6 Sep 2012

Kini Mohd Sabu Pula Turut Dikehendaki Kerana Hadiri Janji Demokrasi

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu turut dikehendaki oleh polis bagi membantu siasatan perhimpunan “Janji Demokrasi” yang dianjurkan oleh Gabungan Janji pada malam 30 Ogos lalu sempena ulangtahun Kemerdekaan ke 55.

Menurut Tajuddin Jawwad, setiausaha politik kepada timbalan presiden PAS itu, polis datang kerumah Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu (gambar) pada pukul 4.00 petang semalam.

“Sewaktu polis datang, Mat Sabu tiada dirumah, mereka hanya dapat menemui isterinya.“Notis diserahkan oleh polis kepada isteri Mat Sabu yang meminta beliau untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,” kata beliau ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Gabungan Janji disertai oleh 47 NGO yang menganjurkan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka minggu lepas bagi menuntut kerajaan Malaysia bagi menunaikan segala janji-janji untuk mereformasikan pilihan raya.

Semalam, polis telah memanggil saterawan negara, Datuk A Samad Said yang membacakan sajak Janji Demokrasi yang ditulis khas sempena perhimpunan ambang Merdeka tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, pengarah eksekutif Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin Abdullah turut menerima notis sama meminta beliau hadir ke IPD Dang Wangi berkenaan dengan perhimpunan Janji Demokrasi.

Menurut Empower dari sebuah email yang dikirimkan sebentar tadi, Maria akan bersama-sama dengan Pak Samad untuk melaporkan diri di IPD Dang Wangi pada pukul 3.00 petang hari ini dengan ditemani oleh peguam.

Timbalan presiden PAS pula akan ke IPD Dang Wangi pada 9 September ini pada sebelah petang.“Selepas gagal berjumpa Mat Sabu, inspektor dari Dang Wangi meminta nombor telefon beliau dari isterinya.

“Mereka dapat bercakap dan Mat Sabu minta untuk ke Dang Wangi pada 9 September ini,” kata Tajuddin lagi.

Setakat ini, Pak Samad, Maria dan Mohamad telah menerima notis untuk melaporkan diri ke IPD Dang Wang untuk membantu siasatan berkenaan perhimpunan Janji Demokrasi.

Polis juga telah menahan Muhammad Ammar A. Rahman, seorang pelajar kolej swata kerana memijak potret perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor semasa perhimpunan Janji Demokrasi berlangsung.

Perhimpunan anjuran Gabungan Janji turut diserang oleh PM dan pimpinan Barisan Nasional (BN) kerana terdapat beberapa anak muda yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dan dikatakan sebagai bendera alternatif untuk menggantikan Jalur Gemilang.

Individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera alternatif ketika himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan telah membuat pengakuan dan merasakan bendera alternatif yang di bawa pihaknya layak dikibarkan atas nilai sejarah yang terdapat pada bendera berkenaan.

Melalui blog www.singaselatan.blogspot.com miliknya, individu berkenaan mengakui dia dan rakannya bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera tersebut, namun menafikan daripada mewakili mana-mana parti politik kerajaan mahupun pembangkang.

“Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini,” jelasnya melalui entri di blognya itu.ang hari ini,” jelasnya melalui entri di blognya itu. -TMI

Malaon-malaon upahan sedang kumpul membawa banner sokong Najib di Balai Polis Dang Wangi. Pak Samad akan lapor diri di balai tersebut jam 3 petang kerana akan disiasat kerana membaca sajak di malam ambang Merdeka. Foto, Muhd Zaid Al-Khairi


Ulasan GB

Nampaknya polis memang sengaja hendak menekan PR dan bersikap dwi-standard.

Menteri KDN sendiri telah mengakui tiada insiden buruk ketika ketika Himpunan Janji Bersih diadakan, kemudian apa hal lagi mahu perbesarkan cerita?

Itu, keganasan oleh PERKASA dan UMNO, mengapa polis terus membisu dan lansung tidak mahu menyiasatnya?

3 ulasan:

Awanama berkata...

Mungkin polis2 ini telah dilupakan oleh syaitan2 yang dikenali tetapi walaubagaimanapun polis2 yang muslim ini kena ingat , mereka2 ini juga akan disiasat dan diminta memberi keterangan yang lebih jujur , kalau tidak , neraka jahanamlah tempat mereka ini disediakan kerana bersetongkol dengan golongan yang zalim................INGAT !!!!!

Awanama berkata...

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mempertahankan tindakan menggari gadis yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa perhimpunan Janji Demokrasi sebagai "lembut dan mengikut prosedur".

Malaysiakini

Apa nih? Gadis tu datang menyerah diri kepada polis, apa perlunya digari? Lainlah kalau gadis tu melawan atau cuba mengelak daripada ditangkap polis!

Awanama berkata...

Bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan lain-lain ajak pi Dang Wangi sebab mereka teringin nak digulai oleh Mat Sabu.

Lama tak kena gulai Mat Sabu kot... tu yang panggil... Abang Mat... kasi gulai itu rempah kaw-kaw punya.