20 Okt 2012

[DEDAH] UMNO Kedah Buat Tahi, Kerajaan PR Kedah Dipalitkan

Bayar RM2. 5 juta Kepada Kontraktor Tidak Berdaftar

Satu dakwaan berlaku iaitu seorang AJK Umno di Kedah (kiri - gambar suspek dari blog Kedahkini) terbabit dengan pembayaran RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah (PAKR) pada tahun 2010-2011.

Laporan Ketua Audit Negara menyebut projek yang dimaksudkan ialah Taman Seri Gemilang, Flat seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat Simpang Kuala, Flat Seberang Terus, Flat Tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan.

Bagaimanapun, menurut sumber, individu ini pernah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

“Orang ini adalah AJK Umno Bahagian Kuala Kedah tetapi kini dilaporkan melepaskan jawatan) tetapi masih memegang jawatan ad hoc dalam Umno.

“Tetapi dia merupakan orang kuat bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid.

“Dia juga adalah orang kanan Datuk Rasli Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang didesak meletakkan jawatan,” kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun, Mahadzir yang kini ketua pembangkang DUN Kedah ketika dihubungi berkata, kerajaan negeri cuba mengalih isu kelemahan pentadbiran dengan cuba mengaitkan beliau dan Umno.

Katanya, sepatutnya kerajaan negeri mengambil tanggungjawab kerana ia berlaku dizaman sekarang.

“Saya kenal dengan individu ini tetapi dia bukan AJK Umno..mungkin penyokong saja.

“Saya minta kerajaan negeri menyiasat perkara ini untuk mendapatkan kebenarannya,” kata beliau lagi. -FMT

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mak oii begitu cara kau beri jawapan kepada isu ini bekas MB kedah, Mhadzir . Kalau dia bukan ahli UMNO buktikan yang dia bukan ahli UMNO dan buktikan juga UMNO kedah tak terlibat dalam isu ini bukan main cakap begitu sahaja tanpa bukti. Tapi apa boleh buat, sudah ketua yakni PM pun buat perkara macam begini, jadi orang bawah pun ikutlah apa yang PM kita buat. Inilah salah contoh pemimpin yang tidak bertangungjawab dan mesti ditumbangkan pada PRU akan datang.

Tanpa Nama berkata...


Kenapa dikaburkan imej tuh..?

Tanpa Nama berkata...

apa yg masalahnya?

buat report polis, report SPRM, dan buat sidang media untuk jelaskan perkara ni. jemput wakil UMNO dalam sidang media tu sekali.

habis cerita.

Tanpa Nama berkata...

dulu masa phahrol radzi bagi signal kpd MB, greenboc marah phahrol radzi balik.

tengok apa dah jadi, dah terbentang ada duri dlm daging dlm pentadbiran kerajaan kedah. kenapa dok simpan lagi pengkhianat amno.

semua org desak Datuk Rasli tu letak jwt, kenapa MB diam saja?