUTAN TAHUN BARU 2013

Tanpa Nama berkata...

Jahanam la sistem aes... tak cukup kenyang ke korang dah rompak harta tanah melayu.. korang nk plak rompak duit saving rakyat plak..mana hacker hacker kasi godam sistem aes dan sekutu kutunya.. sebarkan pada semua rakyat siapa owner yg terlibat... Umno,mca,mic,perkasa,ppp,tibai dan bn kita rakyat kasi dedah dan tumbang sama diaorg pru13

Ikan Masin berkata...

UMNO menggunakan AES untuk mengaut duit itu saja matlamatnya. Sila baca;

http://unofficialversion.wordpress.com/2012/10/31/umno-semakin-rakus-aes-hanya-satu-rompakan-jalanan-rm1-2-billion-setahun/