Siri Jelajah Merdeka Rakyat hari ini diteruskan di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor biarpun terdapat cubaan mengganggu program tersebut sejak malam tadi terutamanya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim yang tiba dari Pulau Pinang malam tadi tiba di Pekan Sungai Besi, kira-kira 15 kilometer dari pusat bandaraya dan disambut ahli parlimennya yang juga Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan ahli parlimen Ampang yang juga timbalan pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin.
Menurut laman sosial Twitter KEADILAN, sebanyak 18 buah kain rentang sekitar Bandar Tun Razak dirosakkan dipercayai dilakukan samseng Umno yang diupah khas bagi mengganggu kelancaran program yang bermula dari jam 9 pagi tadi.
Dianggarkan seramai lebih seribu masyarakat setempat dari Bandar Tasik Selatan, Cheras dan Jalan Klang Lama turut hadir bagi menyambut ketibaan Anwar dan rombongannya dengan bas khas dua tingkat yang disewa khas Khalid.
Anwar dalam ucapannya menyifatkan sambutan di Bandar Tun Razak sebagai sesuatipu yang positif di samping menekankan pentingnya tidak melakukan tindak balas provokasi yang dilakukan Umno sejak berita mengenai van skuad sayang milik wanita parti itu kononnya disabotaj semalam.
Timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin yang juga pernah melakukan lawatan ke sini pada Julai lalu pun tidak mendapat sambutan semeriah ini menurut penduduk yang ditemui di majlis Anwar sebentar tadi. -jalanpulang

2 ulasan:
HMMM nampaknya UMNO dah habis budjet dah. Terpaksa beli pisau lipat utk koyak banner PR yang mana mereka dah tak ada duit dah untuk beli cat merah. Rakyat M'sia tengoklah betapa membazirnya UMNO APCO ini buat,yang mana kita tidak boleh beri mandat lagi kepada kerajaan UMNO yang membazir masa dan wang rakyat untuk buat kerja bodoh ini. Lantiklah kerajaan boleh berjimat cermat bukan kerajaan membazir macam UMNO ini.
Kerja para "Desparados" dari parti karat birulah tu.
Catat Ulasan