6 Sep 2012

Video Amukan Nambikkai Bersama "Melayu Berwawasan" Di Pejabat PKR Semalam

Video Presiden Persatuan Barisan Tembikai Mengamuk Depan Pejabat PKR

Semalam Presiden Persatuan Bersatu Nambikkai (Sebut tembikai) Kalai Vanar telah menunjukkan bukti taat setia terhadap BN.

Presiden Persatuan Bersatu Tembikai itu telah juga membawa beberapa orang pemuda yang dikhuatiri Melayu tak berwawasan walaupun mereka memakai baju bertulis melayu berwawasan untuk menyerang dan menimbulkan huru hara di hadapan pejabat PKR di Tropicana Damansara.

Dijangkakan tindakan presiden persatuan bersatu Tembikai itu yang memulakan provokasi dengan dibentengi beberapa pemuda-pemuda melayu yang kelihatan malu-malu akan mengakibatkan beliau dianugerahkan gelaran datuk kerana begitu berjaya menunjukkan keberanian terpekik pekik di bawah hujan renyai.

Dikatakan juga pemuda-pemuda melayu yang diupah dengan bayaran lumayan RM30 beserta makan tengah hari itu akan mengalami demam-demam kerana jarang sekali dibasahi hujan.

Ini adalah siri "roadblock to putrajaya" yang diadakan oleh penyokong tegar BN selepas beberapa siri serangan lalu termasuk serangan puak jahiliah perkasa yang tidak pandai menghormati masjid seperti yang mereka tunjukkan baru-baru ini. -tukanglawan


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

polis tak mau kasi cop wanted ke mangkuk ni??

Akmal berkata...

roadblock rupanya...hahah...jangan lupa letak kon...takut nanti tak perasan...kang tak pasal kena langgar lari....hahah!...dan jangan lupa mintak kat PERKASA permit untuk buat 'roadblock' tu...huahua...

Arrazzi Alhafiz Alattas berkata...

Melalaklah macam manapun. Halanglah sekuat manapun. Makilah seloripun.

Bila Allah berkehendakkan sesuatu, tiada apa yang mampu menolak, menahannya.

Kepada-Nya kita menyembah. Kepada-Nya kita berseah dan kepada-Nya kita mengadu.

Insya-Allah, kebenaran itu akan tetap menang.

Tanpa Nama berkata...

Tiada UMNO rakyat dan negara selamat sejahtera.
PRU-13, undi hanya untuk calon Pakatan Rakyat.
Hidup DSAI.

Tanpa Nama berkata...

Cerita Lawak Hari Ini ~ Presiden Tembikai, Dato' Kepala Bana, mengamuk di pejabat TAKADILKAN sebab ade org kata jambang dia sejibik mcm Iblis Presly

Tanpa Nama berkata...

Kemanakah puak2 ini akan pergi selepas kekalahan BN nanti, sekarang pihak yang satu lagi sedang memendam rasa. Ingin membalas dendam bila masanya tiba.
Sepertimana di Libya bila Ghadafi mengelar rakyat tikus. Akhirnya dia yang menjadi tikus ketika bersembunyi di dalam kolong dan akhirnya dimamah oleh tikus2nya.

Tanpa Nama berkata...

'Iblis presley' hahahah, tersembur keluar ayam
penyet aku...lawok lawok

Tanpa Nama berkata...

Eh diorng dpt RM30 ke? Aku ingatkan RM20 jer… hmm… ni mesti sebab hujan dapat la ekstra RM10 ek!
Bongok punyer cai Umngok!!!
X sedar2 lg diperbodohkan syaitan dikenali

Tanpa Nama berkata...

mereka ditaja BN kalau tunjuk punggung dan pijak gambar pun siapa tak kisah...

Tanpa Nama berkata...

ini yang najib kata nak buat roadblock keputrajaya, latih pengganas, siapa bunuh altantuya?

Tanpa Nama berkata...

petanda najib nak buat PRU13 musim jemaah haji belum pulang dari mekah....

Tanpa Nama berkata...

Kan najib dah bagi lampu hijau.. apa lagi mangkuk2 ni melalak la macam anjing.. macha ni ambil kesempatan yang melayu bangang ni pun ikut sama. akai tak dak. opss lagi satu puak2 mereka ni kan suka dengan mamak2 yang mengaku melayu..

Tanpa Nama berkata...

roadblock laaa.. undi aku korang boleh roadblock !? - ABBN (Asal Bukan BN)