Akibat rasuah dan kroni Hutan Simpan Tetap Jeram Padang Selatan di Jempol, Negeri Sembilan seluas 487.3 hektar bertukar milik kepada pemimpin Umno-BN.
Hutan yang wartakan sejak 30 Ogos 1918 kini diteroka bagi tujuan pembalakan.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa, status hutan simpan tetap itu kemudiannya dibatalkan pada 11 Mac 2004 untuk membolehkan aktiviti pembalakan berlaku di situ.
Beliau berkata, pembatalan tersebut bertentangan dengan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Akta 172).
“Berdasarkan siasatan dan kajian yang dilakukan, PKR mendapati bahawa Negeri Sembilan adalah negeri di Semenanjung Malaysia yang paling banyak menghapuskan hutan simpan untuk tujuan pembalakan.
“Di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno-BN di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui pewartaan membatalkan status hutan simpan kekal yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh beliau,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002–2015 jelas menunjukkan bahawa Hutan Simpan Tetap Jeram Padang Selatan adalah berkategori Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1 dan tidak boleh dibangunkan.
Sementara Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2001–2020 secara jelas menyebut bahawa Zon KSAS pada tahap tinggi perlu dipelihara supaya tidak membawa bencana alam seperti tanah runtuh yang akan mengancam nyawa dan harta benda masyarakat.
“Oleh yang demikian, pewartaan membatalkan status hutan simpan tetap bertarikh 11 Mac 2004 adalah tidak sah disisi undang-undang kerana bertentangan dengan rancangan tempatan sedia ada, lalu melanggar Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa.
“Malangnya, Umno-BN di bawah pentadbiran dua orang Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad dan Mohamad Hassan tidak menghiraukan undang-undang dan membenarkan penerokaan berlaku.
Balak di kawasan hutan ini telah ditebang sepenuhnya dan kini ia telah diusahakan pula sebagai kawasan penanaman kelapa sawit,” katanya lagi.
Tambahnya, PKR turut mempunyai bukti bahawa pimpinan Umno-BN mendapat keuntungan dari tindakanmelanggar undang-undang itu hasil daripada kegiatan pembalakan dan penanaman kelapa sawit. -selangorku

6 ulasan:
http://www.kedahlanie.info/2012/10/dulu-ada-orang-kata-exco-perumahan-si.html
Dulu ada orang kata Exco Perumahan Si Pakrol macam2 namun hakikatnya kini.......
Dulu masa lepas seattle krisis EXCO & MB masih ada suara-suara sumbang yang dok hina EXCO TERSEBUT terutama kepada si Pakrol kerana tamak nak jadi MB.. tak sabaq nak tunggu masa MB turun... malas buat kerja sampai mai masa isu Perumahan akan ada seorang dua pencacai bawa cerita bahawa EXCO ini malas buat kerja... tak laksanakan potfolio belia yg diamanahkan oleh MB...sebab itu isu perumahan tersangkut....
Tapi kini rasanya kita semua dah tahu siapa yang bersalah... dengan terdedahnya skandal RM2.5juta tuntutan kelaku huduh si RAHMAN KCS Perumahan yang BIRU PEKAT yang susah nak bagi kerjasama dengan kerajaan negeri...
Jadi kepada pencacai pencacai yang dok buat kerja pelaq tu depakata sudah-sudah laa...balik ke landasan perjuangan sebenar..bukan apa hangpa mengaku hangpa PAS pejuang ISLAM tapi hakikatnya kelaku hangpa lagi HUDUH dari kelaku UMNO.... hati busuk nak menjatuhkan si Pakrol pasal apa pun tak tahu... mungkin dia juga dah ada tahu RAHSIA besar hangpa semua....itu yang hangpa kalut nak pejatuh dia tuu....
dah pakat pie buat kerja pejatuh UMNO BN nuuu...
patutnya lepas 1 kosong ini tidak makin bertambah
kesian ada rakyat pagi petang ke tong sampah cari besi karat untuk dijual cari rezeki tapi ada manusia ada jawatan tak puas puas lagi
anon 9:07
isu pakhrolrazi tu memang betul.
tak payah nak gunakan isu Rahman KCS untuk bela pakhrolrazi
Apahal ni. Yang dibincang pasal Neg Sembilan, bukan Kedah.
Nampaknya ramai sangat pemimpin tinggi yang rakus mengisi temolok sendiri sehingga tak bolih dikira dengan sepuluh jari.Jangan biarkan ini terus berlaku sehingga negara ini hancur dan jahanam.
tak pasal2 cite kedah lak timbul ditengah2, hehehe, ape ke hai nye
Catat Ulasan