Laporan Audit : Hasil Selangor Meningkat 114.3 Peratus
Laporan Audit Negara yang dibentangkan hari ini mendapati Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan peningkatan kutipan hasil sebanyak RM 62.50 juta pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.
Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada tahun 2011 adalah berjumlah RM 1, 634 juta berbanding RM 1, 571.50 juta pada 2010.
Bardasarkan Laporan Audit juga, Hasil Sebenar yang dikutip Kerajaan Negeri ini juga melebihi Anggaran Hasil sebanyak RM 204 juta atau 114.3 peratus.
Kerajaan Negeri memungut tiga jenis hasil meliputi Hasil Cukai sebanyak RM 534.32 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 791.18 dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM 308.50 juta.
Analisis Audit menunjukkan Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai mencatatkan peningkatan sejumlah RM 62.50 juta walaupun Terimaan Bukan Hasil mengalami sedikit penurunan.
Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada Premium Geran Tanah, Cukai Tanah Semasa dan Pemberian Jalan Raya/Lorong.
Jumlah hasil yang meningkat ini membolehkan Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan surplus berjumlah RM 180.50 juta iaitu peningkatan berjumlah RM 56.26 juta atau 45.3 peratus berbanding 2010.
Pada tahun 2010 Kerajaan Negeri hanya mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM 1, 571.50 juta dengan catatan surplus RM 124.24 juta.
Ulasan GB
Sebelum ini GB sudah ulas. Petikan:

Samada suka atau tidak suka, namun itulah hakikatnya. Hukum kebenaran dan keadilan akhirnya mengambil tempatnya - mendedahkan siapa yang terlebih baik di dalam mengurus-tadbir negara.
Sekalipun BN dengan segala medianya cuba untuk memburuk-burukkan reputasi dan prestasi negeri-begeri dibawah Pakatan Rakyat, namun perkara yang benar tidak boleh ditutup dan disembunyikan.
Penipuan-penipuan media massa untuk menunjukkan kehodohan Pakatan Rakyat akhirnya menikam mereka kembali.
Dengan laporan audit terbaru ini, langkah Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin hampir dan semakin pasti.
7 ulasan:
Kepada semua rakyat M'sia terutamanya rakyat negeri Selangor, bukalah mata anda dan lihat sendiri perbezaan antara UMNO yang memerintah dengan Pakatan yang memerintah. Sesiapa ada Facebook, Tweeter, blog dan seumpamanya tolong sebarkan laporan audit ini bersama dengan satu lagi laporan teguran audit keatas pemeritahan UMNO untuk dibuat perbandingan. Rakyat M' sia berhak tahu laporan ini dan anda lihat dengan mata sendiri keikhlas PR dalam menjaga kebajikan rakyat.
Assalamualaikum warahmatullah.
Sebelum saya memulakan bicara, wajarlah kita memuji barisan kepimpinan kerajaan Selangor yang berjaya meningkatkan hasil negeri.
Namun, kita janganlah terlalu teruja dengan berita ini. Peningkatan hasil negeri hanyalah satu aspek dari pentadbiran. Ia dapat menunjukkan kerajaan telus dan amanah dari segi "hasil negeri".
Kita perlu muhasabah balik maqasid utama pentadbiran kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat.
Janganlah kita lupa tujuan ini. Kerajaan bukanlah satu urusniaga semata-mata bergantung kepada peningkatan hasil pendapatan sahaja.
apa faedahnya pada rakyat selangor?
Alhamdulillah, itu dari aspek pendapatan kewangan negeri yg bermakna pengurusan yang telus dan bersungguh berkhidmat utk rakyat.
Bagaimanapun rakyat perlukan limpahan dari keuntungan tersebut utk merasai nikmat kemudahan seperti jalan yg diselenggara dengan baik dan rumah mampumilik selain dari subsidi air. Yang ini ada tak lapuran audit?
MerakLangit
Salam.smg pemerintah yg adil akan terus ada utk merebut ganjaran lumayan yg ALLAH janjikan.
Analoginya:
Cuma jgn jd seperti sesetengah akaun masjid yg bnyk ratus2 ribu tp masjid sunyi xde aktiviti.seronok tgk duit dlm bank byk..
Cuba tgk masjid yg meriah..duit dalam bank plg tinggi 15k je..masjid yg meriah=masjid yg dpt tarik org ramai dtg mengunjunginya/selesa berada dlm kawasannya
Bila lg nk bntu rakyat..byk2 simpn duit d mkn dek anai2..byk lg yg ssh kt slngor ni
please be positive.. jgn jadi rakyat yg tidak tahu bersyukur.. disini nampak ketelusan pihak pemerintah.. peningkatan dr tahun ke tahun compare bien.. sabarlah apabila PR menakluki putrajaya insyaAllah dgn izin Allah segalanya akan berubah.. Jom Tuuukarr..
Catat Ulasan